Jam 5 petang.
Petang yang agak redup. Mungkin malam mahu hujan agaknya.
Aku mahu tidur. Tapi aku takut malam ni, aku tidak dapat melelapkan mata kerana siang sudah banyak tidur. Sudahnya, aku menyusun folio, melihat tiket flight dan jugak bermain khidmat pesanan ringkas dengan buah hati pengarang jantung tersayang. Tapi tiba-tiba dia menyatakan bahawa dia sedang memandu.
Sudahnya, aku bersama Awliya' yang sentiasa setia menemani ku. Hmm...
Seorang kawan menelefon. Menceritakan kisah pilunya. Kisah jodohnya yang tidak tahu hujung pangkal.
Aku akui. Aku tidak pandai mengomen. Aku hanya pandai menasihati supaya dia bertanya yang lebih tahu di atas sana. Kerana soal jodoh adalah rahsia Dia yang Maha Mengetahui sahaja.
"Kak, macam mana akak pilih jodoh dulu? Saya pening."
Soalan cepu emas betul di petang-petang hari.
Bercerita tentang jodoh dan pengalaman ku.
Pengalaman sebelum aku mengambil keputusan untuk berkahwin dengan en. Hati yang memang aku cintai 203% tanpa berbelah bahagi. (Dulu, kini dan InsyAllah, selamanya.)
Istikarah.
Ya. Solat istikarah sangat penting untuk kita berasa tenang dengan keputusan yang kita akan ambil.
Aku akui, aku memang membuat solat istikarah. Selama seminggu aku bermunajat kepada Nya supaya menunjukkan aku jalan kebenaran.
Aku tidak memohon supaya aku bermimpi atau merasa cenderung pada bakal suami, tapi ku pohon agar pilihan yang terbaik akan menonjol dan pilihan-pilihan lain (masa ni, macam banyak pilihan je.) akan menjauhi ku seperti jauhnya syurga dan neraka, seperti jauh langit dan bumi...
Ternyata apa yang aku doakan, Alhamdulillah, Allah makbulkan.
Pilihan-pilihan yang lain, semakin lama, semakin menjauhi ku dan tinggallah en. Hati memenuhi ruang hati ini.
Pendapat aku.
Jika aku berdoa untuk memberi ku tamsilan mimpi atau kecenderungan, aku tidak akan mempercayai diri sendiri. Mungkin kecenderungan yang ada, akan membuatkan aku lebih cenderung atau dengan erti kata lain, lebih menyintai en. Hati.. (Sebenarnya aku tidak percaya pada diri sendiri. Haha.)
Sebenarnya...
Bila kita istikarah, Allah akan menunjukkan kita jalan yang terbaik. Dan Allah juga akan tunjukkan apa yang tidak baik.
Tidak kira lah walaupun kita 1000x menyintai pasangan yang kita pilih itu, Allah tetap akan tunjukkan yang mana yang terbaik bila kita memohon kepadaNya.
Titik.
Bila ditanya aku, apa yang aku rasa tentang jodoh ku.
Jodoh kita tu, kita akan dapat rasa dengan kehadiran seseorang tu yang boleh membuatkan kita tenang, kita rasa selesa, bertambah rasa aman dalam jiwa, malah bertingkat keimanan dalam hati. (Hidup aku juga lebih kreatif jika en. Hati sentiasa di sisi.)
Benarkah?
Kamu akan dapat rasakannya bila jodoh kamu sampai.
Soalan dari seorang lelaki.
"Macam mana saya nak cari calon isteri yang baik?"
Jawab aku.
"Kalau lelaki... Nak isteri yang solehah, kamu mesti jadi soleh dulu. Tapi kalau perempuan nak suami yang soleh, dia kena cari lelaki yang soleh. Berbeza tu..."
Dia mengerutkan dahi. Aku memanjangkan senyum.
Aku harap, dia memahaminya...
Nota Pinky ;
"Pesan ustaz Piee... "Nak cari lelaki yang soleh, susah sekarang. Jadi, bila jumpa lelaki yang baik yang suka pada kita, terimalah. Perempuan cepat belajar untuk menyayangi berbanding lelaki." Dan kata-kata itu, baru sekarang aku memahaminya.. Terima kasih ustaz..."
0 comments:
Post a Comment