pagi tadi, bersiap untuk ke exam, senyum. tunggu bas, senyum. turun bas, senyum. sampai dewan exam, senyum. masuk exam, senyum. jawab exam, senyum. balik kolej, senyum. waaa.. agak-agaknya laa, aku ni dah gile kot.. haha.
may be sebab teringat yang aku dah nak balik kampung 6 mei ni. hehe. tak sabarnya.. lalala~ walaupun sekejap, aku rasa sangat tak sabar. ish3..
macam mana ngan exam hari ni? ok ke? hehehe.
jawapan aku, alhamdullillah. walaupun satu dua soalan, aku tahu jawapannya salah. haha. kalau tahu salah, kenapa aku jawab jugak macam tu. hmm.. tak sempat nak touch up dah weyh.. masa 2 jam je pun. mana cukup nak bina soalan lagi. nak bina jawapan lagi. skemma jawapan pun nak kena masukkan jugak tu.
soalan yang lain, aku tak kesah la.. tapi yang part bina soalan tu, susah jugak tu. tapi alhamdullillah. semuanya berjalan lancar. dan selepas exam, nad ajak pegi bantai nasi. habis jugak sepinggan nasi ngan tomyam kegemaran aku. hehe. daging je kasik budak hensem makan. hihi.
dan 1st time makan telur bistik. (eh, betul ke aku eja bistik ni? aahh.. layan jelaa..) best jugak rasanya. tak pedas. aku tengok, macam ikan 3 rasa pun ade jugak.. hehe. aku ni bukan pandai masak pun. so main hentam jelaa makan apa-apa.. takut jugak sakit perut. tapi kalau sakit perut, pandai-pandai aku laa..
sekarang rasa ngantuk laa plak. lepas kenyang, mata pun nak tutup. lagi pun semalam aku tak dapat tidur. aku asyik terjaga je. mimpi. panas. badan plak sakit. semua ada. cukup lengkap. kata cik Zaza jiran aku, aku ni macam-macam. sakit sana. sakit sini. itu tak boleh. ini tak boleh. itu tak kena. ini tak kena. haha. aku senyum jelaa.
nak tidur la.. tapi aku tak amalkan tidur siang. walaupun aku ngantuk. sebab cikgu aku cakap, tidur siang, menggemukkan. so aku tak diet part makan. tapi aku diet part tidur siang. huhu.. takut jugak badan naik. jadi gemuk tak pasal-pasal.
tapi nampaknya, mata ni makin lama makin nak tertutup je. ish3.. tak boleh jadi ni. hari ni, kalau tak diet, agak-agak naik tak berat badan aku? hahaha. soalan sengaL.. hohohoho
nak tidur pun, aku nak senyum. senyum. senyum dan senyum. lalala~
Mengandung kali ke-4.
6 years ago