masa... aku perlukan masa.. aku perlukan masa lebih.. masa sekarang yang aku ade, tak cukup buat ku.. aku perlukan lebih lagi masa.. ke mana harus ku cari masa untuk ku tambah supaya masa yang ku ada mencukupi untuk ku bersedia dalam semua hal dan keadaan..
hmm.. waktu yang berlalu dan akan datang, tak pernah cukup bagi ku.
tambah-tambah berkerja sambil belajar. komitmen nya amat tinggi. tapi siapa yang harus aku persalahkan?
jawapannya : mestilah aku. kerana aku yang memilihnya.
jadi, jika pilihan telah aku buat, aku harus bertanggungjawab dengan apa yang aku pilih. bukan melepaskan tanggungjawab yang ade itu, dibiarkan terabai..
memikul tanggungjawab hari ini membuatkan aku bertambah kuat dari semalam. tapi apakah tanggungjawab yang ade membolehkan aku mencari alasan untuk meninggalkan sebahagian perkara yang lain..
kata mak, kalau aku dah pilih, pandai lah aku tanggung nya sendiri. kerana aku yang memilih. bukan orang lain..
hmm, tapi sehingga sekarang, aku biarkan masa itu berlalu membawa 1001 masalah yang hadir. kerana kekadang masa akan menentukan semuanya..
aku percaya!
Mengandung kali ke-4.
6 years ago