Assalamualaikum Selamat pagi.
Selamat menghabiskan cuti yang berbaki.
Cuti agak lama kali ni. Boleh laa berehat tenang kan minda dan hati sekejap. Asyik stress dan sakit hati je ngan pelajar. Suruh belajar tapi taknak belajar. Susahlah. Tak tahu apa yang dorang fikir sebenarnya. Aku dulu pelajar jugak, tapi takde pun fikir malas nak belajar. Hmm.. Tapi tak leh nak samakan sebab aku dulu sekolah terpilih. Bukan Smk.
Tapi ade pelajar kelas depan, OK. Bukan semua. Yang masalahnya sekarang, pelajar yang dipertanggungjawabkan adalah kelas paling pandai. Sebab dah rasa diri pandai tu yang jadi taknak belajar. Kan. Sekarang dah masuk bulan 5 pun aku masih fikir cara nak tarik minat pelajar. Dah macam-macam dah guna. Haisshh. Ok. Abaikan. Sekarang waktu cuti ok.
Dapat berita menyedihkan.
Suami seorang kawan kemalangan jalan raya. Kawan plak mengandung dan sedang alahan dengan teruk. Ada anak kecik umur 9bulan yang asyik nak bermanja. Hmm.. Banyak betul ujian Allah bagi kat dia. Harap dia dapat menempuhi ujian ini ngan tabah dan redha. Insya Allah ganjaran Allah adalah lebih besar. Amin.
Cuti ni pegi melawat sanak saudara di Pahang.
Yelah. Dari kahwin dan sekarang dah beranak. Pinak. Langsung tak bawak suami dan anak untuk perkenalkan pada sanak saudara. Apa ni Pinky? So disebabkan itu, aku bawak lah. Memandangkan sanak saudara di Kedah dan Penang dah pun kami ziarah.
Alhamdulillah sambutan baik. Tak de marah-marah. Cuma pak sedara tanya lah. Ni siapa. Nilah suami saya. hihi. Bagus betul anak sedara. Kalau ada anak cucu nanti, nak pesan kat dorang, jangan buat macam nenek ni. Tak baik. Haha. =P
Hmm. Bila dah balik rumah ni, faham-faham lah. Baju bajan memang menimbun la. Dah berjalan dari hari khamis tak basuh-basuh. Memang biasa tu kan. Sekarang masa membersihkan rumah yang aku tak tahu macam mana aku nak kemaskan. Fail betul bab kemas mengemas ni. Ok. Janjintak bersepah.
Ok. Bye.
Nota Pinky ;
"2 3 hari ni, en. Hati sangat lah sweet. Romantik. Aku tak tahu kenapa. Dan aku taknak tanya kenapa. Dan aku suka dia macam ni. Haha. Comey betul en. Hati ni. I love U, Sayang."
Masa untuk menghabiskan cuti.
Paginya update blog.Haha
Assalamualaikum. Selamat pagi u ols.
Memang sangat pagi update blog hari ni. Sepatutnya aku bersiap sekarang untuk ke sekolah. Tapi rasa lelah sangat. Dari jam 4pagi tak berhenti kerja. Hmm. Rutin menjadi seorang ibu.
So sementara rehat 5 minit ni, aku update blog jap.
Hari ni last sekolah.
Dalam hati bukan main kepalang seronoknya. Tapi kat luar tak leh laa nak melompat bincang bagai kan. Rileks sudaaa. Aik. Nampak ke hati aku lompat bintang ni?
Perancangan untuk cuti ni dah dibuat.
Nak bawak Naurah jengjalan. Perkenalkan kat sedara mara. Hayya. Naurah dah nak masuk 9 bulan baru nak Perkenalkan. Hmm.. Umi ngan abi busy bersangatan. Macam ni lah jadinya.
Jom. Ke sekolah.
Hihi. Aku dari kecik sampai besar dah kawin asyik ke sekolah jer.. Bila nak tamat sekolah ni.? :P
Nota Pinky;
"Rasa nak berehat. Nak tidur tanpa gangguan. Penat."
TQ my BFF..
Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam Isnin.
Hmm.. Kalau hari Isnin, mesti rasa lemau. Rasa tak bermaya. Rasa kelam kabut. Hayya. Kenapa lah selalu macam ni. Rasa nak cuti tu membuak-buak lagi. Korang rasa tak apa yang aku rasa ni? Rasa tak... Rasa tak... Rasa tak... Hahaha.
Apalah aku membebel ni. Ok. Off topik.
Sebenarnya tetiba dapat surat cinta dari My BFF a. k. a CF..
Hai.. Dah lama tak de sesiapa nak bagi surat cinta, tetiba dapat. Rasa melting laa plak. Haha.
Tq Sayang atas surat yang takde setem tu. Hoho.
Awak,
Sebenarnya kita tak busy sangat pun. Kita cuma sedang belajar menguruskan masa. Belajar urus suami + anak + rumah tangga yang tak de tangga ni + kerja di sekolah + macam-macam lagi. Kita kan baru mengeluarkan my bidadari dari my tummy. So kita tak berapa nak reti lagi uruskan masa. Sekarang baru kita biasa. Kita pun rindu nak berblog macam dulu. Nak komen kat blog awak. Nak blog walking tetiap hari. Bina jaringan ngan blog. (Apa maksud bina jaringan ngan blog? Ntah. Confuse kejap. Jari tulis. Otak tak fikir pun. Ha. Ha. Ha.)
wah! Tergeliat lidah aku wey cakap awak-kita-awak-kita-awak-kita.
Aku sayang kamu.
Tetiba rasa malu plak bagitahu macam ni. Lalala~~ =P
Nota Pinky ;
"Menghitung hari. Hari ni. Esok. Lusa dapat jumpa My Hati. Tak sabar nya. Sayang, i ngah tunggu u balik ni.. Hehe."
Banyak jugak hikmahnya.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah wa syukurillah. Kesihatan bertambah baik. Cuma selsema, sakit tekak dan batuk jer belum hilang lagi. Insya Allah akan sembuh tak lama lagi.
Nikmat kesihatan bila ditarik, Ya Allah... Besarnya rahmat Mu bagi sihat walafiat sebelum ni. Tapi besar lagi rahmat Mu bagi sakit sebab sakit menghilangkan semua dosa-dosa yang ada. Alhamdulillah.
Sekarang. berada ngan My Bidadari. Without My Hati.
Bila berseorangan macam ni, aku sempat bermuhasabah. Ewwahhh. Banyaknya nikmat yang Maha Esa bagi kat aku. Pindah balik Malaya. Pregnant. Lahirkan my Bidadari di Kelantan. Ada Bidadari peneman. Bidadari yang sihat dan kuat macam Abi. Abi dapat sambung master. Then doakan Abi tamatkan nya hujung tahun ni. Banyak lagi la..
Tapi..
Aku tetap rindukan saat dulu. Sebelum aku balik ke Malaya. Tiap-tiap hari aku qiyamullail. Tiap-tiap hari aku bercerita pada Allah. Tiap-tiap hari aku menangis dalam doa. Tapi... bila dikurniakan nikmat yang banyak, hanya beberapa hari je dalam seminggu aku bangun malam. Itu pun tidak bersungguh-sungguh. Ya Allah.
Aku harap, dengan kesihatan yang bertambah baik ni, aku akan dapat qiyamullail macam dulu. Dan bercerita macam-macam pada yang Maha Penyayang. Dapat memohon macam-macam pada yang Maha Pemberi Rezeki. Subhanallah.
Sekarang terasa Aku seolah-olah kacang lupakan kulit.
Bila dapat apa yang dihajati, aku lupa kepada yang Maha Pemberi. Tarik nafas dalam-dalam.
Hmmm.. Sebenarnya banyak jugak hikmah nya bila my Hati banyak hari berkursus. Sempatlah aku bermuhasabah diri. Sekarang aku berazam untuk jadi macam dulu. Insya Allah.
Doakan tau!
Go Pinky! Go!
Nota Pinky ;
"Bila sihat macam ni mula lah gian nak menjahit. Haiya! Tapi kepala masih berpusing. Dengar nasihat orang tua Pinky. Kesihatan diutamakan. Hoho."
Alhamdulillah. Makin sihat.
Assalamualaikum. Salam sejahtera. Hai semua.
Chewahh.. Macam lah ade orang baca apa yang aku tulis. Hoho. Tepuk bahu. (Motif?)
Minggu lepas Bidadari kesayangan Naurah Nabihah demam, tak boleh nak buat apa.. Baru rasa penangan anak demam. Dah 31 tahun aku hidup dengan baik dan bebas. Tetiba kena macam ni, baru ku thau pengorbanan mak dan ayah membesarkan anak dengan susah. So jangan ko degil-degil lepas ni tau.
Ok. Sekarang, i plak yang demam.
Batuk. Selsema. Kahak. Sakit kepala. Semua ada. Lengkap. Bila demam. Ngan bidadari yang baru sihat, menyebabkan badan sangatlah letih. Pastu My Hati plak tak de kat rumah. Kursus sampai Rabu minggu depan baru boleh dating balik, lagi menyebabkan aku rasa nak pitam+pengsan+terbongkang = taknak buat apa-apa sebab dah guna banyak tenaga. Macam tu ke orang discribe perasaan penat? Haha. Abaikan.
Dan sekarang baru aku rasa, like... Wow, demam sambil jaga orang lain sangat memberi keterujaan yang tak dapat di bayangkan. Haha. Ok. Ayat aku sangat lah pelik. Stop. Hmm.. Macam nilah mak aku rasa masa jaga aku dulu. Mungkin. Terima kasih mak.. Air mata tetiba bergenang dan oh. i miss u so much, mak..
Cakap kat mak.
Mak suruh aku rehat. Tapi ada sesuatu dalam diri yang meloncat-loncat mahu keluar. Gian agaknya. Perasaan nak menjahit. Yer. Aku rasa aku gian sekarang. Sebab dah sebulan lebih aku tak menjahit baju. Sekarang sambil pejam mata pun aku asik fikir nak potong kain je. Macam semalam, sangat-sangatlah gian. Tapi paksa diri untuk tidur. Sebab badan dah lemah tak bermaya. Huhu.
Adakah gian nak menjahit baju adalah satu penyakit?
Kalau ia adalah penyakit, aku rasa aku perlukan seorang pakar untuk mengatasi kegilaan ini. Hakhakhak. Gelak jahat tu...
Mahu berehat sekejap. Menghilangkan lelah yang bertamu.
Nota Pinky;
"Semalam aku termarah my Hati. Mungkin tak puashati sebab my Hati pergi lama sampai Rabu. Lepas my hati hilang dari pandangan aku dah hitung hari bila nak jumpa. Hai. Penyakit apakah ini?"
Rindu biak Sarawak
Rindu biak Sarawak.
Entri pertama 2015
Assalamualaikum. Salam mahabbah. Salam 1 Malaysia.
Dah gaya menteri nak berucap plak.
Tahun 2015.
Aku tak jenguk langsung blog. Aku hanya membaca blog kawan-kawan dari Google+ sahaja. Hmm.. Adakah aku busy. Ntahlah. Bila muncul tahun baru, aku rasa sangat tidak menang tangan. Sangat banyak kerja. Sangat menjadikan aku hanya berfikir perkara penting sahaja. Adakah ia menjadikan aku seorang workaholic.?
Kelu. Diam.
Dah lama tak menulis. Dah macam kaku plak. Tak tahu nak tulis apa. Otak jadi tepu. Alhamdulillah walaupun tak menulis, membaca adalah rutin harian. Kalau tak, memang tepu tahap dewa laa otak ni. tak digunakan langsung. Huhu.
Mungkinkah anak menyebabkan aku tak menang tangan.?
Ada kawan di sekolah cakap, baru anak seorang dah tak menang tangan.
Hati jawab.
Hello? Masa kau anak sorang dulu, masa kau mula-mula beranak dulu, masa kau mula-mula ada anak dulu, kau kelam kabut jugak kan. Eleh. tak yah laa nak cakap kat aku, kau dapat rileks ngan baik. Takyah laa cakap kau ni jenis pandai sangat menguruskan waktu. Kau ni orang nya pandai jaga anak. Kita sama-sama suri rumah yang bekerjaya. Aku tahu rasa lah.
Dan.
Sewaktu anak pertama, kita sama-sama belajar menguruskan family.
Ok. Stop rasa nak marah. Marah tu api setan. Hoho. Kan terbakar nanti.
Mulut.
Hanya mengukir senyuman. Kalau aku jawab kan cari gaduh plak. Tak pasal. Haha.
Pendapat aku..
Anak tu anugerah Allah. Hikmahnya, kita akan belajar menguruskan masa. Kita akan belajar menjadi seorang penyabar. Kita akan belajar menjadi seorang yang berdedikasi. Dan penuh dengan kasih sayang. Ewwahhh.
Jadi, tak perlulah pandang sebelah mata pada ibu yang baru ada anak macam aku ni. Sebab semua orang akan belajar untuk menangani nya.
Dan. Sekarang.
Aku agak berpuas hati dengan diri sendiri. AGAK. Sebab tak sepenuhnya lagi aku boleh buat bila badan aku penat setelah seharian di sekolah.
Tapi, buktinya aku boleh menjahit, sambil menguruskan rumah dan anak. Keperluan suami dapat disediakan dengan jayanya. Cuma aktiviti masak memasak agak kurang sekarang. Akan datang akan cuba bahagikan masa dengan baik lagi.
Chaiyok, Pinky!
Nota pinky ;
aku akui, aku sangat memerlukan masa tambahan tapi ia tetap menghiburkan hati untuk menguruskan rumah tangga yang tak de tangga. I love Malaya. Haha.





