Assalamualaikum Selamat pagi.
Selamat menghabiskan cuti yang berbaki.
Cuti agak lama kali ni. Boleh laa berehat tenang kan minda dan hati sekejap. Asyik stress dan sakit hati je ngan pelajar. Suruh belajar tapi taknak belajar. Susahlah. Tak tahu apa yang dorang fikir sebenarnya. Aku dulu pelajar jugak, tapi takde pun fikir malas nak belajar. Hmm.. Tapi tak leh nak samakan sebab aku dulu sekolah terpilih. Bukan Smk.
Tapi ade pelajar kelas depan, OK. Bukan semua. Yang masalahnya sekarang, pelajar yang dipertanggungjawabkan adalah kelas paling pandai. Sebab dah rasa diri pandai tu yang jadi taknak belajar. Kan. Sekarang dah masuk bulan 5 pun aku masih fikir cara nak tarik minat pelajar. Dah macam-macam dah guna. Haisshh. Ok. Abaikan. Sekarang waktu cuti ok.
Dapat berita menyedihkan.
Suami seorang kawan kemalangan jalan raya. Kawan plak mengandung dan sedang alahan dengan teruk. Ada anak kecik umur 9bulan yang asyik nak bermanja. Hmm.. Banyak betul ujian Allah bagi kat dia. Harap dia dapat menempuhi ujian ini ngan tabah dan redha. Insya Allah ganjaran Allah adalah lebih besar. Amin.
Cuti ni pegi melawat sanak saudara di Pahang.
Yelah. Dari kahwin dan sekarang dah beranak. Pinak. Langsung tak bawak suami dan anak untuk perkenalkan pada sanak saudara. Apa ni Pinky? So disebabkan itu, aku bawak lah. Memandangkan sanak saudara di Kedah dan Penang dah pun kami ziarah.
Alhamdulillah sambutan baik. Tak de marah-marah. Cuma pak sedara tanya lah. Ni siapa. Nilah suami saya. hihi. Bagus betul anak sedara. Kalau ada anak cucu nanti, nak pesan kat dorang, jangan buat macam nenek ni. Tak baik. Haha. =P
Hmm. Bila dah balik rumah ni, faham-faham lah. Baju bajan memang menimbun la. Dah berjalan dari hari khamis tak basuh-basuh. Memang biasa tu kan. Sekarang masa membersihkan rumah yang aku tak tahu macam mana aku nak kemaskan. Fail betul bab kemas mengemas ni. Ok. Janjintak bersepah.
Ok. Bye.
Nota Pinky ;
"2 3 hari ni, en. Hati sangat lah sweet. Romantik. Aku tak tahu kenapa. Dan aku taknak tanya kenapa. Dan aku suka dia macam ni. Haha. Comey betul en. Hati ni. I love U, Sayang."
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment