Selamat petang semua.
Tarikh hari ni 6 Jun 2012.
Jumaat yang penuh barakah.
Mata ku layu, mengantuk,
tapi tak dapat nak tidur. Aku pun tak tahu kenapa macam ni. Mungkin terlalu
penat berada di sekolah. Dan balik rumah ingin berehat tapi tak dapat sebab
rindukan suami.
Merindui en. Hati ialah perkara rutin untuk ku sekarang.
Terkurung di bilik berseorangan membuatkan ruang hidup ku dipenuhi dengan
kerinduan hanya untuk suami, pada keluarga terutamanya bonda..
Oh! Sumpah! Sangat merindui
semua orang. Huhu.
Seluruh kerinduan yang ada
ini hanya pada kamu. Seluruh kecintaan yang hadir ini hanya buat kamu. Seluruh
jiwa ini hanya ada kamu. Di segenap nadi darah ku, hanya tertulis nama kamu,
Sayang ku..
Melepaskan nafas perlahan-lahan menandakan ia sangat berat untuk di tanggung.
Ok. Stop-stop.
Jika berlama-lama mengingati orang di semenanjung, air mataku lama kelamaan akan kering. Susah aku nanti.
Perkhemahan bersepadu Pasukan Beruniform SMKBK2 sedang berlangsung.
Dan aku perlu menghadirinya. OMG. Sepatutnya aku tahu lebih awal. Kenapa hari ni baru nak bagitahu. Adeh! Nasib cikgu yang bagitahu ni hensem dan bercakap dengan bersopan. Kalau tak, aku tak mahu pergi. Tak mahu! Tendang-tendang kaki gaya budak kecik mintak aiskrim tak dapat. Hahaha.
Tahniah untuk cikgu BAHARU macam aku. Semua orang tak de, semua aku gantikan. SUPER BAGUS kepada cikgu-cikgu lama... Senyum kelat.
Sekejap lagi, aku pergi la.
Hahaha. Aku denda korang (Cikgu SMKBK2 yang terlibat) sebab baru nak bagitahu aku. HUH! Dahla aku ni sadis. Seluar tak de. Kasut tak de. Yang aku bawak hanya baju kurung. Bagus tak? Sebab? Malas nak bawak. Tempoh hari mengemas dengan hati yang tak de. Inilah padahnya. Haha. Bagus, ustazah. Teruskan lagi.
Ayat menyejukkan hati.
Tak pe. Bila aku pergi, kurang-kurangnya portfolio aku penuh. Kalau penuh, ok sikit nak tunjuk pada PPD atau JPN. Hahaha. Tak de la guru BAHARU macam aku ni asik mengulor je.. Kan?
Jelir lidah sambil kenyit mata.
Malam ni jam 3am-5am aku kena berjaga. Hahaha. Buat lawak betul.
Aku cakap kat en. Hati. Dengan selamba je dia jawab, "Boleh ke aku berjaga?" Sayang, u laa suami yang paling hebat di dunia hidup i. Faham je perangai i kan... Meh sini i peluk-peluk tanda kasih dan sayang i sebab u sangat memahami i.. =) Miang!
Aku tak tahu aku dapat bangun atau tak malam ni.
Sekarang pun mata aku dah macam nak tertutup. Ni petang. Malam kang, agak-agaknya macam mana laaaa... Adoooii...
Aku perlu bersiap.
Aku cakap dekat Asma nak berkemas. Tapi aku termenung + mandi + ke hulu ke hilir. Dan akhirnya dah malam, 1 habuk pun tak kemas. Hahaha. Tak tahu aku buat apa. Hahaha. Pening betul budak Pinky ni. Haha.
Jom kita berkemas. Semangat sikit!
Nota Pinky ;
"Alhamdulillah. Terisi jugak masa aku minggu ni. Takdelah aku boring mengalahkan PM yang banyak kerja. Kikiki. Selamat berkhemah. Nyummmy. Mahu snap gambar dengan banyak."
Dugaan.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment