Rabu. 11
Julai 2012.
Memulakan
hari dengan rasa sayu dan sedih. Serta terasa mahu marah + moody saja. Aku
tidak tahu kenapa aku berkelakuan macam ni hari ni. Pelik semacam je rasanya.
Semalam, rasanya sudah cukup tidur. Bangun pagi-pagi lagi sudah sarapan. Mata
tidak mengantuk. Perut tidak lapar. Faktor-faktor moody sepatutnya tidak ada
dalam diri. Tapi tetap saja moody.
Inilah
orang kata namanya perempuan. Boleh moody tanpa sebab! Betul. Dan aku bersetuju
dengan kata-kata itu. Ia ditujukan pada diri ku sahaja. Pada orang lain, kamu
kena kaji sendiri yer...
Masuk kelas
2A. Ok lagi.
Pelajar-pelajar
nya kebanyakan ok. Dan ada juga yang malas. Menyebabkan aku panas hati lalu
mencabar mereka. Siapa yang boleh menandingi folio aku, akan diberi hadiah. Tarikh
tutupnya hari Rabu minggu depan.
Nah! Ambik
kau satu kerja. Gatal sangat mulut nak cakap macam tu ngan pelajar!
Oh! Otak
dalam keadaan blur sebenarnya. Aku tak tahu aku fikir apa! Aku harap,
esok-esok-esok otak aku akan baik dengan sebaiknya. Dah lama tak jumpa en.
Hati, ginilaa jadinya. Huh!
Masuk kelas
2E. Pelajarnya majority tak nak belajar.
Sakit otak
aku nak tarik minat dorang untuk belajar. Tinggal tak sampai 10 orang yang nak
belajar daripada 33 orang. Kerja mereka dalam kelas, buat sampah dan baling
sesame sendiri. Tak cukup itu, ngan aku-aku sekali kena baling. Nasib lah tak
kena muka atau kepala. Biasanya kena tubuh aku je. Kalau tak... Hmm… Tak cukup
dengan itu, ada yang main kayu kerusi patah.. kayu penyapu patah. Main penyodok
sampah… Macam-macam ragam lagi…
Itu tak
masuk lagi bab makan maggi dalam kelas.
Siap share
lagi tu beramai-ramai. Lelaki ke perempuan semua boleh makan. Semua boleh rasa.
Pastu siap nak bukak makan nasi lemak, itu melampau dan kena larang ngan aku.
Amboi3! Korang ingat ni restorant? Lepas menu maggi goreng, makan nasi lemak
plak… Seronoknya duk dalam kelas… Kan?
Masuk bab
kelas pendidikan islam tetiba jadi kelas muzik plak.
Sakit plak
telinga aku ni menahan dengar suara mereka yang bagai halilintar yang membelah
bumi. Nyanyi plak lagu Azura beramai-ramai siap ngan buat gaya gitaris ngah
sedang rancak memetik gitar tuu…. Sakitnya hati aku… dah rupa macam nak
mengorat aku pun ada. Ish3. Macam mana nak buat ni. Dah sakit hati tahap langit
ke 7 ni.
Maka…
Haaa.. kamu
nak tengok “Azura… Kaulah sinar hidupku…” mengamuk kan? Boleh! Pelajar lelaki
yang sedang membaling sampah sana sini, yang main kayu kerusi patah tu, yang
sedang petik gitar, yang jadi vokalis, yang jadi tukang sapu, semua ku halau
keluar.
Mengamuklah
Ustazah Pinky hari ni. Dahla pakai baju merah! Sudah mengamuk bagai dan air
mata mengalir diam-diam tanpa disedari. Puas hati aku!
Satu soalan
yang aku Tanya tidak ada jawapan.
“Kamu
nak ustazah buat apa supaya kamu nak belajar? Bagitahu ustazah, supaya senang ustazah
buat dan tak menyakitkan hati ustazah yang datang jauh-jauh dari semenanjung.
Supaya ustazah tidak rasa menyesal datang sini untuk mengajar kamu supaya jadi
orang yang pandai dan berjaya. Bagitahu ustazah kamu nak ustazah ajar macam
mana?”
Ya Allah.
Tahu plak diam budak-budak ni! Tadi aku rasa dah macam duduk dalam sarkas dah.
Sekarang baru terasa nyaman dan duduk dalam kelas. 15 minit berlalu, semua diam
membisu. Dan aku bagi peluang terakhir untuk mereka cakap cara apa yang mereka
mahu. Salah sorang bangun.
“Saya
nak belajar sambil bermain.”
Sampuk
budak yang bermain tadi, “Main ragbi dengan cikgu.”
Adoii..
Kepala otak kau nak main ragbi ngan ustazah! Rasa nak cakap macam tu je! Tapi
sambil senyum. Boleh!
Lalu 1
perjanjian termetrai. Mereka perlu menyiapkan folio PAI sebanyak 34 tajuk. Masa
yang diberikan hanya 1 bulan sahaja. Jika tidak dapat menyiapkannya, no more
main-main. no more rehat-rehat. Dan tak de nya yang lain. Dan perlu menjalani
kelas seperti latihan askar. Hahaha.
Kalau 33
orang dapat menyiapkannya, maka ganjaran berupaya belajar sambil bermain,
tengok video, tengok internet dan semua yang direquest akan dipenuhi oleh
Ustazah Pinky.
Tarikh
tamat adalah 11.8.2012…
Terpaksa!
Tapi tak pe. Janji mereka mahu belajar. Aku dapat mencapai apa yang aku nak.
Mereka dapat capai apa yang mereka nak. Ini namanya give and take ye pelajar
sekalian.
Masuk kelas
1G & 1F. Kelas last dan kedua last.
Lain plak
ragamnya. Yang ni, suka sangat keluar dan masuk kelas. Duduk mengcangkung atas
kerusi. Duduk atas meja. Meja guru pun dia nak duduk. Melompat sana. Melompat
sini. Tolak meja sana. Tolak meja sini. Kacau budak perempuan. Main bergayut
ngan pintu. Macam-macam lagi benda pelik yang mereka buat.
Tadi aku
diam dan melihat gelagat mereka. Aku berdiri di depan selama 15 minit dan tidak
ada sorang pun pelajar yang hiraukan aku di depan!
Eh3, memang
bertuah betul budak-budak ni! Aku tak marah. Aku tengok sampai mereka berhenti.
15 minit selepas masuk kelas baru nak diam dan Nampak cikgu? Super bagus!
Semua
berdiri dan baca doa. Ketawa dalam hati. Fius tak betul agaknya budak-budak ni.
Nampak
macam dorang tak nak belajar. So, jom kita melukis. Jadi cikgu lukisan plak aku
hari ni. Semalam dah melukis. Hari ni melukis lagi. Hmm… tak pelah. Asalkan dorang
tahu hukum hakam berkaitan agama. Dah tak tahu nak buat apa ngan budak ni. Rasa
nak pecah kepala fikir nak tarik minat. Ustazah plak yang bersemangat nak ajar
kamu! Kamu langsung tak nak belajar. Apa laa nak jadi ni… Ish3.
Aku
terfikir. Adalah aku yang tidak tahu bagaimana cara untuk mengajar? Adakah itu
salah ku bila kelas ku sangat-sangat bising dan tidak menghiraukan aku tatkala
aku berada di depan? Kalau bukan salah ku, salah siapa? Termanggu sendirian.
Penat dan
seksa ya amat!
Dan
sekarang, aku rasa sangat seksa untuk mengajar budak-budak SMK.
Ia lebih
mencabar dari zaman aku dulu. Yalah, aku dulu sekolah agama. Tak sama nakalnya
dengan sekolah harian biasa. Di sini ia menuntut aku lebih kreatif, lebih
sabar, lebih tabah, lebih kuat dan gagah untuk hindarkan diri dari stress dan
segalanya lebih… terutamanya lebih berfikiran positif kerana orang yang
sentiasa bagi support adalah lebih jauh berbanding orang lain...
Ok.
Harapan
aku, aku akan lebih kreatif pada masa akan datang. :)
Nota
Pinky ;
“Petang
ni. Aku marah adik ku kerana membenarkan orang lain menyentuh Aqeef. Memang
sangat marah! Cemburu ke aku ni? Hmm… Selepas itu, aku berselisih faham dengan
en. Hati. Lalu, sedih menguasai diri. Kami memang selalu begini. Kalau lama tak
jumpa, mesti nak bergaduh! Oppsss. Bukan bergaduh, selisih faham sahaja, ok!
Dan sampai sekarang, kedua-duanya diam membisu. Super hebat. Dengan aku-aku
sekali sebab tak nak mengalah! Ish! Sesaklaa plak jiwa.”
0 comments:
Post a Comment