Hari Sabtu.
14 Julai. 1 bulan 2 hari aku di sini.
Hari ni
kena datang sekolah. Kata pengetua, ini di kira sekolah ganti. Untuk cuti akhir
tahun. Yeah! Harap cuti akhir tahun boleh balik awal dan menghabiskan masa
bersama en. Hati tersayang dengan lebih lama. Kalau akhir tahun ni dapat tukar
terus ke negeri Sembilan pun bagus. Haha.
Hari ni,
adalah hari perjumpaan 3 penjuru. Atau di panggil juga Hari Muafakat. Kerja aku
hari ni ialah membantu cikgu Lee di kelas 1F.
Bagus.
Boleh aku ceritakan serba sedikit perangai mereka di sekolah yang sangat-sangat
malas untuk belajar dan asik mahu main kepada ibu bapa. Dan harap sangat ibu
bapa mereka dapat berbuat sesuatu selepas itu.
Hairan
dengan budak-budak zaman sekarang.
Kenapa yer
mereka sangat tidak berminat untuk belajar? Aku dulu pun tidak berminat jugak
untuk belajar. Tapi tak delah seperti mereka. Aku belajar ikut mood. Kalau mahu
belajar, yeah! Belajar bersungguh-sungguh. Kalau time tidak ada mood, kita
enjoy! Pelajar di sini tidak. Tiap-tiap masa tak de mood. Ish3.
Alhamdulillah.
Ibu bapa yang hadir hampir ke semuanya. Hanya 5 orang sahaja yang tidak dapat
hadir. 3 daripada mereka berjanji mahu ke sekolah pada hari isnin nanti. Dan 2
lagi, tidak dapat dikesan. 1 permulaan yang bagus bagiku…
Ok. tidak
ada apa-apa yang menarik untuk aku kongsikan.
Cuma,
biasa-biasa saja tentang ibu bapa memang prihatin tentang anak mereka. Harap di
tingkatan 2 nanti, sambutannya juga begini. =)
Menghitung
Sabtu.
Hari ni
adalah Sabtu yang ke-5 aku berada di sini. Bermaksud, aku sudah 5 minggu
menabahkan diri berada di sini berseorangan. Aku terasa macam 5 tahun. Sangat
berat untuk melaluinya sendirian. Sangat berharap masa cepat berlalu. Kerana
hati sudah sangat tidak larat berada di sini. Cuma jasad sahaja yang masih
gagah bertapak dan melangkah. Senyum kelat.
Seperti
Sabtu-sabtu yang lalu.
Hari ni,
aku lalui dengan tiada warna. Menghadap dinding bilik yang puteh. Syiling yang
berjalur-jalur. Nasib petang tadi, housemate membawa ku makan juga. Kalau
tidak, menu seperti biasalah aku iaitu biskut tiger. Terasa sangat serik bila
berjumpa weekend. Hanya mampu tabahkan hati sekuat yang mungkin.
Sekarang,
sedang berfikir tentang esok.
Ahad. Tidak
ada program yang terisi. Mungkin aku hanya akan berlegar-legar di ruang tamu.
Bermalasan di sofa. Duduk di dapur merenung keluar jendela. Dan akhir sekali
masuk bilik, renung syiling lagi!
Oh! Kalau
aku habiskan dengan program itu esok hari, maksudnya sudah 5 kali Ahad aku menghabiskan
masa dengan giler nya…
Baik. Kita
tunggu dan lihatlah apa yang aku buat esok.
Nota
Pinky ;
“Sayang,
kamu tidak merasa keseksaan aku untuk mengharungi hari-hari di sini tanpa
kemudahan apa-apa pun. Aku cuma ada sekeping hati yang sangat tabah di sini.
Jika aku kehilangan hati itu, aku mungkin akan menjadi separuh giler. Mungkin
hati itu kuat kerana aku hanya ada Dia untuk bercerita. Saban malam, hanya Dia
yang selalu mendengar segala cerita-cerita ku yang aku tahu, Dia sudah tahu
tentangnya. Aku sangat berharap hati ini semakin melebar, Sayang...”
0 comments:
Post a Comment