RSS

berbeza

setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing. pandangan dan pendapat yang berbeza itu tidak ada salah dan tidak ada betulnya. ia abstrak. bukan untuk disalahkan dan bukan untuk dibetulkan.

kita tak boleh menyalahkan mereka kerana mempunyai pandangan dan pendapat yang tidak menyerupai pendapat kita. kita juga tidak boleh mengatakan pendapat mereka salah. dalam hidup ini banyak perkara yang perlu kita kongsi. banyak perkara yang perlu kita tahu. banyak perkara yang perlu kita pilih.

kekadang apa yang kita kongsi itu tidak cukup untuk semua orang. kekadang perkongsian itu hanya memerlukan 2 individu. bila banyak orang, banyaklah ragamnya, maka banyaklah pendapat dan pandangan yang berbeza.

kekadang apa yang kita tak suka, itu yang perlu kita terima. kerana kekadang orang yang terdekat dengan kita menyukainya. belajar menyukai sesuatu yang kita tak suka adalah sesuatu yang amat istimewa bagi pandangan ku. itu aku. aku tidak tahu kamu. kerana kekadang dengan 1 perbezaan dalam membentuk 1 hubungan yang lebih manis dan baik. :)

aku kekadang tidak suka menerima pandangan yang berbeza dari ku. tapi bila difikirkan balik, memang sepatutnya aku menerima nya. kerana aku ada di dalam dunia yang bermasyarakat.

perlu aku ingat kan diri ku sendiri, jangan menyalahkan sesiapa sahaja.. huhu.. kerana setiap orang atau individu adalah tidak sama, berbeza sama sekali.. :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

mimpi indah.. :(

aku bangun tidur dengan badan ku yang sakit-sakit. aku ni pergi karate or taekwando siapa yang badan aku sakit dan lenguh-lenguh ni.. ke aku pergi latihan silat. huhu.. setahu dan seingat aku, sebelum tidur, aku tidak melakukan apa-apa aktiviti yang membuatkan badan aku sakit. huhu. aku pun tak tahu.

setelah berfikir untuk beberapa detik dan ketika, ingatan aku sedikit sebanyak kembali. hehehe.. macam orang hilang ingatan je gayanya.. hohoho. aku tergelak sendiri.

di kala aku tidur, aku mimpi aku menjadi seorang heroin. waaa.. tak de laa heroin filem. tapi heroin untuk diri sendiri. ade seseorang ingin meragut beg tangan yang aku bawak. aku melawannya dengan bersungguh-sungguh. dan datang lagi seorang peragut. dia juga berusaha untuk meragut segala barang kepunyaan ku. waaa, aku tidak merelakannya. aku bertungkus lumus melawannya.

waaaa, apa kaitan dengan badan ku yang sakit ini? hmm, may be aku berkungfu di dalam mimpi menyebabkan badan aku sakit-sakit sekarang. terasa macam lenguh semua nya dan demam akan muncul.. tapi aku harap ia akan bertambah ok selepas beberapa detik. hehehe..

aduhai, ade jugak ke mimpi menjadi kenyataan??? maksudnya, bila kita bekerja dalam mimpi, di alam nyata, badan kita akan sakit seperti yang kita mimpi kan? aku rasa ia tak de kaitan langsung. huhu.. ntahlaa.. :(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hari rehat sedunia..

hari ni aku nak rehat. entah kenapa aku pun tak tahu. yang aku tahu, aku tidak mahu ke mana-mana. aku hanya mahu tinggal di bilik, melihat bilik ku yang agak comel, cantik, cute ini.. hahaha..

selaku ustazah yang brutal dan jugak rock, aku dengan berbesar hatinya, memberi cuti, iaitu cuti rehat sedunia. sesiapa yang ingin bercuti, sila lah kamu mengambil mc dengan PA aku, hohohoho. yang penting, aku memang tidak ke mana-mana hari ini. aku hanya berada di dalam bilik. entah angin apa yang telah menjangkiti aku kala ini.

aku kira ade angin kemalasan yang membawa virus malas yang telah melekat di badan aku. aaahh, banyak pulak alasan aku kalau aku malas. padahal aku memang pemalas. nasib laa bilik ku, aku dah kemas semalam masa aku rajin. kemas, empuk, nyaman.. hehehe..

jika sesiapa yang telah menular virus kemalasan seperti aku, kamu dinasihat pergi berjumpa dengan doktor sakit puan, sebelum ianya merebak dengan lebih dahsyat lagi. aku sudah makan ubat, jadi aku mahu rehat kan minda ku yang malas ni. mana tahu lepas rehat aku jadi rajin. rajin dalam segala segi..

selamat bercuti.. ;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

musim raya..

hari ni, aku dah ade kat kL.. semalam lagi sebenarnya.. hahaha.. aku datang pagi semalam.. kul 930am bas aku. dalam tiket laa.. tapi jem punya pasal.. bas sampai pukul1030am..

try kamu teka pukul berapa aku sampai kL? 8jam selepas itu? oh tidak.... 11 jam selepas itu.. adik aku, tie.. asyik sibuk menanya, "kak, bila kita nak sampai ni?" soalan yang sama dia ulang, entah berapa kali pun aku lupa nak kira. tapi memang soalan itu aje yang timbul. ye, memang!! naik boring. dah lah balik hari tu, kul2am aku bertolak and pukul 4pm esoknya baru aku sampai rumah. 14 jam.. waaa... lama tuuuuu.. naik pening otak aku ade dalam kereta. macam ibu pragnant pun ade rasanya, loye, pening, pusing, semua ade.. bercantum jadi 1. huhu

raya tahun ni, raya yang paling sakan aku raya. rumah aku dari hari raya pertama sampai laa hari khamis.. penuh, limpah, full, apa lagi perkataan eh yang aku nak gambar kan bahawa rumah aku memang penuh. hahaha..

orang datang beraya, ok laa tu, bawak rahmat, tapi penat tu memang aku tak nafikan. memang penat. masak, hidang air, basuh apa yang patut.. hmm, korang pun faham hari raya macam mana orang datang beraya. pening otak aku. nasib laa aku 4 beradik perempuan. sempat laa jugak nak sedia kan apa yang patut. kalau mak aku tak de anak perempuan, masak mak aku nak sedia kan semua persiapan.

tapi lelaki sekarang, mak kata dah ramai dah yang tahu buat kerja rumah. aku kira, kalau ade lelaki macam tu, aku tabik, sebab bagi aku dalam berumah tangga, bukan isteri je yang nak kena jaga rumah. suami pun kena main peranan. barulah rumah tangga pun rukun dan damai. hehehe.

tapi pengalaman raya tahun ni, aduhai, sangat penat. nak balik ganu, jem. nak balik kL, jem. memang dorang ni (especially orang pantai timur..) memang dah janji ke nak balik raya sama-sama.. jem tu, aku tak ley nak cakaplaa.. dari tol gombak sampai laa ke machang, jem nya.. lepas dari machang, baru laa terasa aku naik kereta dengan kelajuan 60-70.. kalau tak asyik bawak 20-30 je.. macam bawak kereta depan sekolah je gayanya.. huhu..

aku lenguh, pemandu aku tak tahu laa lenguh nya macam mana.. manual pulak tu kereta nya.. aduhai, terima kasih kepada pemandu yang menumpang kan aku balik dengan selamat. hehehe..

whatever pun, raya tahun ni, walaupun penat.. tapi sangat best.. aku akuinya.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JOM..

JOM BALIK..

NAK BALIK..

BALIK KAMPUNG..

RAYA-RAYA DENGAN FAMILY..

RINDUNYAAAAAAAAAAA...

HEHEHE.. :)

SIAPA NAK IKUT? ANGKAT JARI.. HEHEHE..

JEMPUTLAH KE RUMAH AKU KEPADA SESIAPA YANG ADE DI PANTAI TIMUR..

JANGAN LUPA BAWAK DUIT RAYA SEKALI.. HIHIHI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

salam lebaran..

di kesempatan ni.. sebelum aku balik ni.. hehehe.. aku nak ucapkan kepada "dia", semua member-member aku, sama ada member real atau member maya aku... kepada blogger-blogger semua..

selamat menyambut hari raya aidilfitri..
maaf zahir batin..
semoga kedatangan 1syawal akan memberi 1001 makna kepada kamu semua..
semoga dengan pemergian ramadhan ini akan memberi 2002 manafaat dan keberkatan kepada kamu semua..
aku mintak maaf andai ada yang terkasar bahasa.. tersilap bicara.. tersalah kata..
semoga lebaran yang bakal tiba di sambut dengan penuh kemeriahan..

salam lebaran.. maaf zahir batin... =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jom balik...

khamis.. kelas ade 1 je.. bapak aku boring. pepagi dah malas. kawan-kawan semua dah sampai rumah. aku sorang je terkebil-kebil nak pergi kelas. adoiiii..rabu 1 kelas. khamis 1 kelas. kenapa lah ustaz ni tak nak batalkan jelah kelas yang ade ni...

hmm.. ustaz yang ajar subjek ni ustaz dari jordhan.. so dia tak balik. so dia buatlah kelas.. semalam tutor.. 1 kelas 27orang.. yang datang 6 orang je. hahaha.. habis masak semua yang datang lah kena soal.. huhu..

hari ni, 19 perempuan 5 orang laki. ni kuliah plak. waaaa.. dari lebih kurang 80 orang tak sampai separuh pun yang ade. adoooiiii.. semua bersemangat nak balik. tu tak masuk budak-budak sabah sarawak lagi tu.. dorang dah balik 14.9.. bapak lama punya ponteng kelas.. pastu datang plak may be 30.9.. waaaa.. cuti seminggu je.. hentam sampai 3minggu.

aku? tetiap kali raya aku balik malam raya. budak baik laa katakan. datang semua kelas. tapi duk dalam kelas aku ingat kampung jugak. apa yang ustaz ajar dah tak masuk akal dan otak aku yang genius ni dah.. yang aku tahu, waaa... boringnya.. semua kawan-kawan dah balik.

aku balik hari sabtu pagi. may be laa.. huhu.. tak tahu lagi masa aku akan bertolak. tak pelaa yang penting.. aku sampai untuk beraya dengan family... dah habis mood nak duk kL ni.. aku fikir nak balik je ni... huhuhu =(

sesiapa yang tak balik lagi.. jom balik.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS