dah lama isu ni bermain dalam minda aku. tidak aku keluarkan..
hmm.. sewaktu aku mengikuti pertandingan MISS UM baru-baru ni.. aku diberikan 1 soalan yang aku kira, ia mencabar kewibawaan aku sebagai seorang ustazah. aku jugak ade terfikir, adakah pendapat aku mengikut emosi aku atau mengikut ilmu yang aku ada.
jika pendapat aku berasaskan ilmu yang aku pelajari, alhamdullillah, aku amat lah bersyukur. tapi jika pendapat aku berlandaskan emosi, aku harap, aku tak kan terjerumus dengan lebih lama, dan Allah akan menghantar seseorang untuk memperbetulkan aku.
kekadang aku fikir ia adalah emosi semata-mata. tapi kekadang, aku terfikir aku berfikiran begitu mengikut ilmu yang aku ada dan aku pelajari. hmm.. terkadang susah jugak apabila aku makin belajar, aku rasa, makin banyak yang perlu aku dalami dan sehingga membuatkan hati dan jiwa ku benar-benar yakin. dan istiqamah dengan nya.
apa soalan yang aku dapat di MISS UM baru-baru ni.? jawapannya sudah ku ulas mengikut pendapat ku sendiri. dan kini, aku ingin mengulasnya mengikut pendapat aku lagi. kalau kamu tidak sependapat dengan ku, silalah kamu bangkang, aku tidak akan menyalahkan sesiapa atas pendapat masing-masing.
isu yang dipersoalkan pada ku adalah masalah couple di kalangan remaja sekarang. adakah wajar atau tidak disisi Islam itu sendiri?
susah soalannya. aku berhenti untuk memikirkan apa jawapan yang aku ade untuk menguatkan hujjah aku. dan jawapan ku, YA.
tapi sebelum tu, seingat aku ade blogger yang bertanya aku tentang masalah couple di kalangan remaja. adakah ia diharamkan or ia dibenarkan oleh Islam?(( jika kamu rasa, aku maksudkan kamu, sila lah diamkan diri. hehehe))
pendapat aku, YA, ia wajar dan dibenarkan. kenapa? adakah aku mengatakan wajar kerana sebab aku baru couple or dah lama couple or aku memang couple.. jawapan aku langsung tidak ade sangkut paut dengan emosi ku... dan baru or lama couple bukan itu isunya..
pendapat aku lagi, aku mengatakan ia dibenarkan kerana jika kita couple dan masih berpegang dalam landasan yang betul dan benar, landasan Quran dan Hadith, kita akan tetap benar. selagi kamu tidak buat apa yang Allah larang, apa yang Allah haramkan, buat apa kamu nak takut. bukankah begitu?
tapi remaja sekarang menyalahgunakan kewajaran yang ada untuk mereka sesenang hatinya berpegangan tangan, berpelukan, bercumbuan, laga-laga pipi, cuit sana sini, cubit sana sini. hmm.. tak larat aku nak komen banyak-banyak. kamu fikir lah sendiri.
couple itu lah yang dilarang dalam islam. menyentuh lelaki/perempuan adalah berdosa besar. itu yang aku pelajari. dan memang itu dalam Islam kata. sebab kalau bersentuhan, batal wuduk tuuuu.... :D
bagiku, jika kamu bercouple, nak date, boleh....... silakan.. tapi mak ayah ade. adik-adik ade, tak salah. date lah. sebab itu islam cakap, kalau nak date, boleh...... no hal.. tak de masalah.... date lah dengan ade nya mahram. means, kita bawak ayah mak sekali masa date..
kalau dah ade mak ayah, tak de nya lelaki tu berani ambik kesempatan, nak pegang, nak cium ke, nak sentuh ke.. ayah si gadis tak kan membenarkannya.. ayah mana tak sayang anak wey.....
islam itu indah. dia berjalan mengikut naluri manusia. tapi bukan islam yang mengikut nafsu manusia, tapi nafsu mesti ikut landasan islam. buktinya, islam membenarkan kita couple, tapi dengan syarat, bawak mak ayah/mahram sekali..
dan niat kita mestilah betul dan ikhlas.. kita nak couple ngan dia sebab kita memang mencari jodoh dan ingin mengembangkan zuriat manusia seperti yang disarankan oleh Rasullullah. bukan ingin bermain atau berseronok semata-mata. atau pun ingin mengisi kekosongan hati yang ade.
kenapa aku cakap macam tu? sebab bila kamu ingin mengisi kekosongan hati yang ade, kamu pasti akan terjerumus ke arah yang kamu tidak ingini.
aku bercakap berdasar apa yang aku pelajari. tapi tak semesti nya aku adalah seorang yang amat baik. kerana aku juga manusia biasa yang akan berbuat salah. kekadang aku tahu itu salah. tapi dek kerana nafsu aku ikutkan jugak.
tapi yang penting sekali menginsafi kesalahan yang ade. dan jangan mengulanginya. aku selalu berpesan pada adik-adik aku. jangan jadi macam aku, tapi jadi lebih baik dari aku. kerana aku bukan lah manusia sebaik khadijah untuk dijadikan contoh... =)
dan aku hanyalah ustazah yang rock dan sering melakukan kesalahan.. =p
Mengandung kali ke-4.
6 years ago