sebenarnya, fesyen apa yang sesuai dengan aku? cara pemakaian apa yang harus aku pakai? macam mana aku nak pakai supaya ia nampak kena ngan diri aku?
mak cakap, aku pakai apa-apa pun, aku tetap tak lawa. sebab anak mak yang paling hodoh adalah aku. may be sebab aku dilahirkan memang dalam rupa yang hodoh. dan dalam rupa yang hodoh ini, aku bersyukur kerana aku tak digilai oleh ramai lelaki. mungkin rupa ini telah menyelamatkan aku dari konflik-konflik dengan kaum adam.
tapi, kekadang, aku ingin kelihatan cantik di mata ku sendiri. aku ingin kelihatan menarik. aku ingin sekali memakai pakaian yang aku suka. tapi aku tak tahu, adakah ia benar-benar sesuai atau tidak dengan aku.
kekadang aku tak peduli pada pandangan orang. pada komen-komen manusia. pada lontaran kata yang tajam dari sesiapa pun. aku memang keras hati. terkadang degil. apa yang aku mahu, itu jugak yang aku lakukan. ntahla..
kekadang aku fikir, mak sekadar melawak. dengan mengatakan aku seorang wanita yang tak lawa dan memang hodoh. haha. wanita mana yang tahan weyh kalau di katakan dirinya hodoh, tak lawa.. tapi aku, tahan je. mungkin aku dah biasa kot dengan keadaan macam ni. bagi aku, kata-kata mak, adalah satu cara untuk menyatakan, kalau aku perasan aku cantik, mesti aku menjadi seorang yang sombong. itu yang aku fikir. yang mak fikir? aku tak tahu.
tapi aku ade satu penyakit. macam penyakit perempuan-perempuan lain jugak. nak kelihatan lawa, cantik, comel di depan orang yang dia sayangi. itu adalah lumrah, dan jugak fitrah kaum hawa. tapi bagi aku, lumrah itu, fitrah itu, cuma tinggal lumrah, cuma tinggal rasa, tinggal keinginan, tinggal hajat. rasa nak tergelak pun ade kat diri sendiri.
keinginan itu, selalu aku kuburkan jauh di sudut sanubari. sebab aku bukan lah seorang wanita yang pandai berfesyen. kekadang aku terfikir, adakah aku ni kelihatan cantik dan manis dihadapan dia? adakah dia berpuas hati dengan penampilan aku? aku tergelak sendiri. may be yes. and may be not.
aku tak de jawapan pada soalan yang aku ajukan pada diri sendiri.
dan mungkin aku ada jawapannya. cuma aku takut untuk meluahkannya. takut hati ku terasa sakit. macam ditusuk sembilu.
kekadang aku buntu. buntu. buntu. apa yang harus aku pakai. apa yang harus aku gayakan. apa yang harus aku sarung ke tubuh ku. supaya aku kelihatan menarik. aku benar-benar buntu jika dipersoalkan tentang fesyen. mungkin jugak aku ni seorang yang buta dalam berfesyen.
aku ingin sekali pakai apa yang aku mahu. dan aku ingin sekali merasakan bahawa diri ku ini adalah seorang yang cute.. hahaha. tapi perasaan itu, mungkin tak kan muncul. aku boleh perasan dengan mengatakan aku comel. tapi aku tak boleh tipu diri sendiri dengan rasa aku ni adalah wanita yang comel, cute, cantik.. kerana dalam hati ku, aku adalah wanita yang tak punya apa-apa keistimewaan. tak punya rupa, penampilan. dan tak punya apa-apa. aku hanyalah wanita biasa yang tak punya apa-apa..
hmm... cantik.. adakah sikap perempuan semua macam ni? nak kelihatan cantik, menarik, menawan, cute, comel?
haha. gelakkan diri sendiri. susahnya aku mengenali diri sendiri.
dan seharusnya lelaki yang menyayangi dan jatuh cinta dengan ku, menerima aku seadanya. menerima kekurangan aku dari segi butanya aku berfesyen. menerima aku seadanya yang tak lawa dan hodoh seperti kata mak. menerima aku seikhlas mungkin. menerima aku adalah diri ku dan tidak menyerupai orang lain. dan juga tidak menyekat apa yang aku suka dalam berpakaian. kerana walaupun aku buta tentang fesyen, walaupun aku tak lawa walau apa pun pakaian yang aku pakai.. tapi aku tahu, setakat mana aku boleh berfesyen selari dengan ajaran islam.
rasa sedih dan ingin menitiskan air mata plak. haha. teruknya aku. semalam dah nangis. hari ni tak kan nak nangis lagi kot.
Mengandung kali ke-4.
6 years ago