Assalamualaikum. Salam 1 Dunia.
Hari ni, macam tak stress sangat. Tapi still banyak kerja yang tak sempat dihabiskan lagi. Banyak sangat-sangat. Kekadang aku tak tahu kerja apa sebenarnya aku buat. Sampai tak habis-habis lagi kerja. Kerja. Kerja. Kerja.
Makin difikirkan, makin banyak laa plak kerja aku.
Bila senaraikan kerja yang tak siap, memang sangatlah banyak. Ini tahap tak bertangguh dah buat kerja. Kalau tahap bertangguh buat kerja. Haru biru merah kuning hijau laa jugak.. Ish3...
Sekarang dah masuk bulan kedua dan dah dekat tiga bulan datang sekolah kul6.30 or 6.45 balik rumah, kul5.30 then sampai kat rumah jam 6petang.Hampir 12 jam. Tu pun ada lagi orang pertikaikan guru kerja separuh hari la.. Banyak cuti laa.. Rasa nak hempuk jer orang tu. Nak bagi dia bukak mata sikit. Macam tak pernah datang ke sekolah jer gayanya bercakap. Dush. Dush. Dush.
Sekarang aku ngah tak de mood. Dan sedang mencari mood balik.
Terasa sangat kecewa dengan seorang pelajar. Pelajar yang pandai. Markah pun dapat tinggi. Amali solat tak pernah ponteng. Berminat dalam segala segi. Baik akhlaknya di mata aku. Cantik. Body solid. Ok. Stop. Semua aku nak cakap ke? Haha. Tapi tetiba buat perkara yang luar jangkaan. Aduhai. Aku sangat kecewa. Sebab aku baik sangat ngan pelajar ni.
Istighfar banyak2.
Sebenarnya dah 2 3 4 5 6 7 8 9 hari dah aku fikir. Apa yang patut aku buat. Last sekali semalam, aku cakap ngan kaunselor. Biarlah dia uruskan. Aku ingat, aku tidak akan rasa kecewa lagi. Tapi sampai sekarang, rasa itu masih di dalam. Masih tidak mahu keluar.
Kekadang seorang guru, bukanlah mementingkan diri sendiri. Tapi dia tak tahu mahu menyelesaikan masalah tu macam mana. Jadi, sesetengah perkara memerlukan pertolongan guru lain. Mungkin guru lain boleh membantu. Siapa tahu?
Tujuan semua guru hanya satu.
Melihat anak didiknya menjadi orang berguna.
Definisi berguna di sini adalah walaupun dia tidak berjaya dalam mata pelajaran, tak berjaya memperoleh result yang baik, tapi akhlaknya adalah yang terbaik. Itu sudah memadai.. Semua guru menginginkannya.
Dugaan menjadi guru sekarang sangatlah mencabar. Terutamanya di zaman teknologi ni. hmm... Kekadang aku berasa sangat penat. Dan berputus asa. Tapi Kekadang aku berasa selesa tak tidak memenatkan. Dugaannya turun dan naik. Aku harap, aku dapat menjadi seorang guru kerana Allah.
Amin.
Nota Pinky ;
"Apa kena ngan badan aku sekarang. Asyik penat je. Hmmm.. "
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment