RSS

Kenapa hati ini sangat sakit?

Ahad. 22 July 2012. Malam yang hening.

Selepas menghantar en. Hati ke airport Kuching, aku pecut kereta dengan kadar yang paling laju iaitu 20km sambil menangis teresak-esak. Tidak boleh memecut 120km dalam tangisan yang menggila ini.

Setelah sampai ke rumah. Masuk bilik, terbayang-bayang dia masih ada bersama-sama aku bergurau senda. Berlari-lari anak mengelilingi bilik. Berborak-borak sambil ketawa riang. Ku pejam mata rapat-rapat. Aku tidak pernah rasa sepedih ini perasaan yang ada di dalam jiwa. Aku tidak pernah rasa segila ini tangisan yang mengeluarkan nada hiba. Aku tidak pernah merasa begini.

Ya. Aku akui. Aku menangis semahunya malam ini. Ku peluk erat baju peninggalannya. Aku terasa seolah-olah hidup kembali gelap walaupun lampu terpasang cerah. Sekali lagi, ku pejam mata rapat-rapat menahan sendu di dada.

Oh Hati. Bukankah kamu sudah bergembira selama 4 hari 3 malam?

Alhamdulillah. Aku panjatkan kesyukuran ini ke hadrat Allah Ya Rabbul Izzati. Tapi hati mana yang tidak pedih, saat kegembiraan yang terpancar itu seolah-olah di ragut oleh hujan lebat di tengah hari yang redup…

Oh. Aku tidak menafikan bahawa hati ini bagai di tusuk sembilu. Dan kesedihan ini, aku tangisi sendirian. Keluar rumah dengan ceria. Masuk bilik, penuh dengan tangisan. Aku terasa seolah-olah mahu menampal seluruh gambar en. Hati supaya memenuhi ruang kamar ini. Biar hidupku di penuhi dengan keceriaan senyumannya. Biar setiap hari wajah itu yang aku tatap sepuasnya.

Ahh.. Angaukah aku saat ini? Bukankah baru tadi aku menghantarnya pulang?

Ya. Aku angau pada dia, suami yang mendatangkan pahala buat ku.

Malam ni, sambil air mata menemani, aku solat isyak. Aku solat hajat. Aku solat istikarah. Aku memohon, supaya Allah menguatkan hati ku. Supaya Allah mencekalkan hati ku. Supaya Allah menabahkan diri ku. Dan ku pohon, semoga Allah menghantar aku segera pulang dan berada di sisi en. Hati. Aku terasa seolah-olah tidak sanggup lagi berada di sini.

Saat ini, terasa seolah-olah dugaan sangat-sangat berat. Walaupun aku tahu, dugaan ini tidak lah apa-apa berbanding orang lain. Tapi hati ini tetap pedih dan luka kerana di pisahkan dari en. Hati. Harapan ku, semoga semua doa ku dikabulkan Allah. 
Amin.








Nota Pinky :
“Perlu tidur. Walaupun mata ini masih menangisi kepulangannya ke Semenanjung. Cekallah kau wahai hati. Kerana tiada ubat yang mujarab hanya bercerita pada Allah yang Esa. Dia pasti mendengarnya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: