RSS

Cendol Bakar

Ya.

Aku mahu bercakap tentang cendol bakar.
Telah lama aku memerhatikan kain rentang di bahu jalan yang mengiklankan "Cendol Bakar - Refeil percuma - 500m dihadapan".
Hati terdetik. Macam mana laa cendol bakar ni? Adakah dia macam uniknya Aiskrim Goreng?

Suarakan pada rakan serumah.
Niat untuk minum cendok bakar, aku tangguh kerana masa melihat kain rentang itu, aku berpantang baru 44 hari. Huhu. Dan aku pendam je keteringinan hati untuk menikmati cendol bakar yang menarik perhatian aku itu.
Dan pada suatu hari, aku suara kan hasrat hati pada rakan serumah. Dan kami plan pada hari tertentu kami akan sampai ke kedai itu untuk menikmati cendol bakar. Senyum tanda puas hati.

Tiba lah hari yang dinantikan.
Sampai juagk akhirnya ke kedai cendol bakar. =)
Soalan pertama rakan serumah, "Cendol kat sini, dia bakar macam mana?"
Pelayan yang mengambil order terkebil-kebil tidak faham. Kami bertiga saling berpandangan. Soalan diulang sekali lagi. Tapi dalam bentuk yang berbeza, tapi makna yang sama yang mana ingin mengetahui macam mana cendol bakar di buat. "Cendol kat sini memang bakar eh? Masak macam mana eh boleh jadi cendol bakar?"
Sekali lagi pelayan yang mengambil order terkebil-kebil. Kami bertiga sekali lagi berpandangan tanda tidak faham juga.

1 minit kemudian.
Aku terperasan sesuatu di dinding kedai. "Terima kasih, dari En. Bakar."
Ku segera menunjukkannya kepada kawan-kawan. Kami bertiga ketawa sama-sama. Boleh plak salah faham.

Maksud sebenar.
"Cendol Bakar" = Cendol yang di buat oleh En. Bakar.

Walaupun dah salah faham, 1 perkara yang tidak mengecewakan ku adalah cendol itu sendiri sangat sedap. =) Aku tidak mahu marah lagi. Bahkan menikmati cendol itu dengan penuh berselera. Haha. Ketawa sopan.

Kesimpulannya.
Jangan cepat menilai sesuatu yang kamu nampak tanpa mengetahui asal usulnya. Adalah lebih baik kamu menyiasat dan mengetahui maksud tersirat di sebalik semua perkara. Kan?







Nota Pinky ;
"Oh! Tipah tertipu. Ketawa pada diri sendiri yang salah menafsirkan apa yang dilihat. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cepatnya kamu melenting, wahai diri.

Assalamualaikum dan good evening..

Senyum dulu sebelum meneruskan sesi luahan.

Hari yang panjang aku kira.
Hari ni, aku "agak" garang. Orang Terengganu kata 'bekeng'. "AGAK" ke? Pelajar ramai yang tegur, "Ustazah badmood ye hari ni?" Tak pun. Mungkin sebab perut ni asyik menyanyi dan menari zapin yang lemah gemalai menyebabkan aku sedikit cepat naik angin. Ish3. Hilang ayu aku. Tak awet mudalah kalau selalu marah. Tak boleh jadi betul gini.

Kalau lama-lama berada di Undang Rembau, agak-agaknya aku yang darah rendah menjadi darah tinggi. Sebab semua pelajar sangat menguji kesabaran. Terasa ingin lempang-lempang semua yang ada kat depan mata. Dush3.

Tiba di rumah.
Kesabaran sekali di uji.
Ish3. Aku ni memang tak boleh nak tahan marah langsung. Tahap kekebalan marah tu sangat nipis. Mungkin senipis kulit bawang. Eh3. hmmm.. Menongkat dagu berfikir. Lebih nipis lagi kot... =p

Bertikam lidah dengan en. Hati adalah suatu yang sangat menyakitkan. Lebih sakit dari cabut gigi. {Eh! Kenapa diumpamakan dengan cabut gigi? Sebab sakit cabut gigi sangat sakit dan tempoh untuk baik selepas gigi di cabut adalah lebih 2 minggu.}

Tapi itulah orang kata... Kalau tak bergaduh atau bertikam lidah, tak berseri rumah tangga. Lepas settle isu hangat yang kami berdua bincangkan, {Berbincang konon!} boleh plak bebaik. 10 minit je tikam sana sini. Lepas tu, ok. Tapi terasa macam sangat lama. Padahal tempohnya hanya 10 minit 41 saat. =)

Sekarang, sedang tersenyum.
Melihat en. Hati berbaju pink, sangat comey. Ketawa sopan. Dan entah kenapa sangat rasa tenang bila memandangnya. Anugerah Allah, apabila isteri memandang suami, akan timbul rasa tenang di dalam hati. Kan?

En. Hati ni... Dulu tak nak pakai pink2. Katanya pinky macam aku. Sekarang, dah ubah angin ye, Sayang? Gelak dalam hati.

Marah tu tak elok sebenarnya. Kan?
Ya! Sebab bila aku marah, hilang terus seri kecantikan aku. Haha. Pelajar pun boleh perasaan muka aku akan berubah bila marah dan selepas marah tandanya masih tak berubah. Oh! Sangat mengerikan muka ku ketika marah. Habis hilang awet muda hari ni sebab terlalu lama marah. Ngee.. Esok berazam untuk menahan marah dengan baik. Haha.

Bersabarlah wahai diri. Kuatkan semangat. Dan kebalkan perisai yang ada. Senyum.

Cuaca atau badan aku yang bermasalah?
Cuaca memang tak menentu sekarang. Ramai guru-guru yang demam. Yang selsema lagi la. Tapi keadaan aku plak, asyik tak larat dan cepat aje lapar dan mahu marah. Cuaca aku pun tak menentu jugak agaknya. Hihi.

Tapi kata kawan-kawan itu adalah tanda. Ahh.. Pedulikan tanda-tanda yang ada. Yang penting sekarang, jom kita makan. Lapar ni. hehee.





Nota Pinky ;
"Lapar. Makan. Lapar. Makan. Lapar lagi. Makan lagi. Tapi beratnya tak naik pun. Tension betul ngan berat badan yang degil ni! Huhu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila sabar dah tiada.

Selamat Tengah Hari dan Salam sejahtera.

Senyum dulu.

Situasa sekarang.
Oh! Marah sedang meluap-luap. Terketar-ketar lutut dan tangan. Rasa mahu lempang-lempang saja semua pelajar yang ada di dalam kelas.
Apa taknya, nak masuk kelas, dipanggil dan dijemput supaya masuk. Dalam kelas, buat bising + ketawa kuat-kuat + bergaduh + tak hormat langsung cikgu yang mengajar di depan. Baiklah. Masih bersabar. Dan akhirnya api yang kat dalam meletup.

Marah + air mata.
Biasanya kalau marah, mesti nak saja menangis. Supaya cepat lega.
Sekarang tak lagi. Bila marah, tangisan tu tak bermakna lagi dalam hidup aku, maknanya marah yang ada ni adalah sebetul-betul marah dan tak boleh dihilangkan lagi. Oh, Diri! Kenapa perlu begini?

Tadi.
Tindakan luar kawal semasa marah menyebabkan semua pelajar yang bising dan tidak mahu masuk kelas menjadi diam. Koler baju lelaki ku tarik sehingga pelajarnya menjinjing kaki, terangkat. Tenaga luar biasa nampak. Suara bergema. Oh! Kuatnya suara aku. Apa aku buat ni? Soal pada diri sendiri. Kelas sunyi sepi dan semua pelajar diam di tempat masing-masing. Ooo, tahu plak ade di tempat masing-masing. Tadi keje nak ponteng dan nak masuk kelas pun macam liat je.

Marah.
Marah itu dari syaitan. Cepat-cepat aku mengucap dan beristighfar. Memohon perlindungan dari Allah supaya aku tidak bertindak jauh dan di luar kawalan minda.
Macam ni ke bila aku betul-betul marah? Tak terlintas untuk memegang koler baju pelajar dan mengangkatnya. Wah! Cepatlah sedar dari lamunan. Pejam mata rapat-rapat.

Maafkan ustazah.
Tapi kamu memang melampau. Dah laa ustazah penat naik tangga tinggi-tinggi + lapar + perut menyanyi riang lagu Jamal Abdillah. Memanglah cepat melenting.

Komen pelajar.
Pelajar A ; "Ustazah marah nampak comey. Tudung pun ustazah kelepek ke luar. Hooo.. Cool beb.."
Pelajar B ; "Mana ade comey kelepek tudung keluar macam pelajar-pelajar perempuan buat. Kau ni.."
Ustazah ; "Korang kutuk ustazah kat belakang yer? Amboi3.."
Pelajar A ; "Eh, Ustazah.. Sorry Ustazah." Senyum.
Pelajar B ; "Lain kali tak nak ustazah mengamuk lagi. Tak suka."
Ustazah ; "Tahu plak kamu tak suka."
Pelajar A&B ; Sengeh.

Komen ustazah.
Tengok! Aku dah cakap, aku tak kan sedar bila marah. Pakai tudung pun dah macam gengster yang bertudung labuh. Haha. Sempat plak dorang tengok tudung aku. Nampak aje menikus takut. Tapi mata liar memandang sana sini. Aduhai pelajar aku ni..

Menjadi seorang ustazah.
Aku tak tahu mahu menjadi ustazah garang atau lembut.
Kalau garang, pelajar tak suka. Lembut plak, pelajar pijak kepala. Huhu. Cabaran betul lah.






Nota Pinky ;
"Dah 1 bulan berlalu. Harap masa cepat bergerak hingga ke 31 March. Tak larat dah nak ajar di sekolah ni. Huhu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ragam pelajar buatkan ustazah sakit otak.

Selamat tengah hari.

Ya. Sekarang dah tengah hari. Otak masih lagi mendidih. Di sebabkan pelajar yang banyak sangat ragam dan kerenah. Masuk kelas, Pelajar takde. 1 jam belajar, pelajar sekali lagi tak de. Weyh... 40 minit lagi ni. Mana hilang anak murid aku ni? Aduhai. Susahnya nak kawal kelas ke9+10. 50 orang dalam 1 kelas. Ustazah plak sorang. Akhirnya, aku biarkan saja mana mereka nak pergi. Tak larat nak jerit dan memekik. Ketawa.

10 minit kemudian.
Ade pelajar bergaduh. Dah la pelajar lelaki. Dorang sama tinggi dan besar ngan aku. Aduhai. Seram jugak nak leraikan. Tapi terpaksa.

15 minit sebelum masa tamat.
Seorang pelajar lelaki datang. Tersenyum-senyum kat aku. Ni apa ke hal plak ni senyum macam kerang busuk dah aku nampak. Ketawa kuat-kuat dalam hati.

Pelajar ; "Ustazah...."
Ustazah ; (Dalam hati) Alahai mendayu dan manje nya panggil ustazah, apalah kena ngan budak ni?
Pelajar ; "Boleh tak saya nak couple ngan ustazah."
Ustazah ; "Eh, bukan ke kita dah lama couple?"
Pelajar ; Malu-malu dan terus beredar.
Ustazah ; Senyum. (Terasa mahu gelak kuat-kuat.)

Apa yang ada dalam fikiran pelajar aku ni?
Haa.. Agaknya dorang ingat aku ni kecil molek dan baya-baya mereka, mereka boleh ajak aku couple. Bagus punya pelajar. Ish3.
Hello pelajar sekalian.. Ustazah dah kahwin la.. Berapa kali ustazah mahu cakap?
Senyum sendiri. Pelik je.

Masa belajar dulu.
Ya. Aku jugak ade minat cikgu yang aku suka. Tapi tak delah sampai ajak cikgu tu couple ngan aku. Adeh. Dan aku tak delah cakap aku suka dia. Haha. Kelakar. Memang betul laa apa yang orang kata. Pelajar sekarang mesra guru dan langsung tak takut guru.
Pelajar dulu, kalau nampak guru, mahu sahaja bertempiaran lari. Pelajar sekarang, masuk dekat macam nak cium cikgu pun ade.
Cabaran betul buat aku yang tak berapa tinggi ni. ;)

Cabaran masa kini dan cabaran mengajar di sekolah harian biasa.
Pelajar liar, tak hormat guru, kurang ajar dan macam-macam ragam lagi yang ada. Tapi itulah yang harus aku hadapi.

Cikgu harus garang berdepan dengan budak macam ni.
Betul ke? Entahlah. Aku sebenarnya malas nak garang-garang dan marah-marah serta jerit-jerit pada budak-budak. Cukuplah sekadar perli memerli di dalam kelas. Tapi kekadang pelajar sekolah ni sangat melampau. Rasa nak lempang-lempeng dan henyak-henyak ngan kaki dan goreng buat lempeng. Betapa geramnya aku.

Doa ku panjatkan.
Harap pelajar yang di ajar akan terbuka pintu hatinya menerima pelajaran dan dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Setidak-tidaknya dia tahu mana buruk dan mana baik. Kan?

Moga Allah makbulkan doa itu.








Nota Pinky ;
"Situasi sekarang, terpaksa mengajar pelajar nasyid dan bertarannum la plak. Apa cikgu sekolah ni ingat suara aku sedap ke? Suara macam gempa bumi ni wahai cikgu-cikgi sekalian. Harap maklum. Ketawa pahit."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adakah aku sensitif hari ni?

Selamat Petang.

Hujan agak lebat petang ni. Masa ngan Hafeez tadi slow je bawak.. Tak nampak. Balik tidur syok jugak. Hehe. Ingatkan selepas parking Hafeez kat garaj, mata nak pejam. Aleh-aleh, macam buah guli plak bulatnya. Adoi..

Kecik hati.
Tak tahu kenapa aku sangat sensitif hari ni. Oh! Itu sudah menjadi cerita lama. So tak yah nak kecik hati. Tapi ku telan sendiri. Tidak mahu meluahkan. Ketawa. Mungkin ini adalah balasannya. Ketawa menyedapkan hati sendiri.
Ok.
Perlu tarik nafas dan menghembusnya sekuat mungkin. Alah, perkara kecik saja. Usah di ungkit. Aku doakan kesejahteraan kamu. Semoga Allah merahmati hubungan yang telah di ikat dengan tali Allah itu. Senyum kelat menahan terkilan. =)

Keadaan sudah berubah.
Ya! Aku tidak menafikannya. Semuanya telah berubah. Termasuk aku. Banyak perubahan yang telah aku lakukan. Dan kini, terasa macam kembali kepada keadaan asal. Haha. Ketawakan diri sendiri. Oh! Apa yang ingin aku katakan ini? Fikiran sudah di kuasai oleh emosi yang terkilan. Haha. Baik diam dulu. Tenangkan jiwa. Kan?







Nota Pinky ;
"Dalam persahabatan kekadang tak semua kita dapat luahkan pada sahabat kita. Mungkin tiada kata yang boleh diluahkan melainkan hanya berdiam diri. Bukan?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Interviewer sangat baik. =)

Assalamualaikum dan selamat pagi 1 Malaysia.

Senyum. Ya. Senyum ceria di pagi hari baik untuk kesihatan muka. ;D

Alhamdulillah.
Aku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah sekalian alam.
Ceh! Terasa gaya ustazah-ustazah je yang bercakap. Bagus. Dan teruskan usaha.

22/02/2012
Rabu yang indah.
Jam 6.45 pagi dah bertolak, kononnya nak cepat sampai. aleh-aleh jam 7.20 jugak sampai ke tempat interview. Haha. Gelakkan diri sendiri. Dah banyak kali masuk Putrajaya, tapi setiap kali tu jugak sesat. Syabas untuk anda berdua. Suami+Isteri. Ketawa tutup mulut tanda sopan.
Walaupun terasa agak lewat sampai, tapi Alhamdulillah sampai sebelum masanya.

Dewan dah penuh dengan manusia yang semuanya nampak kecut perut. Ya! Tersmasuk aku yang lututnya agak longgar berbanding semalam. Senyum.

Baiklah.
Hal interview. Kalau ditanya, senang or susah? Aku tidak pandai mengkategorikannya susah atau senang. Sebab soalannya agak mencabar jika diuji kepada orang yang sedang bergerak lututnya macam kami semua. Haha. Tapi setelah siap, terasa macam ye ke aku masuk interview ni? Macam nak menari plak hati ni. Lega ya amat..

Sebelum interview.
Lutut dah jadi longgar. Jantung plak sedang maraton + dah macam nak tercabut dari tangkainya. Tubuh dari kepala sampai kaki, semua sejuk macam ade kat kutub utara selatan je. Senyum.

Kata orang, jangan takut.
Istighfar banyak-banyak dan selawat banyak-banyak.

Kata En. Hati kesayangan.
"I tahu U boleh buat ngan baik. Dan I percaya kat U."
Ringkas. Tapi padat ngan penuh harapan. Baiklah suamiku. Akan ku cuba yang terbaik untuk kita. Hehe.

Soalan-soalan yang ditanya ;
  1. Perkenalkan diri adalah perkara biasa apabila di interview.
  2. Huraikan tentang JERIS menurut FPK.
  3. Baca teks al-Quran + nyatakan hukum + huraikan cara bacaannya. (Masa ni, dah fikir macam-macam dah. Bertarannum ke? Bacaan imam qiraat mana dia nak bagi ni. Gelabah dalam jiwa. Aleh-aleh, nak tengok guru al-Quran ni boleh ke mengaji dan tepat ke tak bacaan Qurannya? Hehe.)
  4. Baca surah al-Fatihah. (Sah-sah laa wajib. Sebab al-fatihah kalau tak betul, solat tak sah. Kan?)
  5. Bacaan surah Muqaddam. (Alhamdulillah, sekolah menengah dulu dah hafal sampai hadam semua ayat muqaddam. Kalau tak.... Tak tahu laa nak jawab apa bila guru Quran sendiri tak hadam muqaddam. Kuang3.)
  6. Bercakap dalam BA sikit.. Ngeee.. Ikut suka hati tajuk apa pun..
  7. Apa kamu nak bagitahu pelajar bila subjek Sejarah jadi subjek wajib lulus dalam SPM, padahal subjek Sejarah kebanyakkan pelajar tak minat dan boring untuk belajar?
Sekian, terima kasih.

Selepas interview.
Tangan mula kebas. Jantung mula normal. Lutut kembali kepada kedudukan asal dan tidak lagi longgar. dan Boleh bernafas dan tersenyum dengan riangnya.
Kelakar.
Terasa macam sedang masuk pertandingan tilawah al-Quran dah masa interview. Dah laa kena mengaji kuat-kuat. Nasib bukan di suruh tarannum. Lalala~

Apa-apa pun, Alhamdulillah.
Syukur pada Mu, Ya Allah kerana memudahkan segala urusan ku dan kawan-kawan interview. Harap penempatan akan datang, rezeki ku akan awal. =) Dan dekat dengan en. Hati. Amin.

Oh! Hari Khamis, hari persekolahan.
Malasnya. Hahaha.








Nota Pinky ;
"Pada sahabat yang belum interview lagi, buat yang terbaik untuk masa depan kamu. Sebab tak puas hati lepas interview adalah tak berbaloi. Hehe"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Interview makin dekat.

Ahad ini.

Biasanya hari Ahad, semua manusia yang bekerja akan menerima Ahad dengan gembira. Senyum. Kali ini, Ahad ini tidak lagi di isi dengan rehat dan berfoya-foya bersama en. Hati, tetapi pengisiannya adalah untuk study bersama.
Aku = study untuk interview yang bakal berlangsung hari Rabu, 22.02.2012.
En. Hati = study untuk DipPend nya.
Rumah = Sunyi sepi. Hanya di isi dengan bunyi-bunyi burung dan alam semula jadi.
Luar biasa. Ketawa. Bagus.

Oh! Interview..
Makin banyak yang di baca, makin banyak plak terasa tak de ilmu di dada. Sesak nafas memikirkannya.
Banyak ke? Ok. Tipu. Tak banyak pun. Tapi rasa je macam banyak. Ketawa sopan. Bagus.

Pesan kawan.
"nak je cakap ngan korang tak yah bace buku...sebab majoriti soalan KBKK...:D..."
Bagus kawan aku yang sorang ni.
Berterus terang.

Komen aku.
Tapi membaca jugak perlu sebab orang yang menginterview kita akan tahu kita ni membaca ke tak. Dia kan lebih makan garam dari kita. Of course laa dia tahu.

Baiklah.
Sekarang masa untuk membaca buku, ok.
Baca buku = usaha. + Doa + Tawakkal pada Allah. InsyAllah, Allah akan beri rezeki pada kita. Kan?
Pada sesiapa, rezekinya di tahan buat seketika, jangan bersedih. Pasti ada hikmah yang menyusulinya. Kerana Allah sebaik-baik perancang di alam yang penuh dengan perancangan ini. InsyAllah.

Ucapan selamat untuk semua.
Selamat study untuk semua yang akan di interview.
Semoga murah rezeki untuk orang yang bakal keluar nama untuk diinterview.
semoga berjaya bagi semua yang dah siap interview.







Nota Pinky ;
"Bagus jugak ada interview. Banyak ilmu yang akuu tak pernah tahu dan "amik tahu" aku dapat. Alhamdulillah. Tambah pengetahuan aku. Senyum ceria."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS