3 4 hari ni, aku asyik mimpi pelik-pelik je. ntah kenapa pun aku tak tahu. mimpikan orang yang sama. cara yang sama. tapi tempat yang berbeza.
mimpi aku seolah-olah bersambung-sambung. seolah-olah kami menuju ke satu destinasi yang tak pernah kami ketahui.
aku jadi pelik. kenapa aku mimpikan dia? kenapa dia, tidak orang lain?
hmm.. dalam mimpi tu, aku seolah-olah sangat gembira bersamanya. padahal, sebelum tidur tak pernah plak aku terlintas tentang nya. namanya or perangainya or orangnya or apa-apa tentangnya tak pernah ku ingat atau terlintas sebelum aku tidur. malahan, aku memikirkan orang lain berbanding dia!
kenapa? kerana dia bukanlah siapa-siapa dalam hidup ku..
hari pertama mimpikan dia, aku tak de laa rasa sepelik hari kedua dan seterusnya hari ketiga dan keempat.
dan hari ni, aku makin pelik. huhu
adakah ini satu petanda? tapi apakah petanda tu? baik kah ia? atau burukkah ia?
perjalanan mimpi ni, boleh buat satu cerita. hehehe.. tapi patut ke aku abadikannya didalam bentuk penulisan? padahal dia bukanlah siapa-siapa dalam hidup ku. huhu
Mengandung kali ke-4.
6 years ago