18 Julai
2012. Rabu. Aku ingatkan hari ini ialah hari Selasa. Haha. Nyanyok3.
Hari ni,
aku tersenyum sedikit melebar. Mungkin kerana teringatkan esok hari Khamis dan
jam 6 petang, en. Hati akan sampai ke Kuching, Sarawak. Sudah lama tidak
berjumpa denganya. 5 minggu. Satu tempoh yang agak lama tu. =S
Kerenah
pelajar setiap hari ku layan dengan sabar.
Setelah
menamatkan sesi PNP tadi, seorang pelajar lelaki meluru ke arah aku. Dalam otak
ku, mesti ada sesuatu yang dia tidak faham. Senyum. Sambil mengemas
barang-barang ku.
“Ustazah,
mahu nikah ngan kamek sik?”
Oh!
Terkesima sekejap. Soalan apakah ini? Dalam hati, Umur berapa ni nak ajak
ustazah kahwin? Bagus, pelajar ku yang gorgeous (Tak delah se’ gorgeous’ en.
Hati kan… Ngan nada gatal. Ngeee~).
Jawab aku :
“Kamu ajak ustazah kahwin ke? Ustazah kurang dengar dengan jelaslah. Ulang
sekali lagi, boleh?”
Pelajar :
Senyum simpul. Dan berlalu meninggalkan aku.
Alahai
pelajar-pelajar. Sambil menggelengkan kepala. Form 1 pun dah pandai ajak orang
kahwin. Agak-agaknya dia tengok aku ni baya-baya dia kot. Mana tak nya, form 1
semua dah tinggi-tinggi. Ada yang lagi tinggi dari aku. Terpaksa aku mendongak.
Bila
teringat gayanya, aku terasa mahu ketawa sendiri. Ia juga membuatkan aku senyum
sendirian seperti orang giler. Comey je soalan.. itu perangai budak 1B.
Setelah
selesai waktu PNP di kelas 2 E tadi.
Pelajar : ”Ustazah
yang cantik… Ustazah yang comey… Ustazah yang manja…”
Aku : “Hah?
Apa kamu nak?”
Pelajar : “Nak
no telefon ustazah… Boleh laa kita calling-calling malam-malam ke tanya khabar.”
Aku :
(Dalam hati) Bagusnya pelajar aku nak calling-calling, Tanya khabar. Prihatin.
Malam-malam plak tu. Super bagus betul budak ni.
“Ok.
Ambik no ni.. 014-444…”
Dengan semangatnya
dia menyalin di telapak tangan. Dan aku menyambung.
“Tekan-tekan
tak dapat.”
Pelajar :
Ketawa beramai-ramai.
Ustazah :
Gembira kerana dapat mengenakan mereka. Eh. Aku senyum dengan happynya hari ni.
Pelajar
sekalian. Ustazah pun kamu mahu mengorat ke? Hello! Ustazah ni umur 2 x ganda
dari kamu, tahu? Dah tua. Dan muka pun dah kedut 1000 tahu? Ish3.
Tapi, aku
tahu, sudah menjadi trend cikgu-cikgu baru akan menjadi bahan usikan pelajar
lelaki di sekolah. Terutamanya cikgu baru seperti aku yang pendek dan tak
tinggi-tinggi. Terasa tension dengan ketinggian aku sekarang. Haha.
Walaupun
agak tension di sekolah melayan kerenah pelajar yang macam-macam ragamnya. Tapi
aku juga merasakan sangat bahagia di sekolah. Kerana bila pulang ke rumah, aku
rasa sangat-sangat trauma. Seolah-olah bila masa untuk balik ke rumah, kaki ku
ni macam terkaku di sekolah. Tak mahu berganjak dari meja guru. Mahu stay di
situ sahaja. Tapi, apakan daya…
Dan hari
ni, adalah hari kedua aku membawa pulang kerja sekolah ke rumah.
Sekarang.
Apa yang aku nak buat ialah menyiapkan buku rekod harian. Selepas itu,
menyiapkan bahan-bahan PBS. Yeah! Teruskan usaha kamu, Pinky.
Senyum
sorang-sorang di maghrib yang sunyi.
Nota
Pinky :
“Aku
terfikir tentang guru yang sama posting dengan ku ingin meletak jawatan. Aku
ucapkan selamat maju jaya untuk kamu. Teringin bertanya, sudahkan mereka
melakukan istikarah? Tapi, soalan itu hanya tersekat di kerongkong. Kekadang
sesetengah soalan tidak patut di Tanya dan dibiarkan tanpa jawapan. Itu adalah
lebih baik. Kan?”
0 comments:
Post a Comment