weekend biasanya ditunggu-tunggu oleh semua orang. sama ada student macam aku, pekerja macam aku jugak hehehe, orang yang berumah tangga, orang yang single mingle, pelajar sekolah rendah mahu pun sekolah menengah, semua nya menunggu weekend.
hmm, kenapa kita selalu menunggu weekend datang?
bagi aku, aku menunggu nya adalah untuk merehatkan otak aku yang telah penuh di isi dengan note-note kuliah, tutorial yang memang banyak perkara yang perlu dibincangkan, asigment yang penat nak mencari buku rujukannya, dan juga untuk rehatkan badan yang telah penat ke sana ke mari.
tapi nampaknya weekend kali ni, aku tak gunakan untuk rest. tapi sebaliknya aku menyiapkan apa-apa yang terbengkalai. apa-apa note yang aku tertinggal telah ku salin. dan kelas yang ku ponteng, juga telah ku cover dengan membaca buku yang patut.
bulan Januari, hidup aku agak kelam kabut. tak sempat nak menyiapkan apa yang patut. dan esok bermula Februari, jadi aku amat mengharapkan, bulan Feb, aku tak kan kelam kabut lagi.. huhu
mak kata, biasalaa student memang macam ni.. aku senyum.
tak sabar nak balik rumah. tapi balik lambat jugak. 14hb.
mak kata padan laa muka. siapa suruh acri tiket lewat-lewat. kan dah kena balik lewat. aku ketawa je. aku cakap, tak pe. aku balik kL 22hb. waaa.. akan ku skip lagi kelas. hehehe.. walaupun ade budak yang marah. hahaha.. biarkan.. hehehe
psssttt.. dia jeles laa tu aku dapat skip kelas. haha.. gurau je.. jangan majuk tau. hehe
whatever pun.. weekend kali ni, aku dapat menyiapkan semua kerja aku yang telah terbengkalai. hehehe.. aku lega. dan tersangat lega..
Mengandung kali ke-4.
6 years ago