RSS

waspada!!

pernah kamu dengar tentang lelaki yang ingin membalas dendam dengan semua perempuan kerana seorang perempuan. atau seorang perempuan berubah menjadi tomboy kerana berdendam dengan seorang lelaki?

mesti pernah.. dan jawapannya YA.

mak aku selalu pesan, kalau nak, cakap je nak, kalau tak nak, cakap tak nak. jangan melayan semua lelaki dengan layanan yang sama dengan lelaki yang kita suka. hidup ni kata orang jangan terlalu melampau.

aku datangkan kesah. kesah rekaan aku. contohnya, siti dalam mencari jodohnya, dia bertemu ramai lelaki. lelaki yang diketemuinya ada yang baik, dan ada juga yang kurang berhemah. tapi siti melayan semua lelaki sama rata. semua di bahasakan dengan abg, dan panggilan manje siti adalah Anje.. dengan semua lelaki siti bersikap begitu.

pada pendapat kamu, adakah wajar siti bersikap demikian?

ni pendapat aku, jika kamu tidak setuju, kamu disunatkan bangkang. aku tidak akan makan kamu jika kamu bangkang pendapat ku yang tak seberapa ini.

pendapat aku, siti tidak wajar begitu, kerana sifat lelaki lain dengan perempuan. lelaki sangat suka akan perempuan yang berlemah lembut dengan mereka. jika lelaki itu adalah kawan kamu, mestikah kamu memanggilnya dengan abg dan membahasakan diri kamu dengan Anje? adakah patut kamu bahasa kan diri kamu dengan kawan begitu?

aku tak pernah plak jumpa kawan yang panggil kawan dia sayang atau manje atau ape2 panggilan manje yang agak gedik dengan kawan2 sendiri. hmm.. may be aku sudah tua dan tidak tahu perkembangan budak2 zaman sekarang. jika aku salah, betul kan lah aku.

tapi mak aku selalu pesan, dengan lelaki jangan main2. jangan lukakan hati atau guriskan hati mereka. kalau kamu ingin menolak sekali pun, tolak lah dengan cara yang baik. sebab aku perempuan adalah kaum yang lemah dan tidak dapat melawan lelaki dengan kekuatan. maka berhemah lah dengan lelaki.

mak selalu kata, kalau hantu kacau, kita boleh baca quran. kalau lelaki kacau dan buat perkara yang tak senonoh.. siapa nak bantu? memang tuhan ada. ALLAH itu maha melihat. tapi kita jangan cari pasal dengan golongan adam. sebab padah yang akan datang sangat teruk bila lelaki marah.

betul ke lelaki macam ni? kalau dia marah seperti gunung berapi melepaskan larvanya? confuse jugak aku. tapi aku kira betul lah.. ini hanya untuk langkah berjaga2. kerana kata orang jangan kamu bermain dengan api. kelak kamu yang terluka. so ambil lah pengajaran.

kalau kamu suka, kata kan saje kamu suka. kalau kamu tak suka, tolak lah secara baik. itu adalah lebih elok kerana kamu hanyalah seorang perempuan. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hidup ini..

subjek KDO telah memperkenalkan aku dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan. tak kira laa ilmu apa.. yang penting, aku sangat seronok mempelajarinya. cuma aku saje yang masih tidak lagi bersuara di dalam bilik kuliah yang sebesar itu. entah. aku pun tidak tahu mengapa. biasa nya aku lah yang selalu bersuara apabila aku tidak berpuas hati dengan idea2 yang disumbangkan.

tapi mugkin aku sedikit segan atau pun aku sedikit gelabah. haha. atau aku telah terkesima dengan ilmu2 dan pengetahuan2 prof Megat. dia memang seorang Prof yang sangat banyak pengalaman dan juga pengetahuan. terima kasih untuk prof Megat atas segala ilmu dan pengetahuan yang telah dikongsi.

minggu lalu, aku belajar analisis SWOT. aku tak sangka pada minggu ni, dalam kelas pengurusan dan pentadbiran pendidikan aku dikehendaki menyiapkan analisis SWOT. agak pening. tapi aku seronok. kenapa?

sekarang, hidup aku kembali terurus seperti sedia kala. jadual yang tersusun. aturan yang terpaksa aku ikut. disiplin yang patut aku jaga. semua menjadi seperti sedia kala.

aku kira, diri ku patut dianalisis terlebih dahulu. supaya segala kerja dapat ku jalankan dengan baik dan betul. kalau tak, naik haru hidup aku ni. hmm, hidup ini, sebenarnya selalu kena muhasabah diri, selalu fikir akan kelemahan diri, dan selalu lah insaf diri. barulah semua keadaan akan berjalan dengan tenang dan harmoni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

study..

kerja semua kebanyakkan nya dah ku settle kan.. tinggal sikit2 lagi.. ade kerja. tapi tak banyak sampai aku pun naik pening. sekarang, tahap kepeningan ku turun menjadi 20% sahaja. hehe. aku sangat lega.

kini sedang memikirkan nak siap kan asigment teknologi pengajaran.. aku kena present rabu ni. ni last presentation aku. waa.. sangat lega. aku suka group awal2. sebab akhir2 aku tak semak otak nak fikir tentang asigment dah.

aku suka keadaan dan suasana belajar. kalau boleh, aku nak sambung sampai PhD.. tapi tengoklah mak or suami kasik ke tak.. hehehe.. dan tertakluk pada diri ku jugak.. sebab aku yang nak belajar kan..

kenapa aku suka suasana belajar? aku pun tak tahu kenapa. dalam hidup aku ni, banyak yang aku tak tahu mengenai diri ku. aku entah faham entah tidak dengan diri ku ini.. waaa.. ade jugak orang macam ni.

tapi belajar lebih seronok dari kerja, itu lah yang ku rasakan saat aku menjadi cikgu dulu. dan sekarang, aku sambung belajar. belajar untuk mengajar yang lebih mantap. hehe. jadi cikgu seronok. dikelilingi dengan student yang macam2 jenis perangai. tapi buat masa sekarang, kalau di beri pilihan, pilihan utama aku adalah ingin sambung pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi. :)

tapi tak semua impian tu, akan jadi kenyataan. aku hanya mengimpikan saje. kalau tak dapat, tak kesah lah. kalau dapat, alhamdullillah.. hehehe..but macam yang kita tahu la, setiap orang nak impian dia tercapai.. so tolong lah sesiapa yang baik hati mendoakan aku. :)

2tahun lagi aku akan posting, macam tak percaya pun ade. dah 2 tahun kat sini, hoho. tapi alam belajar memang best.. sesiapa yang dah bekerja je yang tahu perasaan ni, dan merindui saat belajar dulu.. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sedey kah aku?

asma ikut qilah hari ni. pergi rumah makcik qilah. bila aku free aku habis kan masa bersama asma. bila tak de kerja, mesti cari asma jugak. itu aku pun tak tahu kenapa. may be sebab aku selesa ade dengan asma.

hari ni, asma tak de. macam sunyi je. tak tahu nak buat ape. pada hal aku memang aim dah lama dah mahu tidur sepuas2nya bila aku dah habis siapkan semua kerja. tapi mata tak boleh lelap. teringat kat asma. aduhai, macam aku je angau dengan asma.. hahaha

bila kita ade kawan, yang rapat, yang sebulu, sehaluan, kita akan banyak habiskan masa dengan dia. bila dia tak de, memang rasa sangat sunyi. tak de member nak gelak sama2, ketawa sama2, berborak, bercerita.. aduhai asma..

balik laa cepat. sunyi sepi ni. tak tahu nak buat apa. kalau asma ade, boleh usik2 asma. hehe. itu yang penting sebenarnya. nak usik. kacau. tak nak kasik hidup asma senang. hahaha. kerja orang boring memang macam ni..

:(( sedih. sebab sekarang duk sorang2 dalam bilik. huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

give n take..

manusia ni banyak ragam. banyak jugak gayanya. dalam erti kata lain, banyak orang, banyaklah ragamnnya.. tapi hidup dalam masyarakat tak boleh laa terlalu banyak ragam. tapi ade jugak manusia yang banyak ragam macam ni. tapi biasa lah orang kata, hidup bermasyarakat memang macam ni. pening dengan ragam sendiri, apatah lagi ragam orang lain. :)

aku ada sorang member. dia memang banyak ragam. sampai aku sendiri pun pening dengan dia. tapi aku akan bertambah pening bila ade sesuatu isu yang nak dibincangkan bersama dia. siapa dia? aku kenalkan dirinya sebagai miss univers. sebab dia kan suka fomous2 gitu.. hehehe.. entah. aku pun tak nak cakap banyak pasal dia. tapi yang penting, dia di kenali ramai. dan aku makin sakit kepala dengan sikapnya yang acuh tak acuh. ish3..

kerja yang terbengkalai menyakitkan hati orang. berlagak tak tentu tempat menyakitkan mata. banyak bersoal jugak gayanya. tapi kenapa dengan ku dia tak begitu menjawab. may be sikap ku yang terlalu berterus terang dan jujur dengan setiap tutur kata. hehe. pedas jugak ada kala nya..

tapi, itu dulu. semasa aku tidak faham dengan sikapnya yang telah banyak menyusahkan hidup aku. kini, orang lain menjadi mangsa..

kenapa jadi begini? itu kita kena tanya diri sendiri.

kekadang, sebagai manusia kita mesti ada tolak ansur. jangan penting kan diri sendiri. aduhai.. susah kalau kita tak dapat nak bertimbang rasa dengan orang. kelak orang tak kan bertolak ansur dan bertimbang rasa dengan kita.

tapi bertimbang rasa tu ada had nya. dan ada masa nya. tak boleh lah melampau. kata orang biarlah berpada. hehe. betul tak? kalau salah tolong betul kan aku. tapi aku rasa dah betul dah. sebab dalam hidup ni kita perlu ada give and take.. kan.. kan.. kan..

hehe.. kalau nak orang buat baik pada kita, kita kena buat baik pada orang. kalau nak orang bertimbang rasa dengan kita, kita kena bertimbang rasa dengan orang.. kalau nak terima, kita kena memberi terlebih dahulu, baru boleh menerima.. senang je konsep nya..

siapa yang tak setuju, sila bangkang aku. aku tak kan marah.. setuju dengan konsep tu??? jawapan ade pada kamu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

lappy oh lappy..

hari yang sangat kelam kabut.. ke sana.. dan ke mari.. macam dah tak de kaki rasanya.. haha..

pastu lappy kesayangan tetibe rosak dan tak boleh bukak.. tapi aku tak rasa lappy aku rosak.. dia just demam je kejap.. nanti dia ok laa 2.. aku nak nagis pun ade.. tapi aku positif thinking.. tak rosak.. nanti dia baik.. kena pujuk dan cakap elok2 kat dia yang aku nak buat kerja yang menimbun ni.. tolong laa faham wahai lappy kesayangan ku..

aku kekadang pun tak tahu kenapa. dan tak tahu kat mana silap nya. yang aku tahu, lappy aku tak boleh nak bukak. ni pun aku patut berterima kasih pada asma. kerana dia sudi meminjam kan lappy nya buat ku. kalau tak. haru biru hidup aku.

tak dapat on9 adalah 1 perkara yang sukar untuk aku terima. memang aku dah ade virus blog memblog.. waaa.. dah jangkit dengan siapa pun aku tak tahu.

tapi aku di sini selalu berdoa, lappy jangan lah kau susahkan aku. tolonglah aku. aku sangat banyak kerja. tolong lah kau menyala.. terbukak.. dan boleh digunakan.. aku mintak maaf kalau aku kasar2 sama kau.. waaa... rasa sedih laa pulak. entah kenapa.. huhu

aku harap lappy aku sembuh dengan cepat. kerana aku sayang dia. dan aku sangat banyak kerja. itu yang utama sebenarnya.. hehehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bergaduh? aduhai..

pepagi lagi hujan dah turun.. renyai2.. renyai2 ke? macam lebat je.. huhu.. macam mana nak pergi kuliah ni? dah lah hari ni ade presentation. mati lah aku. asigment pun 2 sekali gus kena hantar, itu lagi masak.

2 3 minggu ni hidup aku agak kelam kabut. bukan agak lah. memang kelam kabut pun. hidup yang aku tak dapat nikmati dengan sepenuhnya. huhu. kenapa dan mengapa. itu aku pun tak tahu, may be kerja yang tak pernah ade penghujungnya.

kena hujan pepagi bukanlah 1 perkara yang biasa bagi aku. sebab? sebab bila kena hujan, aku selalunya akan lembik, demam, sakit kepala dan macam2 lagi penyakit yang timbul. ish3.. memang aku seorang yang lemah antibodi nya. aduhai...

itu aku tak kesah pun. nak demam, demam lah. nak sakit kepala, sakit lah. nak lembik, lembiklah.. tapi perkara yang memang mengganggu otak dan jiwa sanubari aku ialah apabila aku ni bergaduh dengan dia. aduhai.. sakit otak aku. tak boleh nak fikir ape dah. blur. jem. semua ade. cukup lengkap tuuuu... huhu

aku sekarang dah meningkat usia. kalau nak gaduh tu, aku tak nak lah. aku penat. aku tak larat. dan aku pun dah tak de minat nak cari gaduh. tapi kalau orang cari gaduh dengan aku, boleh je aku nak layan. hehe. aku tak kesah pun nak layan2 benda macam ni.. waaaa....

tapi aku tak suka gaduh dengan dia. sebab bila gaduh, semua kerja aku terbengkalai. termasuk kerja2 yang penting sekali. kenapa eh jadi gini? aku pun tak tahu, tak de jawapan.

tapi lepas ni aku harap, aku tak gaduh2, tegang2 leher, selisih pendapat dan apa2 yang sama waktu dengannya laa.. aku tak larat nak fikir.. tak larat nak lalui nya.

sebab nya hanya 1.. aku penat bergaduh dengan orang yang aku sayang.. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS