Alhamdulillah.
Habis jugak hutang ku.
Hari last
ganti puasa. Baguskan? Bukan tak nak ganti awal-awal. Tapi banyak penyebab yang
menyebabkan aku tidak di benarkan oleh suami mengganti puasa. Alhamdulillah,
selepas sihat dengan sepenuhnya dan di yakini oleh en. Hati yang selalu
sayangkan aku tu, aku mengganti puasa dengan jayanya di Sarawak nan indah ini.
Koteaw
goreng yang sedap (perasan sendiri! Hahaha.).
Asma baru
je balik. Datang sejauh Matang hanya untuk merasa koteaw goreng yang aku masak?
Bagus betul budak ni… Atau datang dengan makna lain hanyalah untuk mengubat kerinduan aku
pada en. Hati dan ibu yang tersayang di Semenanjung. Aku tahu, Asma sangat
prihatin tentang ku. Terima kasih, Asma sayang… Kalaulah keadaan mengizinkan,
pasti aku akan tinggal bersama Asma untuk menghilangkan ketidakwarasan kepala
aku ini.
Kerana aku
rasa, Asma boleh menyelamatkan keadaan yang ada ini. Tapi, semuanya terbatas.
Aku perlu faham itu!
Ketidakwarasan
ini!
Tidak
semakin menjadi-jadi. Tapi ia maintain sama dari mula aku datang dan sampailah
sekarang. Gile kah aku…? Sumpah! Mulut bonda memang masin. Sebelum aku datang
ke sini, katanya dia takut aku menangis tiap-tiap hari rindukan semenanjung.
Ya. Katanya, benar. Aku betul-betul menangis setiap hari.
Hairan! Sumpah
aku pelik ngan diri sendiri!
Aku
sebenarnya tidak faham kenapa aku menangis. Tapi air mata ini sangat cepat
mencurah-curah. Seperti air terjun rupanya… Telah puas aku berusaha untuk
menyibukkan diri. Berusaha untuk memujuk diri. Tapi tidak Berjaya. Tipulah aku
jika setiap hari aku membenarkan diri ku dirundung kesedihan. Aku tidak
membenarkannya! Tapi diri ini yang sedih sendiri.
Tidak ada
seorang pun yang akan faham dengan ku.
Kerana, aku
sendiri tidak memahami diri ini. Kekadang, rasa yang ada dalam jiwa, tidak
perlu dikongsi dengan orang lain melainkan hanya dengan Rabb Izzati. Kerana Dia
Maha Memahami tentang aku. Kekadang rasa ini, tidak dapat aku luahkan. Lidah
pula terasa kelu untuk menyebut sesuatu. Kekadang, rasa ini dibiarkan berlalu.
Ok!
Oppsss.. Oppsss.. Oppsss.. Jangan berlama-lama mengingati kisah luka ini!
Berhenti!
Teringat
tentang komen Asma about koteaw tadi ;
“Asma
tak suka makan koteaw. Tapi akak goreng koteaw perut Asma boleh terima.
Sedaplaaa..”
Jawab aku ;
“Koteaw saya goreng sedap ke, sebab Asma lapar?” Kami sama-sama ketawa.
Komen aku, “memang
laa sedap sebab orang yang masak Asma sayang oiii.. Saya pun suka orang masak.
Hehehe. Tapi semua malas masak. So saya laa kena rajen masak.”
Rindukan, Azhar dan Nad yang selalu melayan
selera makan ku. Huhu. Alangkah baiknya kalau kami posting berdekatan. Bolehlah
aku request macam-macam bila nak makan. Haha. Tukang masak terhebat aku tu.
Nyummy…
Sebelum
Asma balik tadi, aku tapaukan koteaw untuk dia makan dirumah. Tak pun buat
balik kat Ann, kalau dia tak nak makan lah.. Hehehe. Makan air tangan aku semua orang. Tak lama lagi, aku
akan jadi chef hebat laa kan?. Lalalala~
Jutaan Terima
kasih kepada Asma kerana datang melawat ku yang berada dalam keboringan ini.
Aku
terfikir satu idea untuk menghilangkan boring.
Aku mahu pinjam semua buku di
library untuk ku baca. Siapa tahu novel atau komik yang ada di library boleh menyelamatkan mata ku. Kan? Harap ianya akan berkesan. InsyAllah. Amin ya Rabb…
Sekarang,
dah sangat penat. Jom berehat. Senyum3.
Nota
Pinky ;
”Kamu
tidak akan tahu bagaimanakah lukisan jiwa ku sekarang. Jika kamu berada di
tempat ku, pasti kau tahu, aku telah cuba sedaya upaya melakarkan segala yang
indah. Tapi ternyata, keindahan itu tertinggal bersama dia di sana. Aku tidak
berdaya untuk memaksanya ke mari.”
0 comments:
Post a Comment