RSS

1st time menghadapi pilot..

Sedang menjalankan shooting di Masjid Wilayah bersama-sama 10 orang puteri yang cantik-cantik.

Pilot.
Satu perkara baru buat aku.
Tak pernah lagi menempuhinya sebelum ni.
Mungkin aku tersangatlah sibuk menyiapkan praktikal IM dulu..

Tapi, menguruskan semua perempuan adalah sangat mencabar.
Perempuan dengan perempuan, mungkin susah untuk di handle.
Adeh.
Sepatutnya, dari segi teori, bekerja sesama perempuanlah senang.
Dapat menyentuh sesama sendiri. Bersalaman. dan lain-lain lah yang perempuan biasa lakukan.
Tapi hakikatnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Pelik. Memang pelik.
Tapi itulah realitinya.
Senyum.

Tapi aku harap, akan datang, ada seorang writter lelaki yang menghiasi program ni.
Apalah ustazah ni..
Ketawa.
Mungkin sudah fitrah.
Lelaki perlukan perempuan dan begitilah sebaliknya.
Menongkat dagu.
Confuse. Antara setuju atau tidak.
Senyum.

Tapi yang penting sekali, Producernya... Ok laa..
Tidak seperti apa yang diperkatakan.
Penilaian awal & mendengar cakap orang... Lain. Berbeza 201%.
Ketawa.
Nilai dulu, baru tahu kata orang tu betul atau tidak..
Kan?





nota ringkas ;
"Harap program baru kali ni, berjalan sebagaimana IM 1 dulu. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bolehkah kamu hadiahkan aku suami?

Assalamualaikum.

Salam sejahtera.

Ade tak orang ucap birthday untuk diri sendiri?
Ade.
Aku.
Menghantar sms ucapan ; "Selamat Hari Lahir" untuk diri sendiri.

Ade tak orang belikan hadiah untuk diri sendiri semasa birthday?
Ade.
Aku.
Tahun lepas aku membelikan hadiah untuk diri sendiri, berupa hp Sony Ericson w705 sebagai hadiah hari lahir.
Tahun ni?
Aku belum fikir lagi, memandangkan aku sedang sibuk memikirkan apakah hadiah yang terbaik.

Boleh tak aku menghadiahkan seorang suami untuk hadiah hari lahir aku kali ni?
Ketawa.
Boleh?
"Kau ade... Kau tak de.." (Baca gaya En. Najib selaku bos aku.)
Senyum.

Kali ni, hadiah yang paling bermakna bagi aku adalah ;
ucapan dari ibu yang tersayang.
"Selamat hari lahir anak dara mak... Semoga panjang umur dan murah rezeki. Jadi anak yang baik. Mak doakan kamu bahagia dan di rahmati oleh Allah dunia akhirat."
Aku senyum.
Tambah mak lagi ; "Birthday tahun depan mak akan ucap, "Selamat hari lahir, mak dara." Ni last birthday sebagai anak bawah tanggungan mak, tahu?"
Aku mengangguk lemah, seolah-olah mak berada di hadapan aku dan dengan lajunya air mata menitis.
Aku tak pasti kenapa aku menangis.
Yang aku tahu, rasa sebak itu hadir secara tiba-tiba. Aku tidak mengerti.

En. Hati.
Menunggu ucapannya hingga ke petang.
Tidak mengucapkan apa-apa ucapan.
Mungkin dia lupa. Atau....
Mungkin dia kesibukan menguruskan semua keperluan dikampung. Atau....
Mungkin dia tidak sempat untuk mengucapkannya.
Tapi, ini sudah tahun kedua dia lupakan tarikh ini.
Aku mungkin tidak berkecil hati jika dia bukan siapa-siapa dalam hidup aku.
Tapi dia adalah seorang lelaki yang akan melindungi aku kelak.
Aku terasa seperti berseorangan.
Tapi rasa itu lekas-lekas ku buang jauh-jauh dari sudut hati.
Takut ia memakan diri.
Walaupun hati berkata mahu menikam lumat-lumat en. Hati kerana melupai aku.

Malam.
Ucapan maaf terkeluar dari bibirnya.
Aku sudah memaafkannya selepas manik-manik jernih bergelimpangan keluar dari tubir mata ini.
Amarah ku sudah tidak ada lagi buat dia.
Mungkin kerana tarikh birthday adalah tarikh biasa.
Mungkin sudah terbiasa tiada orang mengingatinya. dan aku tidaklah riuh rendah mempromosikan hari lahir ku.
Oh! itu bukan sifat ku.
Senyum sinis.

Ayah, Ibu.
Bolehkah kamu hadiahkan aku seorang suami sebagai hadiah hari lahir ku?
Senyum.
Tak malu.

Tapi itulah hakikatnya.
Aku akan menamatkan semuanya dengan jari bertukar warna selepas genap usia ku 27 tahun.
Senyum.
Lega.
Ntah apa yang aku legakan, aku pun kurang arif.
Senyum memandang syiling.




nota hari lahir ;
"Aku memang berkecil hati dengan en. Hati. Tapi itu hanya sekejap. Mungkin aku fikir, masih banyak lagi perkara yang besar yang harus aku fikirkan dari membawa rajuk di hati. Ketawa. Adakah aku sudah matang, Bonda? Ketawa mengejek."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rumah ku Syurga ku..

Kata orang berada di rumah sendiri penuh dengan keselesaan dan kekadang menjadi syurga dunia untuk diri sendiri.

Ya. Aku akuinya.
Berada di rumah sendiri, aku boleh melakukan apa yang aku mahu. dan semahu-mahunya bergerak bebas dan tidak perlu menghiraukan kata-kata orang.

Berada di rumah orang menguji seluruh kesabaran aku.
Aku bukan tidak suka berada di sini. Bahkan seronok bila banyak keletah anak-anak yang kekadang terpaksa aku layan dengan sabarnya..

Budak-budak memang macam ni. Kata Nad. Aku senyum.
Setiap kali balik sekolah, aku dihujani dengan banyak soalan.
Soalan yang sama setiap hari yang patut aku jawab.
Soalan yang berulangkali hampir 20x sehari yang perlu aku jawab dengan sabar..
Aduhai. Kekadang, aku sangat penat. Tapi cuba sedaya upaya menjawabnya dengan baik...
Tapi kekadang kemarahan tidak dapat dikawal menyebabkan ia keluar membuak-buak.
Ish3.. Baru aku sedar, aku bukan seorang yang penyabar. Ketawa.

Tapi kekadang rrasa seronok jugak ngan budak-budak ni..
Betul cakap mak. Katanya aku bukan seorang yang menyukai budak-budak.
Kata aku (dalam hati) "Macam mana aku nak ade anak ni. Budak-budak pun aku tak suka."

Bertitik tolak dari situ, nekad untuk pelan-pelan menyukai anak-anak kecil. Senyum.
Betul ke ni?
Ketawa.

Oh, terasa mahu pulang ke rumah ngan tetiba.
Tidak sabar ingin menunggu 2hb Jun untuk bertolak ke Terengganu.
Siapa mahu ikut?
Sila tinggalkan pesanan dengan segera. Senyum.




nota tengah hari ;
"oooo... Balik kampung.. oooo... Balik kampung... Tapi bila nak balik ni.. Huhu. Lambatnya.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersyukurlah.

Jadual yang penuh.

Ke sekolah. Ke klinik. dan juga shooting.
Sampai bila jadual mahu penuh pun aku tak tahu. Tapi itulah hakikatnya.
Jadual bulan Jun, juga sudah terisi.
Jadual bulan Julai juga.

Menarik nafas dengan sedalam mungkin.
Jika jadual kehidupan seharian tidak penuh, terasa seperti tersangatlah boring.
Jika terisi, terasa seperti, "Wah. Banyaknya kerja."
Mana satu sebenarnya aku mahu dalam hidup.
Ketawa.
Manusia memang begini.
Tak pernah puas hati dengan hidupnya.

Bersyukurlah.
Sekurang-kurangnya hidup aku tidak sia-sia.
Bukan?
Astagfirullah. Beristighfar aku sebanyak mungkin.
Senyum.





nota ringkas ;
"Bos, jangan marah yer.. Aku tersesat jalan ke tempat shooting. hehe. Senyum sumbang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tak tahu.

Kerja.
Bila banyak kerja dulu, aku cakap banyak kerja.
Bila tak de kerja sekarang, aku macam tak boleh nak duduk diam plak.
Bila kerja slow-slow datang, aku tak tahu apa nak buat plak.
Adeh!

Hidup manusia memang pelik.
Bukan manusia, tapi aku.. Ketawa.

Sebenarnya aku tak tahu apa yang aku busykan.
Tak sempat masa. Kelam kabut. Serabut otak.
Ketawa.
Aku memang macam ni kot. Lalala~





note ringkas hari ini ;
"Susah jugak jadi guru bila guru pun tak de mood. Ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Apa ertinya rasa bahagia?

Bahagia.

Apa erti bahagia?

Ada seorang kawan bertanya, adakah aku rasa bahagia?
Aku tergamam sebentar. Terkelu lidah. Fikiran blur tiba-tiba.
Soalan apakah ini yang dilontarkan kepada ku?
Aku mula berfikir.
Aku tidak pernah bertanya diri sendiri adakah aku bahagia dengan hidup sekarang.
Tak pernah sekali pun soalan itu muncul.

Aku selesa dengan hidup aku sekarang.
Aku rasa senang jika aku begini.
Apa yang perlu aku fikirkan lagi?
Berdehem perlahan.

Bahagia, kekadang kita tak nampak ada pada kita.
Yang kita nampak, bagusnya orang ni, bahagia.. bestnya orang tu, bahagia.. Tapi yang sebenarnya bahagia itu juga ada dalam diri kita. Cuma kekadang kita tak tahu untuk menilai kebahagiaan itu.

Kebahagian itu umpama langit yang tidak berawan.
Bagaimana kita mengeluarkan dan mengecapi kebahagiaan itu yang penting. Bukan menangisi yang kebahagiaan orang lain tidak ada pada kita.
Bukankah sesuatu yang baik jika kita berusaha sendiri untuk bahagia?
Senyum sambil menahan batuk.

Definisi kebahagiaan.
Ia sangat luas. Tidak terbatas had nya.
Mungkin seluas langit. Mungkin juga seluas lautan yang terbentang. Mungkin panjangnya umpama ombak yang menyusur pantai. Atau banyaknya seperti buih-buih ombak.. Atau penuh dengan kehangatan umpama angin yang bertiup sambil menyapa nyaman..
Siapa tahu?

Semua orang berhak merasai apa itu bahagia.
Dan terpulang pada kita yang mencipta kebahagiaan tu macam mana.
Bukan?
Dan kita tidak berhak menilai adakah orang yang kita nampak bahagia atau tidak.
Cuma kita boleh doakan supaya kebahagiaan yang ada di dunia mahu pun akhirat, bakal mereka kecapi semuanya.
Senyum.
Bukankah begitu adalah lebih baik dari segalanya?

Adakah aku bahagia?
Jawapan itu ada di dalam hati. Kejap. Utuh. Dan tersimpan rapi.
Senyum.
Aku sesekali tidak dapat menyatakannya.
Kerana bahagia yang aku rasa sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Kerana ia tersimpan jauh disudut hati..
Senyum manis.





Nota hati :
"Aku selesa dengan kehidupan sekarang. Tidak serabut dengan pertanyaan "Si Busy Body". Tidak melingkar dalam umpatan keji "Si keris besi". Dan rasa selamat bila berdiri dengan menggenggam erat jari jemari sendiri."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Harus difikirkan jalan penyelesaiannya sendirian lagi.

Single.

Hidup seorang wanita "Single" (But not available. Ketawa kuat-kuat.) seperti aku banyak bersendirian.

Dulu, aku pandai meluahkan apa yang aku rasa.

Sekarang, luahkan itu aku hanya simpan dalam-dalam di lubuk hati aku. Aku juga menjadi seorang wanita yang tidak pandai melahirkan rasa. Hanya cebisan rasa marah sahaja dapat aku keluarkan. Selain itu, aku tidak pandai. Dengan erti kata lain, aku hanya membiarkan ia di dalam hati dan memberikan ruang untuk angin berlalu dengan nyaman dan terus menerbangkannya. Sehingga kekadang aku terlupa bahawa aku sedang memendam rasa itu.

Sejak bila?

Ntahlah. Mungkin selepas beberapa kali aku di tikam oleh sahabat baik a.k.a best friend aku sendiri menyebabkan aku tidak lagi mahu bercerita tentang apa-apa yang sulit. Tentang rahsia peribadi.

Juga rasa dikianati oleh teman sebilik yang ku kongsi cerita sedih dan duka. Mungkin itu makin menambahkan perit di hati dan serik di dalam jiwa untuk ku kongsi semuanya bersama seorang perempuan.

Dan kini.

Aku lebih senang memendamnya sendiri. Membiarkannya berlalu. Sehingga kekadang ade kawan-kawan beranggapan bahawa aku adalah seorang yang sangat lah pelik. Senyum.

Aku tidak pelik.

Pengalaman yang menyebabkan aku menjadi fobia dengan mulut perempuan. Jika ade apa-apa yang dikongsi, pasti yang hanya biasa-biasa sahaja. Jika tidak, aku hanya menjadikannya rahsia peribadi yang utuh di dalam jiwa dan langsung tidak meluahkannya hatta kepada orang yang tersayang.

Tadi, seseorang menyedarkan aku.

Aku bukan sengaja tidak mahu meluahkan apa yang aku rasa. Aku bukan sengaja tidak mahu menzahirkan apa yang aku pendam. Tapi, aku rasa sangat selesa jika aku simpannya sendiri dan tidak berkongsi. Aku rasa sangat selamat jika aku tidak menyatakannya pada sesiapa sekali pun.

Sedang berfikir.

Adakah baik jika aku selalu memendamkan apa yang aku rasa?

Aku tidak ada jawapannya. Mungkin aku tidak mahu menjawabnya. Ketawa ku simpan dalam jiwa. Banyak kemungkinan yang ada. Tapi, bersendirian adalah lebih selesa. Walaupun kekadang, aku sangat memerlukan si Dia di sisi. Tapi aku lebih selesa pendamkannya dari meluahkan apa yang aku rasa.

Keselesaan yang ada.

Aku lebih selesa menyelesaikan semua permasalahan sendirian. Aku lebih selesa merumuskan rintangan yang datang sendirian. Semua penyelesaian yang ada dalam kehidupan, ku fikirkan sendirian. Aku lebih selesa.

Menarik nafas sedalam mungkin.

Bagi aku, tak semua keadaan aku harus bergantung pada orang. Memilih untuk melakukannya sendirian adalah lebih utama dari berkongsi. Itu yang aku rasa sekarang.

Oh. Bagaimana rasa ini harus ku kikis sedikit demi sedikit.

Kelak, aku tahu. Aku akan hidup berdua. bertiga. berempat. Mungkin lebih ramai dari itu. Katakan pada ku, apa yang harus aku lakukan suapaya rasa itu tidak bersarang di jiwa.

Katakan.




Bingkasan naluri :

"Setiap apa yang aku lalui, aku ingin kongsi bersama kamu. Tapi rasa itu hanya bermain di minda. Hati merintih untuk mengeluarkannya. Tapi lidah ku kelu. Bibir ku berhenti untuk berbicara. Apa yang harus aku lakukan. Katakan pada ku."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sangat busy.

Sangat busy.

Selesai exam, sangat busy menyelesaikan kerja.
Selesai kerja, sangat busy berkemas untuk balik.
Bila balik, sangat busy untuk mengemas bilik.
Selesai berkemas bilik, sangat busy untuk mengemas rumah.
Busy. Busy. Busy.
Macam-macam benda nak buat. Sampai semuanya tak sempat masa.

Oh Tuhan. Jika diberikan lebih masa, aku pohon masa ku ditambah.
Ketawa.
Tamak betul.

Dan akibat dari keadaan yang busy itu, aku merasakan diri sangat lemah dan tidak bermaya.
Mahu pengsan. Mahu demam. Mahu lari jauh-jauh.
Boleh?
Mana boleh. Hidup harus diteruskan.
Senyum.

Isnin.
Bermula kerjaya sebagai guru.
Lagi busy.
Busy dan busy dan busy dan terus busy.
Agaknya bila mahu free yer?
Tiada jawapan yang pasti.

Mahu berehat dan memikirkan plan seterusnya.
Senyum manis sambil menongkat dagu.





note hati :
"Kalau diberi pilihan, aku tidak mahu ke mana-mana dan ingin berdiam diri. Mahu berehat sepuas-puasnya. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS