RSS

jom treasure hunt..

pagi-pagi lagi aku dah kena bangun. penat yang semalam pun tak habis lagi. huhu. ya Allah, Tuhan saje yang tahu betapa malas nya aku nak bangun. huhu. dan betapa malas ni mata ni nak bukak mata ku yang cantik ini. adeh. tapi ku kuatkan jugak semangat. macam nak pengsan pun ada. mana tak nya, letih semalam menolong orang pindah rumah pun belum habis bersisa. huhu. tapi tak pe. tolong menolong amalan mulia. hehe. kan?

memandangkan dah lama dah janji. tak boleh laa mungkir janji. kan?

so dengan gigih aku pegi jugak. masuk-masuk kereta, terkejut tengok Fazilah. haha. aku ketawa kan dia. aku tanya, "weyh, ni nak pegi treasure hunt ke nak pegi shopping complex sambil date? cantik. siap ngan hand bag lagi. haha."

balasnya, "jahat mengata kat orang." aku ketawakan dia sekali lagi. hehe. jahat betul aku. tak baik. opss.. tutup mulut. sambil nampakkan barisan gigi yang tak de. haha.

beratur. dan dapatkan soalan. dalam kereta, bukak soalan. semua bahasa orang puteh. haha. sudah! macam mana ni. detik hati aku. nak ke tak nak, hentam je Labu. faham ke tak, belakang kira maa... semua gelakkan diri sendiri. ish3. bukan tak pandai langsung. tapi kalau yang soalan advance-advance tu, mahu terbelit jugak perah otak. last-last, semua yang ada atas kereta pening, mual dan bintang dah pusing-pusing kat ubun-ubun kepala. haha.

betul cakap Prof Ghazali tempoh hari, kalau tak pandai BI or BA susah. sebab 2 2 bahasa tu adalah sumber ilmu. see, nak masuk treasure hunt pun semua soalan dan jawapan dalam BI. macam mana laa kami nak menang. haha.

pengajaran yang dapat aku ambik hari... aku kena mahirkan BI laa lagi lepas ni. jangan malas-malas. nanti susah. huhu. hmm, dah3.. pegi sana, study. esok jam 3pm nak kena muntahkan apa yang dibaca. dah pening ngan teori dan aplikasi teori ni. adeh! matilah aku esok. dah laa tak pandai masak. huhu. susah betul. lalalala~

tapi tak pe. esok adalah hari amali masakan aku. hehe. sama-sama kita tambahkan perisa secukup rasa tekak aku. lalala~

nak baca buku laa ni.. ;D tapi masih penat ngan treasure hunt. main tak mana pun. penat yang lebih. huhu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semua dah balik..

msg cik Hana.. "bila balik rumah?"
jawabnya "malam ni. haha. i balik dulu. u balik bila?"
"i tak tahu balik bila. may be lepas 8hb kot"
"i balik dulu la.. lalala"

ceh! suka buat aku jeles. huh!

aku memang rindu kan mak ayah. terutamanya mak. biasanya bila rindu mak, mesti aku nangis. huhu. kali ni pun sama. haha. dasar anak manje. umur dah tua-tua macam ni pun manje. dah lama tak jumpa mak. mesti laa rindu. huhu. siapa yang tak rindu mak oiii... hehehe

sekarang kolej dah makin sunyi sepi. aku pun teringin nak balik jugak. tapi.. kena habis kan exam dulu 1 , 2 & 3 hb ni.. pastu 8hb kena hantar paper work.. paper work ke? lebih kurang laa tu. haha. pastu baru boleh balik. lalaalaa~ tak sabarnya..

hmm, tak sabar nak jawab exam dan menghabiskan keje yang ada. pastu nak rehat kat rumah cukup-cukup dan puas-puas. hehe. nak peluk mak lama-lama. tidur bawak ketiak ayah sambil main perut ayah yang pragnant tak due-due sampai sekarang. haha. wah.. rindunya...

hmm, sekarang ngah fikir hadiah besday apa yang sesuai dengan ayah. tanya ayah nak apa. tapi ayah cakap beli laa apa-apa.. hehe. aku bab-bab hadiah untuk lelaki ni, aku fail sikit. dekat en.Buah Hati pun kekadang aku ucap je. tak belikan apa-apa. aku bukan tak nak beli, aku sebenarnya tak tahu nak beli apa. huhu. (dalam hati aku, kedekut punya perempuan. haha. ngan buah hati pengarang jantung pun nak berkira. kikikiki)

buku belum dikhatamkan lagi. so jom sama-sama kita khatamkan bukunya sampai lunyai. hehe.

kepada semua member, selamat maju jaya.. and wish u all luck.. =) jangan putus asa. walaupun semua orang dah balik, kita tetap kena baca buku dan study betul-betul. hehe. ceh! aku pun sebenarnya teringin nak balik. haha. tapi tahan je dalam hati ni. hihihi.

cau cin cau.. nak baca buku. lalala~ kat bibir.. dalam hati... nak balik.......... huwaaaaaaaaaaa... =(

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

tonggang terbalik

selsema. batuk. alergic. + demam = rindu mak. hahaha. selalu je waktu ditimpa sakit macam ni, aku teringat layanan mak kat rumah. super special. makan ubat mak ambik kan. air mak kasik. makan mak panggil. ubat mak beli. wah! alangkah bahagianya aku jika aku berada di rumah sekarang.

bila dah sakit macam ni, memang 203% hidup aku tonggang terbalik. macam mana tak tonggang terbalik. aku tak larat nak kemas bilik. tak larat nak susun semua buku-buku. tak larat nak buat apa-apa. pegi kelas. balik kelas terbongkang atas katil. tapi kalau kat luar kelas, berlagak cool dan macho. kononnya boleh tahan sakit. dalam bilik, terbongkang aku berselimut dengan comforter yang comfort itu. kipas pun tak bukak. lampu pun off. haha

memang dunia aku sedikit kelam kabut kalau aku dah tak larat. hmm, fikirnya nak mak. nak mak. nak mak. hehe.

balik nanti peluk mak lama-lama. banyak-banyak. hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

salah faham lagi.

adeh. salah kefahaman sekali lagi. orang faham lain, aku faham lain. aleh-aleh aku kepelikan. orang masuk test, aku masuk test jugak. orang jawab 3 soalan. aku pun sama. orang jawab test tu merangkumi exam, aku jawab test hanyalah test.

haha. gelakkan diri sendiri. dan tepuk tangan untuk diri sendiri yang super excellent bagus, cemerlang, gemilang, terbilang.. tepuk kuat-kuat sikit. haha. + ngan gelak sekali. adeh.

azura... azura...

hm, aku ingatkan aku jawab tadi adalah test yang markahnya 20 markah. tapi sebenarnya aku jawab tadi adalah exam yang markahnya 60 markah. patut laa orang lain kelam kabut, aku sorang je releks.. boleh plak macam tu. ish3..

dah laa kelas etika tu, aku silap faham jugak. masuk kelas lain. tapi nama ade kat kelas lain. alih-alih, test ngan exam pun aku silap faham jugak. apa laa yang aku faham sebenarnya. haha.

hmm, walau macam mana sekali pun, aku dah jawab pun. dan dah selesai pun 1 paper. haha. kelakar. dan apa punya bagus laa diri ku ini..

lain kali, faham betul-betul. jangan suka main-main. asik main-main.. itu laa padahnya. haha. sekali lagi aku gelakkan diri sendiri yang pending. lalalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

demam ke aku ni?

boleh plak aku tanya diri sendiri macam tu? demam ke aku ni? hmm, aku pun tak tahu aku demam ke tak. yang pastinya, selsema, sakit kepala, sakit & perit tekak, badan aku panas. kipas dalam bilik di off kan. tapi aku tetap sejuk. bersin tak usah cakap laa.. 1 minit 2 3 4 kali.. penat.. tak larat. semua ada.

mungkin kerana faktor ini yang menyebabkan aku cepat melenting. haha.

aku rasa, dah tiba masanya aku rehat dengan cukup. tapi hari ni, jadual ku sangat padat. entah bila boleh rehat-rehat dan landing-landing seperti zaman budak-budak dulu. haha. ceh! macam dah tua sangat je gayanya. yela. 260 tahun dah ni.. kui3..

hmm, nak kena sambung buat keje jap. pastu nak rehat-rehat sambil baca buku. harap semua berjalan dengan lancar walaupun aku tak tahu taraf kesihatan aku hari ini. boleh ke macam tu? haha. ketawakan diri sendiri.

ish3..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ungkapan itu membuatkan aku sakit.

aku benci pada ungkapan "aku" yang dilafazkan. aku juga bencikan situasi yang hening begini. aku bencikan air mata yang mengalir tanpa putus. aku benci pada semua yang berlaku. aku ingin tamatkannya segera. segera yang mungkin. noktah. biar ia ade dipenghujung jalan yang tak kan ada orang yang akan melewatinya.

ungkapan itu membuatkan aku sakit. dan membuatkan aku terfikir. benarkah rasa sayang itu lahir dari hati jika seseorang itu tegar menyakiti orang yang disayanginya? benarkah...

aku tidak ade jawapannya. mungkin kerana aku tidak ingin ia ada jawapan. atau mungkin kerana aku memang tidak mahu menjawabnya.

"aku benci betullah"

kalau sudah benci, melangkahlah jauh-jauh. jangan menoleh. tinggalkan apa yang ada dibelakang. kerana tidak ada apa yang tinggal. sebaliknya kebencian yang ada. menanti debu-debu benci ini ditiup angin dan menghasilkan kasih sayang yang padu.

kini, air mati sudah tidak menjadi peneman setia. mungkin sudah terlalu lama bersisa. mungkin juga mata itu sudah letih berbicara sedih. mungkin. tapi mungkin juga hati itu sudah tegar untuk disakiti. mungkin.

jangan biarkan hati perempuan nya tegar. kerana setelah dia tegar, usah kau ulang 1001 kali maaf. tetap juga sama jawapannya. tidak. kerana hati seorang perempuan adalah hati yang lembut seperti sutera. tabah seperti ombak. walaupun pantai tidak memanggil, tetap juga ia menghempas. hatinya juga seperti kaca. yang dijaga supaya tidak terjatuh. jika sekali terjatuh, pecah berderai, tidak lagi dapat menggantikan nya dengan yang lain.

fikirkanlah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sekali lagi otak penuh ngan asigment.

sekali lagi otak aku penuh ngan asigment. sampai aku tak tahu nak buat yang mana 1. haha. itulah. suka sangat main-main. last-last aku yang susah. haha.

esok jam 12 tengah hari. asigment pembangunan islam nak kena hantar. 2 asigment. dann kedua-duanya belum disiapkan lagi. tepuk tangan. tanda diri ku yang sangat cemerlang.

jam 2 petang. 1 lagi asigment yang perlu disubmit. haha. histografi islam. sekali lagi aku ketawakan diri sendiri. belum jugak aku siapkan. dah buat. tapi perlu dikemas kini atas arahan cik Zaza. kata nya entah apa-apa dan dia tidak faham apa yang aku buat. haha. aku pun sebenarnya tak faham apa yang aku buat. lalalala~ sekali lagi tepuk tangan untuk diri sendiri yang super excellent.

jam 8 malam. aku kena serahkan asigment nilai etika dalam masyarakat. hm, belum jugak aku siapkan. hahaha. lepas serahkan asigment, aku ade test sekali. tapi aku tak baca lagi. haha. boleh ke macam tu?ish3.. super-super excellent bagus cemerlang, sekali lagi ucapan untuk diri sendiri yang sangat teratur kerjanya. tepuk tangan untuk kali ketiga untuk diri sendiri. dan ucapan tahniah.

bagus. syabas. kamu telah lakukan yang terbaik untuk tidak menyiapkan asigment dengan seberapa segera. haha. itu yang ada dalam otak aku sekarang. itu tak masuk meng'hamun' diri sendiri yang sangat bagus ini. haha.

dan sekarang, masih jugak boleh main-main. haha. tak insaf-insaf. ish3. tak tahu laa nak jadi apa. haha.

okla. atas nasihat en. Hati yang duk membebel kepada diri sendiri. dan en. Otak yang dah pun merangka mana yang patut di buat terlebih dahulu. dan en. Tangan yang memang tak sabar-sabar nak menghabiskan asigment yang tergendala ini. aku dengan baik hati nya mengajak semua orang.

jom buat asigment aku. sesiapa yang volunteer boleh call aku dengan kadar segera. haha. malas yang melampau ni. lalala~

stop! titik. tidak boleh berlengah lagi. lalalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS