RSS

Macam-macam rasa.


5 Julai = 15 Syaaban. Khamis.

Salam Nisfu Syaaban untuk semua.

Harapan ku, agar nisfu Syaaban kali ni adalah lebih baik dari nisfu Syaaban tahun lepas.

Bagi sesiapa yang belum bayar hutang secukupnya dengan Allah, harap segera berbuat demikian. Dua minggu lagi kita akan puasa. Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya. Hutang ku tinggal sehari lagi. 
Harap sempat untuk membayarnya. Amin.

Alhamdulillah, awal puasa tahun ni, di sambut bersama suami tersayang.
Kali kedua kami menyambut Ramadhan bersama. Harap semua keberkatan Ramadhan akan mendampingi aku dan juga suami ku. =) Menghitung hari untuk menyambut Ramadhan nampaknya aku. Haha.

(Sebenarnya aku bukan menghitung hari untuk menyambut Ramadhan. Tapi sedang menghitung hari untuk menyambut kedatangan en. Hati yang dirindui pada awal Ramadhan nanti. Waaa.. Betul kan niat anda segera!).

Tahun ni, tahun kedua perkahwinan aku dan en. Hati.
Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Dah pun tahun kedua. Dan ini bermakna, ini adalah puasa kedua kami bersama. Tahun ni, giliran beraya di Kedah. (Belum pun masuk bulan puasa, dah cerita bab raya! Ok. Sila suka yer.)

Aku harap, semuanya akan berjalan dengan lancar dan baik sekali.

1st time raya, mak tak de kat sisi. Harus belajar membiasakan diri dan menyesuaikan hati dengan keadaan yang ada. Kerana aku bukan lagi berseorangan sekarang yang ikut suka hati aku sahaja nak pergi mana. Tapi aku berdua, dengan makna lain, aku perlu membahagikan masa suami dan keluarga masing-masing. Inilah kelebihan berkahwin. Haha.

(Nak buat macam mana, siapa suruh en. Hati kunci hati aku hanya untuk dia? Kesudahannya, macam nilah. Perlu membuat giliran.)

Broadband oh broadband.
Aku sudah beli broadband. Tapi tetiba plak celcom centre cakap moderm dah habis stok. So nak kena tunggu 14 hari. Adeh! 2 minggu lagi tu. Giler lama. Sabar jelah wahai hati. So sekarang, hanya simkad yang ada dengan ku. Macam mana mahu guna pun aku tak tahu. Jakun. 1st time ada broadband kan…

Tadi… Aku paksa rakan serumah untuk bawak aku ke celcom centre. Dan dengan itu terungkaplah masalah apa dan kenapa dorang suka memerap dalam rumah. Bukan sebab tak de duit. Atau tak de transport. Sebab malas mahu drive di Bandar Kuching yang jalannya ala-ala Kampung Padang Bual yang lama. Haha.

Tetiba mata menjadi layu dan mulut sudah menguap 2 3 kali.

Ku jeling jam. Oh! Baru jam 8.36pm. Mungkin keletihan di sebabkan kelas yang banyak dan sakit kaki ya amat akibat memakai kasut tutup (Kasut yang salah plak.. Kan..)

Sebenarnya mahu bercerita tentang aksi-aksi dan peel-peel pelajar ku di dalam kelas. Tapi lain kali saja lah. Sudah tidak ada tenaga untuk meneruskannya.

Tidur lena kerana malam ni hujan sangat-sangat lah lebat. Mahu bantal peluk ku… Rindunya…… Huhu.

Selamat malam.











Nota Pinky ;
“Hari ni 5 hari puasa. Tinggal 1 hari lagi. Sangat boring bila waktu berbuka sampai. Anda tahu? Makan sorang-sorang adalah 1 perkara yang menyeksakan jiwa. Harap sangat cepat-cepat dapat teman untuk makan bersama. Rindu sangat en. Hati ku sayang..”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: