RSS

Aku tidak akan terpengaruh dengan diri ku sendiri. Titik.


Aku ada terbaca sesuatu. Dan aku simpulkannya dalam bentuk yang aku rasa senang untuk difahami.

“Jangan kesedihan itu membuatkan diri kamu hanyut dan melupai Allah. Biarkan kesedihan itu mendekatkan diri kamu dengan penciptamu. Agar kelak kamu akan tahu, di sisi mu mengandungi sejuta hikmah yang kamu tidak terlintas untuk mendapatkannya.”

Alhamdulillah, hati ini tidak hanyut dengan kesedihan yang ada. Cuma, kekadang ia disulami dengan airmata kesunyian tanda sedih dan air mata itu adalah satu kemestian.

Ya. aku akui aku terlalu sedih. Kekadang aku sendiri memarahi diri ku yang kerap sangat bersedih. Sebenarnya, aku tidak bercerita pada sesiapa melainkan di sini. Pada mak. Pada ayah. Pada suami. Pada adik-adik. Pada kawan-kawan. Tidak secara detail. Aku lebih selesa mencoretnya di sini.

Mungkin sekarang aku juga tidak pandai menzahirkan dengan perkataan. Kerana hanya 7 jam aku peruntukan untuk bercakap di sekolah. Dan balik ke rumah, kebanyakan masa aku gunakan hanya berdiam diri. Yalah. Berseorangan di dalam bilik, dengan siapa aku mahu bercakap? Aku masih lagi waras dan tidak lagi bercakap sorang-sorang. Senyum sumbing.

Menjawab komen Puan BFF menyuruh aku menghantar surat berhenti kerja.

Aku senyum. Ketawa perlahan. Dan menjawab,

Kalau aku mahu berhenti, aku dah lama buat, Sayang. Aku tidak akan tunggu kamu menyuruhku.
Kalau aku mahu berhenti, aku tidak akan pening-pening mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang aku hadapi kini.
Kalau aku mahu berhenti, aku tidak akan bersungguh-sungguh mengajar pelajar-pelajar ku di sekolah. Aku akan biarkan mereka membuat kerja sendiri tanpa bantuan ku.
Kalau aku mahu berhenti, aku akan membiarkan diri ku hanyut dengan kesedihan yang ada ini. Biar diri ini menjadi separuh giler…
Kalau aku mahu berhenti, aku sudah lama pulang ke semenanjung dan hidup bersenang lenang dengan suami.

Banyak lagi benda yang aku boleh buat kalau aku mahu berhenti.

Bukankah sudah aku nyatakan, aku akan kotakan cita-cita ku dulu walaupun aku terpaksa menghadapi kegilaan ini bersendirian. Walaupun aku terpaksa berdepan dengan kemurungan yang melampau. 

Walaupun aku terpaksa melalui jalan yang penuh dengan luka di hati. Aku akan tetap di sini sambil mencari jalan penyelesaiannya. Kerana cita-cita yang satu itu sangat berharga untuk ku melebihi segala-galanya.

Memang aku akui, aku tahu untuk pulang ke semenanjung, harapannya sangat tipis. Aku tahu. Tapi pernahkah kamu dengar, selagi mana ada doa dan harapan, selagi itu Allah akan mendengar dan mengkabulkan. Sesuatu yang aku hajatkan, aku percaya Allah akan kabulkan.

Sekarang, aku masih lagi mengerjakan solat istikarah dan solat hajat memohon pada Allah supaya menunjukkan aku jalan yang terbaik. Dan aku percaya, setiap malam Allah akan mendengar rintihan ku ini. Segalanya telah aku ceritakan pada Nya.

Doaku yang terakhir setiap malam adalah semoga Allah memudahkan urusan ku dan kawan-kawan ku serta semua orang yang mengenali ku. Amin.

My BFF,
Walaupun kegilaan ini hamper menutup ruang hidup ku 80%, tapi aku tidak akan terpengaruh dengannya. Walaupun saban hari aku selalu menangis-menangis-menangis, tapi aku juga tetap tidak akan terpengaruh dengannya. Diri ku yang sedih, aku akan tinggalkan di dalam rumah.

Sekarang aku sangat nampak kata-kata mak pada ku adalah benar. Aku sangat kuat semangat. Aku senyum sambil air mata bergenang. Kuat semangat di sini, bukanlah bererti aku tidak bersedih. Juga bukanlah aku tidak menangis. Aku bersedih, menangis dan menghadapi kemurungan tetapi aku tidak terpengaruh dengannya. Itulah yang aku rasakan sekarang. Itulah apa yang aku nampak sekarang.

My BFF,
Janganlah kamu risau tentang aku yang menangis berseorangan di sini. Aku sudah sebulan menangis seorang diri. Aku sudah terbiasa. Walaupun diri ini hampir gila, tapi cita-cita ku tetap tidak akan terpengaruh dengannya. Aku masih lagi berpegang pada ikrar diri. Kerana ikrar itulah aku dapat bertahan sejauh ini.

Noktah.

Hujan diluar semakin lama semakin lebat.

Sepatutnya, mata yang letih kerana berada di sekolah 7 jam bergelumang dengan pelajar yang macam-macam fesyen akan membuatkan aku terlena. Tapi di sini, aku tidak mampu untuk melelapkan mata. Sepenat mana pun aku, mata ini tidak akan tidur di waktu siang. Oh! Sudah 1 bulan membiasakan diri. Tapi tidak juga biasa-biasa. Naik pelik aku!

Sekarang, aku sedang menyiapkan folio yang aku janjikan dengan pelajar. Aku percaya, aku akan menang. Hahaha. Yeah! Tinggal 2 tajuk je lagi. Teruskan usaha, Pinky.. Lalalala~









Nota Pinky ;
“Kenapa lah en. Hati kerap sangat bersenam sejak kebelakangan ni. Mahu hensem kan perut sebelum berjumpa dengan aku yer? Hehehe.Tak sabar mahu jumpa kamu hari Khamis ni, Sayang… Sangat merindui kamu..”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

Mood: sengehhhhh

Thumsb up! nantikan surat cinta kedua hahahha~

piNky LuCiA said...

Woh! Doh3 laa tu sengeh. Huduh ngaakkk eh.. Hahahahaha.

Oh, my sweety.. nak hantar surat cinta lagi ke? haha.