Sebenarnya saya sedang belajar dengan my BFF Puan Farha untuk set up balik blog saya. Kesudahan yang baik. Sebab saya dah boleh kembali menulis. Kalau sebelum ni pening saya buat. Tak jugak jadi.
Tq berbanyak yer puan farha.
I love U. Muah3
Dah boleh bukak blog saya.
Mari kita belajar makan dengan cepat.
Alhamdulillah nikmat makan yang Allah berikan masih ada. Cuma, masa agak terhad.
Bila dah ada anak ni, saya belajar untuk makan dalam keadaan busy. Sebab nya Faqihah masih perlukan susu lagi walaupun dah selamat makan 2 senduk bubur. Hehe.
Cumanya, saya tak dapat nak makan dengan tenang seperti dulu. Dulu kalau busy, memang tak makan lah jawabnya. Sebab memang tak de selera kalau nak makan dengan tergopoh gapah. Sekarang pun masih macam dulu. Cuma saya paksa diri makan. Hanya disebabkan my angel.
Sebenarnya saya rasa semua ibu dan bakal ibu perlu belajar untuk makan dalam keadaan tergopoh gapah atau makan dengan cepat. Cuma saya ni kalau bab makan bukanlah fast learner. Mungkin kerana ketiadaan aset penting di dalam mulut menyebabkan saya susah untuk makan dengan cepat. Haha.
Ok. Alhamdulillah kenyang. Walaupun hanya sempat makan semangkuk bubur, segelas susu dan separuh keping wafer. Haha.. tak sempat nak makan buah sebelum makan sebab Faqihah dah menjerit-jerit kelaparan. Itulah anak.
Setelah kenyang, Faqihah tidur dengan lena. Saya suka!
Saya tak sabar nak tunggu petang. Nak jumpa Naurah. Dah berdebar-debar hati ni.
Cepat nya Faqihah Nak besar..
Saya masih berada di JB sekarang. Menemani en. Hati kursus dua hari. Tapi saya asyik teringat pada Naurah.
Faqihah sedang seronok bermain. Sudah pandai bermain sorok-sorok dengan saya. Bukan main saya mencari dia. Dia diam jer.. Belek sana sini, rupanya ada dibawah meja.
Alahai anak. Cepat nya kamu membesar. Umi masih tidak bersedia untuk tengok kamu besar.. Terasa baru semalam melahirkan Faqihah. Hari ni dia dah pandai main sorok-sorok ngan umi. Huhu
Anak dehaka. Jauhilah aku dari sifat ini.
25/02/2016
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Ceh!
Nak share satu cerita sadis. Huhu
Hari ni, pagi-pagi bersiap nak pergi umah mak bidan. Mengurut sedapkan badan dan berkhatan si kecil cilik. Sampai sana,alahai.. Ramainya orang..macam-macam orang.
Mata aku tertumpu pada seorang ibu tua yang ada atas kerusi roda. Kata Bonda Permaisuri, dia lebih muda dari umur Bonda. Aku hanya mengangguk. Setelah bersalaman, dia menangis. Aisey. Kenapa plak? Atau dia sudah lama tidak jumpa bonda. Ala-ala jejak kasih ke ni? Hati mengolah sendiri. Senyum. Tapi sebenarnya ada cerita di sebalik tangisan itu.
Kisah ibu yang punya 10 orang anak.
Kata orang, ibu ayah boleh jer jaga anak 10 orang. Tapi anak,belum tentu boleh jaga ibu ayah. Sebelum ni aku dengar jer. Hari ni aku jumpa depan mata. Hati sebak. Berdoa minta dijauhkan aku menjadi anak begitu. Kalau boleh,mahu menjaga ibu ayah ketika mereka hidup dengan baik. Dan berharap my Hati pun sama. Membenarkan aku menjaga ibu ayah jika mereka sudah uzur nanti. Insya Allah.
Dia strok. Baru boleh bertutur. Sudah lama butir bicaranya tidak didengari. Air mata menyusuri hari. Kesedihan mengenangkan anak yang dijaga dari kecil tidak sanggup menjaganya.
Anaknya 5 lelaki. 5perempuan.
Anak perempuan seorang sudah menikah. Ingin berbakti kepada ibu nan seorang. Tapi tidak dibenarkan oleh suami. Katanya, ibu takde harta. Ibu hanya ada nyawa. Lantas tidak membenarkan ibu tinggal dirumah mereka dan ibu dihantar pulang. Ya Allah. Sampainya hati menantu. Nilah nama nya menantu hantu.
Aku sebak. Sambil mengalihkan tumpuan ke arah Faqihah. Tidak tahan hati untuk mendengar nya. Dia menangis lagi. Ku lihat, Bonda menyeka air di tubir matanya. Aku juga seolah-olah mahu meraung untuknya. Sayu hati mendengar tangisan itu. Tapi ku tahan.
Anak perempuan 2 orang lagi tidak juga dapat menjaganya. Kerana kekangan kerja. Tapi dikirimkannya duit setiap minggu rm300. Amaun yang cukup besar juga aku kira. Alhamdulillah.
Seorang lagi sedang menunggu result SPM. Tapi lari sebab taknak jaga ibunya. Menangis si ibu mengatakan anaknya tidak mahukannya. Dan lari pergi menetap dirumah keluarga angkat yang kaya raya.. Ya Allah. Sayunya hati aku. Agaknya kalau kau mati dalam tangisan ibu yang sedih sebab kau taknak jaga dia, ada ke Allah sediakan Syurga untuk kau? Agaknya macam mana kau cari mak kau di Padang Mahsyar kelak? Boleh ke mak angkat kau tolong kau masuk syurga kalau kau dah jadi anak derhaka?
Ya Allah ya Rahman ya Rahim.. Jauhkanlah sifat begitu dari diri ku. Amin.
Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.
Nota Pinky;
"Lenguh leher sebab asyik menunduk jer tadi. Khusyuk mendengar cerita si ibu. (Padahal aku tahan air mata. Cover la konon..) I love you, Bonda Permaisuri."
Tempoh ceraikan susu Naurah.
25.2.2016 khamis.
Titik permulaan untuk ceraikan susu my angel. Sedih.
Malam ni, malam pertama tidur ngan Faqihah. Biasanya,tidurkan Naurah dulu, pastu baru tidurkan Faqihah. Sekarang ada dalam bilik, sambil mendengar tangisan Naurah yang mahu menyusu dan suara adikku yang sedih memujuk Naurah untuk lelapkan mata.
Naurah, my angel.
Maafkan Umi. Umi tahu Naurah sedih. Naurah cari Umi bila nak tidur. Naurah menangis bila Umi tak peluk. Tadi sebelum tidur bagitahu Naurah, "Naurah, Naurah tahu kan umi sayang Naurah?" Pandang Umi dengan muka senyum. Angguk. Mata bersinar. Menarik Naurah ke dalam rangkulan.
Oh. Naurah, kalau Naurah tahu betapa seksanya hati Umi bila dengar Naurah menangis dan meraung cari Umi masa nak tidur. Betapa umi terseksa menangis sepi seorangan dalam bilik. Sudahlah menangis tu anak ku sayang. Naurah kan dah besar..Dah tak boleh lagi minum susu umi. Naurah kena berdikari sekarang. Naurah kan dah jadi kakak..
Naurah tahu, betapa Umi menahan diri dari keluar bilik. Terasa kaki ni mahu keluar, dan cari Naurah serta peluk erat dan susukan Naurah. Betapa umi yang masih tak bersedia untuk lepaskan Naurah membesar menjadi anak dara..Tapi Umi dah buat keputusan. Naurah dah kena berdikari sekarang. Naurah dah besar. Umi kena ingat, anak Umi dah besar.
Ya Allah. Susahnya nak lepaskan anak dan terima kenyataan yang anak ku dah membesar. Dan sukarnya menerima bahawa anak ku akan berdikari. Luluhnya hati mendengar tangisan anak. Aku kena kuat semangat. Aku kena bertabah.
Allah. Kurniakan aku hati yang waja. Kurniakan aku jiwa yang kental. Kurniakan aku semangat yang membara. Aku hanya hamba yang lemah ya Allah. Allahuakbar.
Nota Pinky;
"Buat suami yang kejauhan. Kalau lah abang ada sekarang, pasti abang juga sedih. Harap abang akan ada waktu nak ceraikan susu Faqihah nanti. Saya perlukan Kekuatan untuk semua ni bang.."
Sibuk membaca buku.
23/02/2016
Atlas sejarah para rasul.
Ya. Sekarang ngah habiskan buku ni. Banyak info yang aku taktahu mengenai nabi dan rasul. Dan banyak juga lah ilmu yang aku dapat.
Dulu. Aku kira selepas kahwin, sibuk beranak, sibuk dengan en. Hati, aku tidak bekesempatan membaca buku. Tapi Alhamdulillah Allah luangkan masa Walaupun sesibuk mana pun aku. Syukur. Jadi jangan cepat bersangka buruk dengan Perancangan yang Allah tetapkan..
Harap akan datang, Allah akan bagi aku banyak masa untuk membaca. Banyak lagi buku yang aku nak baca ni.. :-)
Membaca amalan mulia.
Selamat malam. Semua. :-)
Nota Pinky;
"Tarbiyah sentap dari seorang kawan. 'Pasni bolehlah khatam alquran plak.. asik khatam buku jer kan.' Ouhhh. Sentap jantung aku. Terus baca Quran."
Sudah hari ke-30
22/02/2016
30 hari dalam tempoh berpantang.
Kata orang, tempoh berpantang adalah 44 hari. Aku ikut jela. Memandangkan aku orang yang masih muda belia. Haha. Bermaksud aku punya 14 hari lagi tempoh berpantang. Tak lama tu. 2 minggu saje. Bertabahlah wahai diri.
Sesetengah orang beranggapan pantang perlu 100 hari. Sesetengah lagi 44 hari dan selepas itu kau boleh makan apa saje kau mahu.
Aku?
Badan aku agak berlainan dan tidak sama. Jadi aku fikir, mungkin pantang lama adalah lebih baik. Kerana badan yang selalu tidak sihat ini kemungkinan akan lalui proses penyembuhan dengan agak baik jika tidak di usik dan berehat agak lama.
Anak pertama, berjaya berpantang selama 100 hari. Jadi berharap anak kedua juga begitu.
Anda bagaimana?
Adakah lebih baik berpantang 44hari atau 100hari.. atau tidak usah berpantang terus?
Nota Pinky;
"Berpantang kali ni sangat mencabar. Tak tahu kenapa. Huhu"





