Ya. Hari
ni, hari Ahad yang ke-5.
Aku sedang
menghitung seluruh hari ku di sini. Tanpa sesaat pun aku tertinggal. Dalam
sedar, aku sangat berharap, masa semakin laju. Tapi, harapan itu terkubur
bersama masa yang sangat lambat ku rasakan ia bergerak…
Aku tahu,
setiap hari hati ini hanya mengeluarkan satu nada. Nada kesedihan.
Aku sedang
bersandar ke dinding puteh, menghadap almari bercermin. Ku lihat… Mata, tidak
lagi ada sinar kegembiraan. Wajah, tidak lagi menunjukkan keterujaan. Badan,
kelihatan makin susut.
Aku
terfikir, ke mana diri aku yang dulu? Ke mana rasa yang penuh keterujaan itu?
Ya, keterujaan untuk menjelajah dunia Malaysia sebelum keluar menjelajah ke
dunia yang lain. Antara impian ku yang telah aku lakarkan dan sematkan
kemas-kemas dalam diari.
Aku
terfikir. Kesedihan ini, bukan hanya aku sangat merindui en. Hati. Tapi,
kesedihan ini kerana aku terperangkap di sini. Tanpa ada jalan keluar untuk ku.
Banyak jalan telah aku cuba.
Jalan pertamanya,
mencari bilik sewa.
Tapi
menemui jalan buntu kerana kebanyakannya hanya mahu teman serumah yang masih
berstatus single. Baiklah. Aku terfikir, mungkin aku perlu cari rumah.
Jalan
kedua. Mencari rumah. Rumah yang ada..
Rumah
pertama, sewa mencecah 1k. Rumah dua tingkat, macam banglow pun ada. Fully finish.
5 minit ke sekolah dengan menaiki kereta.
Rumah
kedua, sewa rm600. 2 tingkat, semi D. Semua barang ada kecuali TV. Lebih kurang
10 minit ke sekolah dengan menaiki kereta.
Rumah
ketiga. Rumah flat, kata sumber harganya dalam rm400. Keadaan sangat bahaya di
diami kerana selalu ada geng yang pecah masuk rumah. Lagi-lagi kalau mahu
tinggal seorang diri. Yang ni depan sekolah je. Boleh jalan kaki, lebih kurang
10 minit sampailah.
Aku suka
untuk memilih pilihan kedua. Tapi… Masalah aku
ialah macam mana aku mahu ke sekolah tanpa kenderaan. Rumah yang tak
perlukan kenderaan plak, keselamatan tidak di jamin. Mahu menetap di kuarters,
awal-awal lagi pengetua suruh cari rumah sewa dan tinggal di luar. Bagus betul.
Jadi,
kedua-dua jalan penyelesaian tidak dapat membantu.
Jalan
ketiga. Memakai broadband supaya tumpuan aku teralih.
Lalu aku
memaksa housemate menemani aku ke celcom centre. Selesai. Tapi 3 hari kemudian,
simkadnya masih tidak dapat berfungsi lagi. Lalu aku sekali lagi berurusan
dengan celcom melalui talian. Katanya aku kena settlekan bil maxis yang
tertunggak dahulu baru aku dapat menikmati kemudahan broadband ini.
Dengan gaji
yang tidak ada, dengan gaji en. Hati yang perlu di bahagi 3, aku tidak rasa aku
dapat membayarnya dalam tempoh terdekat. Jadi jalan ketiga juga menemui
kebuntuan.
Aku masih
tidak berputus asa. Ku fikirkan lagi perkara yang perlu aku buat untuk mengalih
rasa sedih yang bersarang ini.
Kekadang ku
ajak housemate yang memang suka berada di rumah keluar berjalan-jalan. Seperti
hari ini, aku ajak mereka keluar ke pasar. Di suruh aku listkan barang-barang
yang ingin di beli. Bersemangat aku menulisnya. Tapi kesudahannya, aku menunggu
dengan penuh hampa dengan perut yang sedang menyanyi riang. Akhir sekali,
kehampaan itu aku gantikan dengan tidur supaya aku tidak mendengar perut ini
menyanyi lagu hiba.
Jalan ini
juga menemui kebuntuan. Bagus. Mahu saja aku mengeluh dan mempersoalkan kenapa
aku pilih untuk ke sini? Kenapa aku berjumpa ke housemate yang macam ni? OMG.
Jadi,
dengan sisa masa yang ada, aku hanya fikir tentang hari esok.
Esok Isnin,
aku boleh ke sekolah. Berjumpa dengan orang. Makan nasi dengan banyak. Buat
kerja tanpa rasa boring. Aku senyum. Sedikit kelat. Terasa sangat lambat masa
berlalu. Semasa aku berfikir tentang esok, mata ini berair. Haha. Ketawa
perlahan-lahan pada diri sendiri. Bodohnya aku. Membazirkan air mata tiap-tiap hujung
minggu. Yang sepatutnya ku habiskan dengan penuh kegembiraan.
Haha.
Sangat mahu ketawa kuat-kuat.
Sila angkat
tangan jika kamu tidak sedih bila berada di tempat ku. Sila angkat tangan juga
jika kamu sangat happy setiap kali hujung minggu kamu terpaksa makan maggi dan biskut serta terpaksa tidur dengan
perut yang menyanyi lagu riang ria.
Hari ini,
aku berdoa moga aku dikurniakan hati yang super kuat. Dan hati itu akan
membesar dan kental dengan sebarang ujian yang datang kelak. Amin.
Nota
Pinky ;
“Sayang,
semakin hari, semakin aku rasa kesibukan mu mendera minda ku, merobek jantung
ku, mematahkan semangat ku, meremukkan hati ku yang sangat kecil ini. Mungkin
aku sangat jauh dan tidak dapat di lihat oleh kamu. Tapi, saat ini aku sangat-sangat
memerlukan bahu untuk melepaskan rasa hiba ini. Tapi yang aku dapat, hanya
dinding yang menemani…”
6 comments:
hye ustazah pinky..
lama xdtg menyebok kt sni..
heheh
Letok je la jawatan ura... :D mcm susoh ngak je duk dinung, nok tukor memang payoh...last jalan hantar surat benti keje~ itu yg terbaik :)
Sedihnya dengar luahan. Bersabar lah yer awak. Insya-Allah, pasti ada hasil kemudian hari. Amin.
Syaz follow sini. :)
Lya..
hehehe. menyibuk itu silaturrahim.. kan? ;)
ha syg...
tak de istilah letak jawatan lagi setakat ni dalam diari. Haha. Masih punya misi yang penting utk dilaksanakan. ;)
memang susah di sini. tapi demi misi yang satu.. huwaa...
Syaz..
Ngah bersabar laa ni. Hehehe. Tq Syaz.. =)
Post a Comment