apa yang terjadi pada diri ku sekarang.. aku rasa sangat lain.. dulu, aku suka berkongsi dengan kawan-kawan.. dengan sahabat.. dengan best friend aku sendiri..
tapi setelah umur semakin meningkat, dari hari ke hari, aku lebih jarang meluahkan rasa yang terbuku. aku kira aku makin tua, makin memendam rasa. makin malas nak share ape yang aku rasa. gembira ku simpan sendiri. sedih pun ku simpan sendiri. marah je aku keluarkan. hahaha.. marah tak boleh simpan lama-lama. nanti aku cepat tua. hihi
hmm.. kekadang terfikir ingin berkongsi rasa sedih. rasa gembira. rasa pilu. tapi semakin lama semakin aku menyedari hakikat kehidupan. kekadang tak semua benda kita boleh share.. sebab sahabat yang ade disisi kita tak semua tempat dia ade.. kekadang kita harus share ngan hati kita sendiri. share ngan diri sendiri. memujuk diri. memotivasikan diri.
kerana semakin usia kita meningkat, semakin tanggungjawab itu besar, semakin laa kita perlu simpan semua kesusahan yang ade dalam diri. kekadang tanggungjawab makin berat melupakan semua yang terkandung di sanubari..
tapi hari ni, aku macam sensitive sangat. mungkin menyedari hakikat diri ni tak sama ngan orang lain. hakikat diri ni tak serupa ngan orang lain. kekadang aku fikir ingin berputus asa. tapi berbekal kan semangat dan pesan mak, "anak mak ni, nampak aje lembik, tapi mak tahu, semangat dia kuat".. aku senyum.
baru sekarang aku sedar, semua kata-kata mak sangat bererti buat aku. dan sekarang aku sedar, aku sangat degil di satu saat yang lalu...
kesusahan yang aku lalui sekarang, tak sesusah orang lain, itu yang aku semat. mungkin belum sampai waktu aku untuk merasai secubit kemanisan yang ade..
sebenarnya, hakikat yang sebenar itu bukan lah sepahit yang di sangka..
lalui ngan tabah, berjiwa kental, dan penuh semangat.. nescaya semua kesedihan, kepiluan, kepayahan itu akan hilang..
yang penting, terus tersenyum untuk awet muda.. =D
Mengandung kali ke-4.
6 years ago