RSS

Tak sabar mahu menghabiskan apa yang kepeningan. Senyum.

Janji ngan guru pembimbing, hari ni aku akan di observe.

Tapi mungkin dia tidak sempat untuk melihat aku mengajar. Senyum. Tak pe. Esok masih ada lagi, bukan? Jadi, tunggu esok jelah.

Banyak jugak kerja bila dah nak habis praktikal ni.
Minggu depan, hari jumaat, 22July. Tamat sudah aku punya praktikal. Terasa kelegaan itu semakin hampir. Haha.

Oh! Mesti buat dengan baik minggu ni.
Tapi hari ni, aku marah budak tingkatan 2. Melampau sangat. Sebenarnya bukan marah. Tapi aku serius sikit tadi. Lalala. Serius ke aku? hmm.. Tak de pun. Rasa nak tersengih pun ada tadi. Tapi tak pelah.

"Boleh tak kamu semua bersikap baik untuk minggu ni dan minggu depan?"

Semua diam tak jawab.
Kekadang best jugak tanya soalan yang pelajar segan nak jawab. Haha.
Sebenarnya aku sudah tidak sabar mahu menghabiskan praktikal sekarang. Sudah tidak larat untuk membuat 3 kerja dalam 1 masa. Oh! Sangat berat untuk dipikul. (Mulut cakap berat, kerjanya aku buat jugak. Pelik betul. Confuse ngan diri sendiri.)







Nota tangan ;
"Mahu sembahyang dan meeting dengan PPD hari ni jam 2.15 petang. dan jam 5petang, meeting bersama Miss Producer tersayang.. Oh! Sangat banyak kerja. Report stage 3 belum di siapkan lagi. Apa nak jadi ni.. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: