masuk ni, dah masuk minggu ke-4 lena ku diganggu oleh migrain yang tak sudah-sudah.. semalam..setelah aku menghabiskan nasi yang ku tapau dari dewan makan, (padahal tak habis pun, tak de selera.) aku telan ubat 2 biji daripada 2 jenis ubat yang diberikan pada ku.. insyAllah, aku lena malam ni. bisik hati ku riang. lalala. tapi........ aduhai.. mata tak dapat tutup sebab migrain tak jugak hilang selepas ku telan ubat.
en.Peguam cakap.. baca laa quran.. nanti mesti ngantuk... ye, aku membaca nya. ini atas nasihat en.Peguam. kalau tak, aku zikir je sikit. (pemalas punya ustazah!!! hahaha.. lantak laa. hehe.)
baca quran tak jalan jugak.. makin cerah mata ku.. macam biji guli jadinya. en.Peguam pesan suruh baca buku plak. aduhai.. aku mengambil buku "siapa itu nabi-nabi?" ku selak helaian pertama. kedua. ketiga. keempat. dan masuk helaian kelima, aku tak dapat menahannya lagi. kepala ku makin sakit. bukan mata ku makin mengantuk ni.
aku tutup buku. ku bangun dan mundar-mandir. sampai ke pukul 3 pagi. aku duduk dikerusi. termenung sambil memeluk bantal. dan yang pastinya, kepala ku masih jugak berdenyut-denyut. aku tidak menghiraukan lagi nasihat doctor. ku telan lagi 2 biji lagi ubat yang diberi.
setengah jam kemudian, mata mula layu. tapi kepala masih berdenyut. ni memang tak boleh jadi. aik, makan ubat pun tak jalan. dengar-dengar orang dah azan subuh. hmm, tak tidur lagi aku malam ni. aku semalam dapat ku habiskan semua asigment yang ade kan syok. ni tak, aku tak dapat nak fikir apa-apa. dan pertimbangan rasional ku diganggu oleh kamu, wahai kepala ku yang sangat bertuah.
aku mula terfikir, sebenarnya apa yang ada di dalam kepala ku hingga aku sakit sampai begini? dan aku tak de jawapan tu. kerana aku bukanlah seorang doctor. huhu
ku biarkannya tanpa jawapan dan tergantung tanpa tali.
en.Peguam call jam 630am. bertanya kan adakah aku lena semalam? aku jawab tak. dan sekarang baru sakit kepala beransur hilang dan aku mahu tidur. usah diganggu. semua pertanyaan nya aku iya kan je. sebab mata dah mula tak tahan untuk tidur.
pesannya sebelum mematikan perbualan, "sembahyang subuh dulu tau, pastu baca mathurat dan quran. pastu baru boleh tidur." ku turutkan semua pesanan nya yang memang rasioanal dan baik tu. sebab itu jugaklah rutinku setiap pagi. (kalau tak, mahu ke aku ikut senang-senang? hahaha. degil sungguh kau ye ustazah!)
lepas tu aku tidur. tapi sebelum tu ku perlu menggelapkan dulu bilik ku. itu pesan doctor semalam. aku mesti berada dalam keadaan gelap. supaya migrain ku cepat hilang. (dah laa aku ni takut gelap. dia suruh plak aku tidur dalam gelap. aduhai....)
boleh ke aku jadikan masa 24jam yang berputar itu selalu siang dan tanpa ade malamnya. supaya malam ku tidak lagi diganggu oleh migrain ku yang tak tertahan sakitnya.. huhu..
atau pada sesiapa yang boleh memutarkan masa untuk menjadikan alam ini selalu siang untuk ku, boleh lah dia menghubungi aku. aku akan sanggup dating dengan nya dan menghadiahkan dia xoxo milik ku ini. hahahaha.
kerana aku tak tahan lagi kalau migrain datang menziarahi aku. tolong laa aku... :S
Mengandung kali ke-4.
6 years ago