RSS

Istiqomah dengan XXL.

Hari ni dah 3 Julai 2012. Hari Selasa.

Sekejap sahaja dah Julai, kan? Rasa baru je datang sini 3 minggu yang lalu. Betul kata en. Hati. Sebenarnya masa berlalu dengan cepat. Aku akuinya. Ya. Cuma aku yang tak perasan. Kerana aku selalu merinduinya. Sehingga aku rasakan setiap saat sangatlah lambat untuk bergerak. Seluruh kerinduan ini, hanya untuk kamu Sayang…

Hari ni, demamnya berkurangan dari semalam.

Aku kira, demam ini sudah kebah. Barangkali sepenuhnya sudah hilang. Yang tinggal hanya pening dan selsema. Dan petang yang redup dihiasi manik-manik hujan, membuatkan aku berasa sangat nyaman. Perasaan selesa sedikit bertandang.

Teringat pada statement “friend” di FB tadi (aku sebenarnya tak tahu siapa dia dan bila dia jadi friend aku.) Tapi tangan ni, bergerak lalu je meninggalkan komen. Mungkin aku tertarik dengan post nya.

Seseorang ada bertanya dia tentang istiqomah dengan tudung labuh.

Soalan : “Salam Ustaz, Macam mana nk istiqomah untuk memakai tudung xxl? Kadang-kadang, nak istiqomah pakai tudung xxl nie saya rasa berat sangat.. Ustaz sure ada petua..”

Jawapannya : “Berat ke pakai tudung xxl? Macam pakai tudung besi tembaga ke? hahaha. Tudung labuh ni tahap kesempurnaan tutup aurat. Sempurna tutup aurat bermakna sempurna niat kita untuk ikut syariat. Nak bagi semangat pada diri sendiri untuk istiqamah, tanya la diri sendiri.. Nak syurga sikit-sikit je ke ataupun nak syurga sepenuhnya? Nak Allah sayang sikit-sikit je ke atau nak Allah sayang sesempurnanya? Jadi kalau sentiasa ada perasaan tu, insyaAllah boleh istiqamah.”

Dengan gatal tangan aku menjawab tanda tidak setuju : Pelan2 laa..

Dia. Aku tolong jawab je..hehe..betol jugak eh.. Pelan-pelan..tapi kalau mati.. Macam mana lak kan.. Aku yg laki ni pon.. bimbang jugak..

Dengan laju tangan menari : Istiqomah tu kan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. pesan-pesan istiqomah.. pesan-pesan mati jugak.. Pelajar bukan perlu dipaksa.. Tapi perlu diberi kesedaran.. Bila kesedaran dah ade dalam jiwa, semua akan istiqomah.. kan?

Dia. haa betol la tu..kekadang dalam agama ada benda yang perlu dipaksa..

Jadi dewan berdebat plak. Aku selamba plak jawab. Yup.. Tapi dia bukan tak pakai tudung. Itu sudah lebih baik dari orang yang free hair. Kan? Dia cuma perlukan "secukup rasa" untuk istiqomah..

Dia. ok..ko menang.

Adeh. Kesitu laa plak. Mengaku kalah plak laa mamat ni!

Sayangnya, perbincangan berhenti setakat ni sahaja. Dan dia tinggalkan masej di FB mengatakan yang dia sudah mendelete apa yang dipost sebentar tadi. Aku baru nak dapatkan teman untuk berkongsi tentang isu istiqomah bertudung labuh ni.

Kekadang perbezaan pendapat membuatkan aku membuka mata. Tapi rasanya, aku tidak sempat untuk membuka mata sudah dipaksa untuk menutupkan mata. Sayangnya dia terlalu cepat mengalah.

Aku sebenarnya mahu mencari kenapa susah sangat mahu istiqomah tentang pemakaian tudung labuh?

Ya. Memang pelan-pelan + di beri “secukup rasa” lama kelamaan akan membuatkan seseorang istiqomah. Tapi bagaimana plak ngan “budak” yang tidak tetap langsung pendiriannya seperti aku? Ketawa kuat-kuat.

Bagaimana plak ngan orang yang pakai tudung labuh celup macam aku jugak? Tidakkah itu dinamakan tidak istiqomah? Atau boleh dinamakan istiqomah celup?

Walaupun perbincangan itu tamat begitu saja, tapi aku mahu katakan juga. Aku rumuskan ini adalah berdasarkan pengalaman ku yang lalu.

Bagi aku. Istiqomah itu datang dari diri sendiri dan juga orang sekeliling kita. Salah satunya mesti kuat. Tapi ia akan bertambah kuat bila digabungkan kedua-duanya. Tidak percaya? Cubalah.

Sebagai contoh, bila sekeliling kamu di kerumuni oleh orang yang free hair, dan kamu sangat kuat berpegang teguh, maka kamu akan selamat dengan tudung labuh mu. Tapi jika hal sebaliknya berlaku, maka, kamu akan rasa sangat susah. Ya. Kerana godaan syaitan sangat banyak untuk ditolak. Percayalah.

Contoh kedua. Bila orang sekeliling mu, semua jenis yang bertudung labuh, kamu yang mahu istiqomah sedikit pun menjadi istiqomah yang banyak. Cuba bayangkan kalau kamu memang kuat pegangan dan berada di sisi orang yang kuat pegangan juga. Tidakkah itu menambah kuatkan lagi pegangan kamu?

Perempuan akan bertindak dengan apa yang dilihatnya. Kekadang dia bertindak mengikut hatinya tanpa memikirkan kelebihannya. Kekadang juga, dia tidak tahu apa yang dilakukannya betul atau tidak. Kerana kemahuannya lebih banyak dari akalnya.

Sebab itulah aku cakap, tanamkan kesedaran dalam diri pelajar. Bukan memaksa pelajar memakai tudung labuh.

Bila dia sudah bertudung pun, itu dikira satu rahmat pada zaman sekarang. Kerana pelajar zaman sekarang, yang free hair adalah lebih ramai jumlahnya dari yang bertudung.

Dan ajarlah dia perlahan-lahan tentang hukum dan cara-cara bertudung. Serta buktikanlah padanya bahawa kenapa sebenarnya islam menyuruh wanita melabuhkan tudungnya. Pelajar sekarang, perlu gunakan pemikiran logic. Bukan ceramah yang berjela-jela. (Bukan sahaja pelajar. Aku pun sama.) Ketawa perlahan-lahan.

Sekian.










Nota Pinky ;
“Haha. Sengaja mahu mencari pasal kerana pening ku masih tidak hilang ketika itu. Sorry beb. Kamu yang menjadi mangsa.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: