RSS

Aku tidak akan terpengaruh dengan diri ku sendiri. Titik.


Aku ada terbaca sesuatu. Dan aku simpulkannya dalam bentuk yang aku rasa senang untuk difahami.

“Jangan kesedihan itu membuatkan diri kamu hanyut dan melupai Allah. Biarkan kesedihan itu mendekatkan diri kamu dengan penciptamu. Agar kelak kamu akan tahu, di sisi mu mengandungi sejuta hikmah yang kamu tidak terlintas untuk mendapatkannya.”

Alhamdulillah, hati ini tidak hanyut dengan kesedihan yang ada. Cuma, kekadang ia disulami dengan airmata kesunyian tanda sedih dan air mata itu adalah satu kemestian.

Ya. aku akui aku terlalu sedih. Kekadang aku sendiri memarahi diri ku yang kerap sangat bersedih. Sebenarnya, aku tidak bercerita pada sesiapa melainkan di sini. Pada mak. Pada ayah. Pada suami. Pada adik-adik. Pada kawan-kawan. Tidak secara detail. Aku lebih selesa mencoretnya di sini.

Mungkin sekarang aku juga tidak pandai menzahirkan dengan perkataan. Kerana hanya 7 jam aku peruntukan untuk bercakap di sekolah. Dan balik ke rumah, kebanyakan masa aku gunakan hanya berdiam diri. Yalah. Berseorangan di dalam bilik, dengan siapa aku mahu bercakap? Aku masih lagi waras dan tidak lagi bercakap sorang-sorang. Senyum sumbing.

Menjawab komen Puan BFF menyuruh aku menghantar surat berhenti kerja.

Aku senyum. Ketawa perlahan. Dan menjawab,

Kalau aku mahu berhenti, aku dah lama buat, Sayang. Aku tidak akan tunggu kamu menyuruhku.
Kalau aku mahu berhenti, aku tidak akan pening-pening mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang aku hadapi kini.
Kalau aku mahu berhenti, aku tidak akan bersungguh-sungguh mengajar pelajar-pelajar ku di sekolah. Aku akan biarkan mereka membuat kerja sendiri tanpa bantuan ku.
Kalau aku mahu berhenti, aku akan membiarkan diri ku hanyut dengan kesedihan yang ada ini. Biar diri ini menjadi separuh giler…
Kalau aku mahu berhenti, aku sudah lama pulang ke semenanjung dan hidup bersenang lenang dengan suami.

Banyak lagi benda yang aku boleh buat kalau aku mahu berhenti.

Bukankah sudah aku nyatakan, aku akan kotakan cita-cita ku dulu walaupun aku terpaksa menghadapi kegilaan ini bersendirian. Walaupun aku terpaksa berdepan dengan kemurungan yang melampau. 

Walaupun aku terpaksa melalui jalan yang penuh dengan luka di hati. Aku akan tetap di sini sambil mencari jalan penyelesaiannya. Kerana cita-cita yang satu itu sangat berharga untuk ku melebihi segala-galanya.

Memang aku akui, aku tahu untuk pulang ke semenanjung, harapannya sangat tipis. Aku tahu. Tapi pernahkah kamu dengar, selagi mana ada doa dan harapan, selagi itu Allah akan mendengar dan mengkabulkan. Sesuatu yang aku hajatkan, aku percaya Allah akan kabulkan.

Sekarang, aku masih lagi mengerjakan solat istikarah dan solat hajat memohon pada Allah supaya menunjukkan aku jalan yang terbaik. Dan aku percaya, setiap malam Allah akan mendengar rintihan ku ini. Segalanya telah aku ceritakan pada Nya.

Doaku yang terakhir setiap malam adalah semoga Allah memudahkan urusan ku dan kawan-kawan ku serta semua orang yang mengenali ku. Amin.

My BFF,
Walaupun kegilaan ini hamper menutup ruang hidup ku 80%, tapi aku tidak akan terpengaruh dengannya. Walaupun saban hari aku selalu menangis-menangis-menangis, tapi aku juga tetap tidak akan terpengaruh dengannya. Diri ku yang sedih, aku akan tinggalkan di dalam rumah.

Sekarang aku sangat nampak kata-kata mak pada ku adalah benar. Aku sangat kuat semangat. Aku senyum sambil air mata bergenang. Kuat semangat di sini, bukanlah bererti aku tidak bersedih. Juga bukanlah aku tidak menangis. Aku bersedih, menangis dan menghadapi kemurungan tetapi aku tidak terpengaruh dengannya. Itulah yang aku rasakan sekarang. Itulah apa yang aku nampak sekarang.

My BFF,
Janganlah kamu risau tentang aku yang menangis berseorangan di sini. Aku sudah sebulan menangis seorang diri. Aku sudah terbiasa. Walaupun diri ini hampir gila, tapi cita-cita ku tetap tidak akan terpengaruh dengannya. Aku masih lagi berpegang pada ikrar diri. Kerana ikrar itulah aku dapat bertahan sejauh ini.

Noktah.

Hujan diluar semakin lama semakin lebat.

Sepatutnya, mata yang letih kerana berada di sekolah 7 jam bergelumang dengan pelajar yang macam-macam fesyen akan membuatkan aku terlena. Tapi di sini, aku tidak mampu untuk melelapkan mata. Sepenat mana pun aku, mata ini tidak akan tidur di waktu siang. Oh! Sudah 1 bulan membiasakan diri. Tapi tidak juga biasa-biasa. Naik pelik aku!

Sekarang, aku sedang menyiapkan folio yang aku janjikan dengan pelajar. Aku percaya, aku akan menang. Hahaha. Yeah! Tinggal 2 tajuk je lagi. Teruskan usaha, Pinky.. Lalalala~









Nota Pinky ;
“Kenapa lah en. Hati kerap sangat bersenam sejak kebelakangan ni. Mahu hensem kan perut sebelum berjumpa dengan aku yer? Hehehe.Tak sabar mahu jumpa kamu hari Khamis ni, Sayang… Sangat merindui kamu..”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Meh aku ceritakan pada kamu ~


Selasa. 17 Julai 2012. 10 am.

Hari ni hanya ada 1 masa = 1 jam mengajar. Yeah!
Biasanya hari ni banyak benda yang aku dapat selesaikan dengan jayanya. Tapi lain macam plak hari ni. Banyak jugak perkara yang aku dapat selesaikan. Tapi, oleh kerana hari ni adalah hari “pock luck” (betul ke ejaan ni? Sila jangan marah kalau salah. Hehe.) membuatkan sedikit masa aku terganggu. Ish3. Makan banyak punya pasal.

Semalam, Chewan bertanya khabar. Tentang diri dan sekolah.

Meh aku bercerita tentang sekolah sepanjang pemerhatian ku di sekolah ini. Pelajar 1200++ dan bagi aku tidaklah seramai pelajar di Uress, mungkin hamper sama. Guru 90 orang. Kakitangan plak, aku dah lupa. Hahaha. Semua best. Semua aku kira bolehlah join nak bersembang menghilangkan stress. Baik. Prihatin juga aku rasa ade sesetengah gurunya.

Pihak atasan, Cuma yang ada masalah dengan PK 1. Aku pun masih tidak faham dengan PK 1 sekolah ni yang suka mengambil kesempatan dan aku masih tidak faham apa fungsi PK 1 di sekolah ni jika semua perkara yang aku Tanya, semua di jawabnya tak tahu. Tapi abaikan sahaja lah. Janji, dia dah bagi arahan kepada guru-guru yang terlibat untuk menyiapkan kerja yang tergendala. Kan? Tidak ada kaitan dengan aku pun.

Staff? Oh! Semua ok dan bagus. Cuma ada seorang staff sahaja yang garang dan asik masam 24jam. Aku tak tahu masalah dia. Cuma, aku memang sangat mengabaikan dia. Sebab dia tak de pun kaitan dengan aku. Haha.

Pelajar.
Hmm.. Bila bercerita tentang pelajar, aku terasa macam nak ketawa besar-besar. Nakalnya melebihi had. Malasnya tahap dewa dewi. Kurang ajarnya membuatkan aku rasa kalau hilang sabar, boleh naik kaki tangan ni. Tapi, aku dapat mengajar dengan jayanya lagi. Tak de lah pelajar aku yang mati. Haha.

Ok. bab sekolah memang baik-baik saja. Aku tidak punya masalah banyak tentang sekolah. Melainkan masalah-masalah kecil yang aku rasa memang boleh diselesaikan dengan baik dan bermoral.
Kata Chewan, dia mahu bertukar dengan ku. Kata ku, aku tidak mahu tukar, aku mahu balik semenanjung dan kalau dia mahu isi kekosongan ku, aku mengalu-alukannya. Hahaha.

Setiap orang punya masalah. Masalah aku?

Masalah aku, bila balik ke rumah saja yang membuatkan aku seakan-akan trauma.
Aku masih lagi tidak berputus asa untuk memikirkan cara penyelesaian yang terbaik untuk diri ini. Ya. Diri aku yang menghadapi kemurungan yang kalau aku sendiri tidak menyelesaikannya, aku takut ia akan lebih berpanjangan.

Oleh sebab 3 jalan yang lepas-lepas tidak menjadi, dan aku telah terima kenyataan bahawa aku memang dipilih untuk mengharungi hidup yang seksa begini dengan housemate yang memang suka berada di rumah, jadi aku terfikir jalan ke empat.

Iaitu, membawa semua kerja-kerja sekolah ke rumah.

Duduk di dalam bilik sambil boring-boring, aku boleh menyemak jawapan pelajar, folio pelajar, membuat folio contoh dan perkara yang berkenaan kerja-kerja seorang guru.

Aku tidak pasti selama mana aku dapat bertahan dengan jalan ke empat ini. Bila aku tidak dapat bertahan lagi, aku akan fikir jalan lain pula. Hehe. Dan aku pasti jalan ke lima akan ade untuk ku. Cuma sejauh mana aku akan tabah mengharungi saja, itu yang aku tidak pasti. Senyum dan meneguk liur.

Satu persoalan yang aku ingin bertanya kamu.
Adakah aku seorang yang tabah?







Nota Pinky ;
“Berpesan untuk sabar adalah senang. Tapi, bila tang mempraktikkan sabar itulah yang ada masalah. Jadi, letakkan diri kamu di dalam situasi seseorang barulah kamu tahu, apakah kamu sangat penyabar atau tidak?”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sanction.


Sanction.

Mula-mula aku datang, aku agak blur dengan istilah sanction. Sikit-sikit sanction. Sikit-sikit sanction. Apa ke benda lah sanction ni.. Setelah 2 minggu berada di sini, aku tahu yang sanction adalah satu bentuk denda.

Di sini, guru tidak dibenarkan mencubit, merotan, memukul pelajar. Hatta menyentuh pelajar sekali pun tidak dibenarkan. Jika pelajar buat salah, guru perlu memujuk pelajar dan member kesedaran kepada pelajar bahawa benda yang mereka lakukan adalah salah.

Jika mereka membuat kesalahan lagi, mereka perlu di hantar ke bilik tahanan untuk menerima hukuman atau dalam istilah lain, dikurung di sana berseorangan.

Ya. aku setuju. Ade sesetengah pelajar, guru boleh menggunakan pendekatan yang demikian. Dan ada sesetengah pelajar, guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang lemah lembut. Mereka lebih suka guru berkeras. Lain pelajar, lain cara nya.

Tapi yang menyedihkan aku ialah pelajar di sini lebih suka di kurung dari belajar di dalam kelas. Di sana mereka boleh tidur dengan senangnya. Seperti juga jika mereka di gantung sekolah. Mereka akan bersorak riang kerana mereka tidak akan ke sekolah selama 1 minggu atau 2 minggu.

Apa tidaknya, ada pelajar masuk ke dalam almari di makmal sains semata-mata untuk tidur. Sumber ini aku dengar sendiri dari cikgu sains di sekolah. Nasib ade cikgu yang selalu membersihkan makmal dia membuka almari itu dan ternampak seorang pelajar lelaki yang sedang enak menikmati mimpi indahnya di dalam almari. Logic kah? Tapi, itulah kenyataannya. Dan sampai sekarang aku masih meraguinya. Hahaha. Walaupun aku tahu, sumber itu 100% boleh di percayai. Pelajar-pelajar. Sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Baiklah pelajar-pelajar sekalian. Sambil menggosok kedua-dua belah tangan. Dan bertanya… Apalah yang patut cikgu lakukan untuk membuatkan kamu mahu belajar dengan bersemangat? Jika pelajar ku boleh menjawabnya… alangkah baiknya.

Sekarang, aku sedang mempersoalkan kewibawaan ku sebagai seorang guru. Adakah aku tidak layak untuk menjadi guru mereka sehingga aku tidak dapat menarik perhatian mereka. Jika ada pun, hanya separuh dari kelas mahu belajar. Yang separuh lagi, mahu main.

Mahu saja aku memberi sanction pada semua pelajar yang malas. Tapi… Jika ditulis nama mereka di papan hijau, di bawah perkataan sanction, itu langsung tidak berbekas di hati mereka. Malah mereka dengan gembiranya mengatakan bahawa pilihlah nama mereka untuk di tulis.

Hmm.. Baru teringatkan sesuatu.

Semasa perjumpaan 3 penjuru, aku di minta oleh kebanyakan dari ibu bapa untuk merotan anak mereka jika mereka tidak mahu belajar.

Hukuman berupa sanction tidak dapat menyedarkan kamu yer, baiklah. Jom kita guna cara memegang rotan plak. (Pegang dan berlagak saja ni. Bukan nak rotan sangat pun.) Aku rasa, dengan cara memegang rotan, pelajar akan lebih terkawal dan guru tidak perlu menjerit dan bercakap banyak.

Mana 1 kamu setuju?

Sanction atau rotan sebagai pengajaran?









Nota Pinky ;
“Jam 9pm. Mata ku sudah tersangat-sangat layu. Terasa mahu berborak-borak dengan en. Hati, tapi… Oh! Sangat mengantuk, ok. Selamat malam, Sayang. Selamat malam, semua…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Ahad ke-5. Menyanyi riang dalam hati.


Ya. Hari ni, hari Ahad yang ke-5.

Aku sedang menghitung seluruh hari ku di sini. Tanpa sesaat pun aku tertinggal. Dalam sedar, aku sangat berharap, masa semakin laju. Tapi, harapan itu terkubur bersama masa yang sangat lambat ku rasakan ia bergerak…

Aku tahu, setiap hari hati ini hanya mengeluarkan satu nada. Nada kesedihan.

Aku sedang bersandar ke dinding puteh, menghadap almari bercermin. Ku lihat… Mata, tidak lagi ada sinar kegembiraan. Wajah, tidak lagi menunjukkan keterujaan. Badan, kelihatan makin susut.

Aku terfikir, ke mana diri aku yang dulu? Ke mana rasa yang penuh keterujaan itu? Ya, keterujaan untuk menjelajah dunia Malaysia sebelum keluar menjelajah ke dunia yang lain. Antara impian ku yang telah aku lakarkan dan sematkan kemas-kemas dalam diari.

Aku terfikir. Kesedihan ini, bukan hanya aku sangat merindui en. Hati. Tapi, kesedihan ini kerana aku terperangkap di sini. Tanpa ada jalan keluar untuk ku. Banyak jalan telah aku cuba.

Jalan pertamanya, mencari bilik sewa.
Tapi menemui jalan buntu kerana kebanyakannya hanya mahu teman serumah yang masih berstatus single. Baiklah. Aku terfikir, mungkin aku perlu cari rumah.

Jalan kedua. Mencari rumah. Rumah yang ada..
Rumah pertama, sewa mencecah 1k. Rumah dua tingkat, macam banglow pun ada. Fully finish. 5 minit ke sekolah dengan menaiki kereta.

Rumah kedua, sewa rm600. 2 tingkat, semi D. Semua barang ada kecuali TV. Lebih kurang 10 minit ke sekolah dengan menaiki kereta.

Rumah ketiga. Rumah flat, kata sumber harganya dalam rm400. Keadaan sangat bahaya di diami kerana selalu ada geng yang pecah masuk rumah. Lagi-lagi kalau mahu tinggal seorang diri. Yang ni depan sekolah je. Boleh jalan kaki, lebih kurang 10 minit sampailah.

Aku suka untuk memilih pilihan kedua. Tapi… Masalah aku  ialah macam mana aku mahu ke sekolah tanpa kenderaan. Rumah yang tak perlukan kenderaan plak, keselamatan tidak di jamin. Mahu menetap di kuarters, awal-awal lagi pengetua suruh cari rumah sewa dan tinggal di luar. Bagus betul.

Jadi, kedua-dua jalan penyelesaian tidak dapat membantu.

Jalan ketiga. Memakai broadband supaya tumpuan aku teralih.
Lalu aku memaksa housemate menemani aku ke celcom centre. Selesai. Tapi 3 hari kemudian, simkadnya masih tidak dapat berfungsi lagi. Lalu aku sekali lagi berurusan dengan celcom melalui talian. Katanya aku kena settlekan bil maxis yang tertunggak dahulu baru aku dapat menikmati kemudahan broadband ini.

Dengan gaji yang tidak ada, dengan gaji en. Hati yang perlu di bahagi 3, aku tidak rasa aku dapat membayarnya dalam tempoh terdekat. Jadi jalan ketiga juga menemui kebuntuan.
Aku masih tidak berputus asa. Ku fikirkan lagi perkara yang perlu aku buat untuk mengalih rasa sedih yang bersarang ini.

Kekadang ku ajak housemate yang memang suka berada di rumah keluar berjalan-jalan. Seperti hari ini, aku ajak mereka keluar ke pasar. Di suruh aku listkan barang-barang yang ingin di beli. Bersemangat aku menulisnya. Tapi kesudahannya, aku menunggu dengan penuh hampa dengan perut yang sedang menyanyi riang. Akhir sekali, kehampaan itu aku gantikan dengan tidur supaya aku tidak mendengar perut ini menyanyi lagu hiba.

Jalan ini juga menemui kebuntuan. Bagus. Mahu saja aku mengeluh dan mempersoalkan kenapa aku pilih untuk ke sini? Kenapa aku berjumpa ke housemate yang macam ni? OMG.

Jadi, dengan sisa masa yang ada, aku hanya fikir tentang hari esok.

Esok Isnin, aku boleh ke sekolah. Berjumpa dengan orang. Makan nasi dengan banyak. Buat kerja tanpa rasa boring. Aku senyum. Sedikit kelat. Terasa sangat lambat masa berlalu. Semasa aku berfikir tentang esok, mata ini berair. Haha. Ketawa perlahan-lahan pada diri sendiri. Bodohnya aku. Membazirkan air mata tiap-tiap hujung minggu. Yang sepatutnya ku habiskan dengan penuh kegembiraan.

Haha. Sangat mahu ketawa kuat-kuat.

Sila angkat tangan jika kamu tidak sedih bila berada di tempat ku. Sila angkat tangan juga jika kamu sangat happy setiap kali hujung minggu kamu terpaksa makan  maggi dan biskut serta terpaksa tidur dengan perut yang menyanyi lagu riang ria.

Hari ini, aku berdoa moga aku dikurniakan hati yang super kuat. Dan hati itu akan membesar dan kental dengan sebarang ujian yang datang kelak. Amin.











Nota Pinky ;
“Sayang, semakin hari, semakin aku rasa kesibukan mu mendera minda ku, merobek jantung ku, mematahkan semangat ku, meremukkan hati ku yang sangat kecil ini. Mungkin aku sangat jauh dan tidak dapat di lihat oleh kamu. Tapi, saat ini aku sangat-sangat memerlukan bahu untuk melepaskan rasa hiba ini. Tapi yang aku dapat, hanya dinding yang menemani…”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menghitung Hari Sabtu.


Hari Sabtu. 14 Julai. 1 bulan 2 hari aku di sini.

Hari ni kena datang sekolah. Kata pengetua, ini di kira sekolah ganti. Untuk cuti akhir tahun. Yeah! Harap cuti akhir tahun boleh balik awal dan menghabiskan masa bersama en. Hati tersayang dengan lebih lama. Kalau akhir tahun ni dapat tukar terus ke negeri Sembilan pun bagus. Haha.

Hari ni, adalah hari perjumpaan 3 penjuru. Atau di panggil juga Hari Muafakat. Kerja aku hari ni ialah membantu cikgu Lee di kelas 1F.

Bagus. Boleh aku ceritakan serba sedikit perangai mereka di sekolah yang sangat-sangat malas untuk belajar dan asik mahu main kepada ibu bapa. Dan harap sangat ibu bapa mereka dapat berbuat sesuatu selepas itu.

Hairan dengan budak-budak zaman sekarang.

Kenapa yer mereka sangat tidak berminat untuk belajar? Aku dulu pun tidak berminat jugak untuk belajar. Tapi tak delah seperti mereka. Aku belajar ikut mood. Kalau mahu belajar, yeah! Belajar bersungguh-sungguh. Kalau time tidak ada mood, kita enjoy! Pelajar di sini tidak. Tiap-tiap masa tak de mood. Ish3.

Alhamdulillah. Ibu bapa yang hadir hampir ke semuanya. Hanya 5 orang sahaja yang tidak dapat hadir. 3 daripada mereka berjanji mahu ke sekolah pada hari isnin nanti. Dan 2 lagi, tidak dapat dikesan. 1 permulaan yang bagus bagiku…

Ok. tidak ada apa-apa yang menarik untuk aku kongsikan.

Cuma, biasa-biasa saja tentang ibu bapa memang prihatin tentang anak mereka. Harap di tingkatan 2 nanti, sambutannya juga begini. =)

Menghitung Sabtu.
Hari ni adalah Sabtu yang ke-5 aku berada di sini. Bermaksud, aku sudah 5 minggu menabahkan diri berada di sini berseorangan. Aku terasa macam 5 tahun. Sangat berat untuk melaluinya sendirian. Sangat berharap masa cepat berlalu. Kerana hati sudah sangat tidak larat berada di sini. Cuma jasad sahaja yang masih gagah bertapak dan melangkah. Senyum kelat.

Seperti Sabtu-sabtu yang lalu.
Hari ni, aku lalui dengan tiada warna. Menghadap dinding bilik yang puteh. Syiling yang berjalur-jalur. Nasib petang tadi, housemate membawa ku makan juga. Kalau tidak, menu seperti biasalah aku iaitu biskut tiger. Terasa sangat serik bila berjumpa weekend. Hanya mampu tabahkan hati sekuat yang mungkin.

Sekarang, sedang berfikir tentang esok.

Ahad. Tidak ada program yang terisi. Mungkin aku hanya akan berlegar-legar di ruang tamu. Bermalasan di sofa. Duduk di dapur merenung keluar jendela. Dan akhir sekali masuk bilik, renung syiling lagi!

Oh! Kalau aku habiskan dengan program itu esok hari, maksudnya sudah 5 kali Ahad aku menghabiskan masa dengan giler nya…

Baik. Kita tunggu dan lihatlah apa yang aku buat esok.













Nota Pinky ;
“Sayang, kamu tidak merasa keseksaan aku untuk mengharungi hari-hari di sini tanpa kemudahan apa-apa pun. Aku cuma ada sekeping hati yang sangat tabah di sini. Jika aku kehilangan hati itu, aku mungkin akan menjadi separuh giler. Mungkin hati itu kuat kerana aku hanya ada Dia untuk bercerita. Saban malam, hanya Dia yang selalu mendengar segala cerita-cerita ku yang aku tahu, Dia sudah tahu tentangnya. Aku sangat berharap hati ini semakin melebar, Sayang...”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS