Assalamualaikum. Salam satu dunia. Salam sejahtera. Salam sayang. Salam mesra. Salam dan ssenyum-senyum selalu.
Banyakla plak salam-salam-salam. Saja nak memenuhkan ruang.
My hati kursus lagi.
Tinggallah aku seorang ngan my Angle. Takpe. Sekarang dah ade peneman. My Angle plak dah semakin besar. Alhamdulillah. Semoga my Angle terus membesar menjadi anak yang soleh. Amin.
Kali ni kursus kat KL plak. Minggu lepas KL jugak.
Mulut aku lancar je tanya.. "hai sayang..U asyik kursus kat KL je ni..Ada apa kat KL ni.." Jawab en. Hati, "Meh sini Sayang. I nak tunjuk kat U sesuatu." Raihnya ke sisi. Mungkin sebab dah berbau api kecemburuan dari dalam diri aku.
Dan. Aku senyum. "Puas hati U? I mana ade bini no 2. Yang sorang ni pun dah cukup pening buat I. Hmm."
HAmboii. Cakap aku memeningkan yer.. Tapi takpe.. Lumrahlaa kalau suami pening. Kan.?
Sebenarnya, aku tak marah kalau bab poligami ni. Janji suami cukup syarat. Ni...rumah pun menyewa. Kereta pun beli hutang. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Macam mana nak menanggung anak orang.? Kalau dari segi harta, melimpah ruah sampai duit pun tersepak, boleh lah teruskan.
Eh. Melencong laa plak. Noktah cerita di atas.
Kali ni agak lama. Dari hari Ahad lagi en. Hati dah pergi. Balik Ahad depan. Jumaat habis kursus. Sambung pergi candat sotong.
Kata adik, "Seronoknya jadi abang Long. Nak pergi mana pun isteri bagi. Orang lain mana ada macam tu. Isteri asyik nak mengekor je."
Aku tak de jawapan. Sengeh jela.
Tapi, sebenarnya jauh disudut hati, aku agak risau. Tapi tawakkal jela pada yang Maha Pencipta. Insya Allah baik-baik sahaja nanti. Amin.
Nota Pinky;
"Sayang, jaga diri hati-hati. Jangan nakal-nakal. Tau. I tunggu u balik dengan selamat."
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment