bila masalah timbul, aku teringin sekali melupakannya. teringin pergi jauh-jauh dari masalah itu. teringin sekali tidak mahu memikirkannya. tapi aku tahu. aku jugak sedar. aku tak boleh meninggalkan masalah yang ada. aku tidak boleh mengabaikan masalah yang timbul.
tapi kekadang masa akan menentukan semua nya. ade sesetengahnya, ku biarkan masa yang tentukannya. ade sesetengah masalah, aku selesaikan juga. dan ade sesetengah lagi, aku memikirkannya dulu sebelum aku mengambil langkah untuk menyelesaikannya dengan kadar yang aku mampu.
tapi lumrah dunia. kalau tak de masalah, tak meriahla dunia. so masalah yang hadir adalah untuk mengindahkan dunia yang suram.
badan aku penat. penyakit perempuan jugak datang. patut laa aku tak de mood 2 3 hari ni. haha. dan hari ni, aku kerja semaksima yang mungkin. supaya jika aku banyak keje, aku tidak akan termenung sana sini. dan supaya bila aku banyak keje, aku akan letih, dan tidak memikirkan tentang sesiapa pun. hanya fikir mahu rehat.
sebab kekadang otak ni pelik. huhu.. kekadang stabil. tapi biasanya yang pening itu sebenarnya lebih banyak dari yang stabil. haha..
hidup ini indah jika kita cool.. berlagak cool pun syok jugak.. hehehe.. jadi, jika ade sebarang masalah, mesti cool.. dan berlagak cool.. supaya nampak cool.. =D
kenapa perlu berlagak cool? alasannya, supaya awet muda akan kekal dalam diri kita dan kita akan nampak muda dengan senyuman yang menawan dan sikap cool yang kita miliki.. hehehe..
so.. bila ade masalah.. sama-sama lah kita meng"cool"kan diri sendiri. supaya masalah itu akan dapat diselesaikan dengan baik.. =)
setuju?
Mengandung kali ke-4.
6 years ago