Assalamualaikum. Selamat tengah hari.
Hmm. Semenjak dua tiga empat menjak ni, aku sangat letih. Mungkin aku berpuasa kot. Macam mana nak menghadapi puasa di bulan Ramadhan nanti kalau Syaaban ni aku dah lembek selembek lembek nya ni...
Rasa nak tidur menguasai diri sendiri.
Nak tidur. Nak tidur. Nak tidur dan nak Tidur. Itu jer yang aku rasa sekarang. Apalah.
Semalam, balik dari sekolah.. Naurah mengamuk sakan. Taknak duduk atas seat dia. Nak aku peluk je. Bila aku marah, dia buat muka sedih dan menangis. Sekali...ngan aku sekali nangis. Haha. Boleh?
Hari ni Naurah agak ok.
Ada jugak time dia lapar, dia jadi manja. Susah jugak sebenarnya kalau menjaga anak sorang-sorang saat en. Hati tak de di sisi. Aku harap aku akan bertabah. Menjadi iron lady. Konon. Dalam hati ade taman. =P
Terfikir.
Aku mintak tukar dari jauh nak duduk dekat suami. Alih-alih suami busy kalah menteri. Asik tak nampak batang hidung jer. Di sebelah sisi lain, hati terasa sebaliknya. Hm.. Jauh di sudut hati aku, aku sangat bersyukur sebab aku dipindahkan ke Gemencheh. Kos untuk pengangkutan dah tak de. Kos untuk berjumpa dah boleh cut terus. Kos sewa 2buah rumah dah settle sebab sekarang dah menjadi 1 buah.. Sangat banyak yang perlu aku syukuri.
Alhamdulillah.
Berlapang dadalah bila satu ujian itu datang. Sebab semuanya ade hikmah nya. Pesan pada diri sendiri ni.. =)
Nota Pinky ;
"En. Hati baru je balik. Bila tengok dia tidur nyenyak, aku terfikir.. Inilah suami aku, yang penat melayan kerenah aku.. Yang tak jemu menjawab soalan rutin aku. Yang selalu membuat aku ketawa bila hendak marah. Dialah raja di hati aku. Terima kasih ya Allah Kerana mengurniakan dia pada ku.. Bersyukur lah Pinky, kau ade suami yang sangat baik walau pun dia busy kalah menteri pertahanan. Haha. Senyum."
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment