RSS

Bolehkah kamu hadiahkan aku suami?

Assalamualaikum.

Salam sejahtera.

Ade tak orang ucap birthday untuk diri sendiri?
Ade.
Aku.
Menghantar sms ucapan ; "Selamat Hari Lahir" untuk diri sendiri.

Ade tak orang belikan hadiah untuk diri sendiri semasa birthday?
Ade.
Aku.
Tahun lepas aku membelikan hadiah untuk diri sendiri, berupa hp Sony Ericson w705 sebagai hadiah hari lahir.
Tahun ni?
Aku belum fikir lagi, memandangkan aku sedang sibuk memikirkan apakah hadiah yang terbaik.

Boleh tak aku menghadiahkan seorang suami untuk hadiah hari lahir aku kali ni?
Ketawa.
Boleh?
"Kau ade... Kau tak de.." (Baca gaya En. Najib selaku bos aku.)
Senyum.

Kali ni, hadiah yang paling bermakna bagi aku adalah ;
ucapan dari ibu yang tersayang.
"Selamat hari lahir anak dara mak... Semoga panjang umur dan murah rezeki. Jadi anak yang baik. Mak doakan kamu bahagia dan di rahmati oleh Allah dunia akhirat."
Aku senyum.
Tambah mak lagi ; "Birthday tahun depan mak akan ucap, "Selamat hari lahir, mak dara." Ni last birthday sebagai anak bawah tanggungan mak, tahu?"
Aku mengangguk lemah, seolah-olah mak berada di hadapan aku dan dengan lajunya air mata menitis.
Aku tak pasti kenapa aku menangis.
Yang aku tahu, rasa sebak itu hadir secara tiba-tiba. Aku tidak mengerti.

En. Hati.
Menunggu ucapannya hingga ke petang.
Tidak mengucapkan apa-apa ucapan.
Mungkin dia lupa. Atau....
Mungkin dia kesibukan menguruskan semua keperluan dikampung. Atau....
Mungkin dia tidak sempat untuk mengucapkannya.
Tapi, ini sudah tahun kedua dia lupakan tarikh ini.
Aku mungkin tidak berkecil hati jika dia bukan siapa-siapa dalam hidup aku.
Tapi dia adalah seorang lelaki yang akan melindungi aku kelak.
Aku terasa seperti berseorangan.
Tapi rasa itu lekas-lekas ku buang jauh-jauh dari sudut hati.
Takut ia memakan diri.
Walaupun hati berkata mahu menikam lumat-lumat en. Hati kerana melupai aku.

Malam.
Ucapan maaf terkeluar dari bibirnya.
Aku sudah memaafkannya selepas manik-manik jernih bergelimpangan keluar dari tubir mata ini.
Amarah ku sudah tidak ada lagi buat dia.
Mungkin kerana tarikh birthday adalah tarikh biasa.
Mungkin sudah terbiasa tiada orang mengingatinya. dan aku tidaklah riuh rendah mempromosikan hari lahir ku.
Oh! itu bukan sifat ku.
Senyum sinis.

Ayah, Ibu.
Bolehkah kamu hadiahkan aku seorang suami sebagai hadiah hari lahir ku?
Senyum.
Tak malu.

Tapi itulah hakikatnya.
Aku akan menamatkan semuanya dengan jari bertukar warna selepas genap usia ku 27 tahun.
Senyum.
Lega.
Ntah apa yang aku legakan, aku pun kurang arif.
Senyum memandang syiling.




nota hari lahir ;
"Aku memang berkecil hati dengan en. Hati. Tapi itu hanya sekejap. Mungkin aku fikir, masih banyak lagi perkara yang besar yang harus aku fikirkan dari membawa rajuk di hati. Ketawa. Adakah aku sudah matang, Bonda? Ketawa mengejek."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

ASSILA. said...

nak suami sorang jgk! hee

FarHa said...

tak pe syg...teringt lak masa time besday ha thn nih, abg arol pon lambat ucap, tp ada sesuatu g lagi bermakna time tu...tahu apa?? kebetulan 1 april jika dilihat pada usia kandungan membesar, tarikhtu merupakan terjadinya degupan jantung pertama dlm perut nih ;) tak tahu laa tu sains mengatakan, demi nak pujuk hati, ha anggap itu satu hadiah paling bermakna dlm hidup ha :D

piNky LuCiA said...

assila..

hehehe.. nak dua orang pun tak pe.. hehehehe

piNky LuCiA said...

farha..

huhu.. tapi sedih.. tapi tak pelah. dia akan jadi suami ura tak lama lagi.. itu hadiah paling bermakna.. lalalaa~

NM02 said...

yuhuuu... tak sudi follow ai ker? hehehehe

NM02 said...

tak pe la... yang pasti ucapan maaf dah diluahkan dari hati dia kan. moga bila jari dah bertukar kaler bersama en. hati nnt, dia takkan lupakan tarikh penting kamu itu.

tapi kalu ai, sangat sentap. hehehe...

dah.. jgn diikutkan hati nnt makan diri. ceria2kan diri sementara menunggu jari betukar kaler. hehehe

eh... masih lom follow eh. ahakssss