RSS

Banyak perkara nak fikir. Betul ke?

Assalamualaikum.
Sobahul khair... Selamat pagi...

Macam biasa. Bangun pagi. gosok gigi. hehe. Siapkan en. Hati untuk ke tempat kerja. Hari ni hari last en. Hati ke sekolah. Esok cuti. Yeah! Alhamdulillah. Akhirnya........

Web SPPBS yang sangat laju.
Setiap tahun, perkara yang sama aku buat. Key in PBS. Bagus. Konon web PBS sekarang guna cloud. Besar dan dapat menampung banyak benda dalam tu. kelajuan tinggi. KONON nya laa. So sekarang, apa jadi? Tak de lajunya.

Hari kedua berdepan dengan laman web PBS. Memang membuatkan aku sangat sabar. Bila mengingatkan aku adalah seorang ustazah, mahu tak mahu, aku kunci mulut ini daripada memaki hamun sesedap rasa ke atas laman web yang sangat laju itu. Hoho.

Alhamdulillah sebelum ni dah pun key in. Kalau tak key in lagi, apa laa yang akan jadi dengan aku. So rileks suda....

Persoalannya.
Kenapa laman PBS sangat lemah lembut untuk di loading. Sampai sekarang aku tak faham. Padahal ni bukan tahun pertama. Sudah patut dimurnikan dah. Dan bagi aku, tak perlu pun nak key in bagai ni. Dah buat pun borang transit murid. Cukup lah sekadar itu. Tapi kalau laman web laju dan bergerak sepantas cahaya, ok jugak laa kan nak key in bagai ni.. Hoho.

Ok. Dah boring cakap bab PBS yang sangat senang di loading.

Memandangkan aku ni tak banyak keje, en. Hati meninggalkan satu task. Fikir tentang slot motivasi yang perlu aku buat untuk program minggu depan. Masalah aku sekarang, dah lama tak mengarang dan dah lama tak jana idea. So otak dah tepu. Macam mana nak fikir. Haiyya.

Aku kena termenung banyak sikit. Kurangkan tidur. Haha. Dan secara tiba-tiba mata aku sangat mengantuk. Cari ilham dalam mimpi lah. Hihihi.







Nota Pinky ;
"Banyak perkara yang perlu aku fikir sebenarnya. Tapi otak aku malas nak fikir. Tak habis lagi rasa nak bercuti dan berehat. So kita enjoy! Kui3."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti akhir tahun bermula. Hoho

Selamat pagi.
Kemas rumah. Kemas bilik. Kemas dapur. Basuh kain. Jemur kain. DOne.
Rutin harian sekarang. Senyum.

Dah lama tak menulis.
Sekarang banyak memendam dari meluahkan. Tak tahu kenapa. Kekadang menangis sendirian. Selepas menangis, terasa sangat bertenaga laa plak. Dush3. Tumbuk bahu sendiri.

SMK Bandar Kuching No.2 a.k.a SMK Seri Setia dah pun bercuti. 2 minggu awal.
Ni minggu kedua aku cuti. Minggu pertama, serius busy sebab rumah dah ala-ala kapal titanic pecah di buat en. Hati. Al-Maklumlah orang busy tak sempat nak buat apa-apa.
Masuk aje rumah, aku dah bebulu mata dah. Malam dan pagi, tak boleh nak tidur nyenyak. Dah lama tak tengok rumah yang bersepah macam ni. Sakit sebelah mata.

So, selama seminggu aku berkemas.
Minggu ni, Ahhh.. Berjimba lah aku. Bangun. Kemas bilik tidur. Iron baju suami. Buat sarapan. Pastu Tidur. Hari ni aku dah boring tidur banyak semalam, so aku merewang sana sini. Di alam maya je. Suami tak benarkan keluar rumah. Katanya bahaya.

Bahaya?
Betul jugak. Sebab, dah banyak kes tembak menembak sekarang. Sampai pegawai agama pun kena tembak jugak. Haisshh. Apa lah nak jadi pada dunia. Macam-macam.

So, terperap lah aku kat rumah. Melenguhkan badan. Hoho.
Nah. Ambik kau nak sangat bercuti kan...

Merepek-repek aku pagi ni. Nak blog walking jap. Dah lama tak buat aktiviti ni. Hehe.






Nota Pinky;
"Susah jugak menjadi suri rumah. Ni belum ada orang yang berlari sepahkan rumah lagi. Kalau dah ada nanti, macam mana laa rumah i ni.. Hoho. (Berangan). Sengeh."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rehatkan suara.

Hmm. Betulkan suara. Dari pagi tadi lagi aku tidak menggunakan suara. Hanya berkomunikasi menggunakan jari jemari sehaja. Hebat betul zaman sekarang. Tapi ia bermanafaat juga untuk aku. Boleh rehatkan suara lama sikit.

Suara perlu di simpan dan jangan hilangkannya. Penjimatan semaksima mungkin.

Takpe, hanya 3 hari 2 malam saje aku kurangg bercakap. Pastu bercakap balik. Kan...








Nota Pinky;
"Penggunaan suara memang perlu diminimumkan. Asyik bukak volume max je. huhu. Menjaga 215 orang budak bukan senang kalau tak bukak volume besar-besar. Haha. Mungkin ada cara lain yang perlu aku gunakan."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sedikit terkilan. Eh. Banyak kot.

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Walaupun aku tahu, result eg tukar di tangguhkan buat sementara waktu, tapi di sebabkan saja nak memuaskan hati sendiri, aku klik masuk jugak laman eg tukar. Keputusan tetap sama seperti hari-hari sudah. "Permohonan anda sedang di proses."

Baca pengumuman di tepi. Masih seperti biasa. 


Status terkini.

Pemakluman


Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkanpada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.


Aku tidak pandai mengomen lebih. Tapi dalam hati, memang terasa sedikit terkilan. Eh. Banyak kot. Ngeh3.
Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Dan perancangan dari Allah adalah sebaiknya. Semua usaha sudah ku lakukan. Dan sekarang adalah masa untuk berdoa+tawakal kepada Allah. Semoga Allah memakbulkan doa ku. Amin.

Sayang, i harap u dapat bersabar sedikit menghadapi waktu-waktu kritikal seperti ini. i love u.











Nota Pinky :
"Aku tahu setiap yang berlaku, ade hikmahnya. Sentiasa berdoa, semoga segalanya baik-baik saja. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masih di dalam.

Assalamualaikum.


Banyak perkara yang berlegar dalam hati. Masih tidak dapat mengeluarkannya dari dalam. Entah kenapa. Ia masih juga berada jauh di sudut hati. Hingga sekarang. Harap sangat dapat meluahkannya. 

Hanya Allah yang mampu mendengar segalanya.

Harap cepat masa berlalu. Nak tengok senyuman en. Hati. Rindu.



Ingat!
Masih berbaki 4 kelas lagi kertas jawapan yang belum di tanda. Hehe.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hampir genap setahun.

Ya. Tak lama lagi genap setahun aku Di kuching, Sarawak.. Dari mula datang, hingga ke hari ni, tak pernah sehari pun rutin hidup seharian aku berubah. Senyum kelat.

Hidup berseorangan memang sangat perit. Senyum kelat sekali lagi. Hanya disekolah Saje aku bercakap. Balik rumah, seolah-olah tempat merehatkan kerongkong yang penat mengeluarkan suara Di sekolah. Rutin yang sama berulang saban hari, saban minggu, saban bulan..

Tak lama lagi genap setahun. Ini bermakna, akan genap setahun aku mengulangi  rutin yang sama.. Bercakap selama 6 jam sehari.. Bermula dari jam 6.20 pagi aku sampai disekolah. Dan menamatkan waktu sekolah pada jam 1.20 petang.. Selebihnya, mendiamkan diri.

Dan mungkin rutin ini terlalu biasa, menyebabkan aku sudah tidak pandai meluah rasa. Semuanya berlegar di sudut hati. Membiarkan semuanya berlalu dibawa angin.

Apa yang aku pelajari setelah hampir setahun disini...

1. Kita hidup perlu bermasyarakat.
Ya. Aku perlu keluar mencari kawan. Atau pergi bersosial bersama teman-teman.. Bersosial cara islamik. Tapi ke mana harus aku cari? Sudah berusaha, tapi menemui jalan buntu. Kebanyakan sebaya aku sudah mempunyai anak Dan keluarga. :) kelat.

2. Kita hidup, perlu mengawal perasaan. Mengawal emosi.
Emosi aku agak susah dikawal. Berada Di sini, aku belajar mengawal emosi. Aku belajar mengawal tahap kemarahan aku. Aku belajar untuk tersenyum walaupun aku sedang berduka. Aku belajar cara menahan rindu pada suami. Ya. Aku berjaya. Dan ia sangat-sangat berguna untuk diri aku.

3. Tidak banyak membebel.
Dulu, bonda permaisuri cakap, kalau aku start membebel marahkan sesuatu, bebelan aku sangat-sangat panjang. Pada awal perkahwinan, aku seorang yang kuat membebel. En. Hati perasan yang sekarang, aku sudah berhenti membebel. Dia pun makin suka dengan sikap aku yang selalu banyak dengar apa yang dia cakap Dan tak banyak songeh.

4. Belajar untuk bercerita pada Allah.
Oleh kerana tidak ada yang mendengar semua rintihan aku, aku banyak bercerita pada Allah. Aku terkadang sudah malu padaNya. Tapi, aku rasa sangat Lega bila aku dapat meluahkan semua yang terbuku Dan semua rahsia yang ku simpan rapi sendiri. Allah, Terima kasih atas rahmat Mu.

5. Belajar mempercayai pasangan Dan setia.
Tidak ada cara lain untuk aku tahu kesetiaan en. Hati melainkan aku meletakkan sepenuh-penuh kepercayaan padanya. Bila berjauhan, rasa curiga itu sedikit sebanyak akan timbul menghiasi ikatan perkahwinan yang terbina sekian lama. Aku selalu berdoa supaya aku dan en.Hati dilindungi daripada rasa curiga. Semoga syaitan tidak menggunakan senjata ini untuk menghancurkan rumah tangga Kami.

Banyak lagi benda yang aku belajar Di sini. Dan sekarang aku faham. Ketentuan Allah itu penuh dengan hikmah.

Hmm, aku akui. Hidup bersendirian membuatkan aku banyak belajar. Belajar sendiri Dan belajar melalui pengalaman.

Aku harap, aku makin tabah dan kuat untuk menghadapi segala rintangan yang ditentukan. Insyallah. Amin.









Nota Pinky;
"Termenung adalah hobi baru ku. Agaknya sampai bila hobi ni dapat bertahan. Chaiyok8."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Made in Sarawak.

Misi memotong kain telah bermula. Target. Menyiapkan 5 pasang baju sebelum cuti sekolah, 2 minggu lagi. Hihi. Sempat ke?
Harap sangat sempat. Senyum. Chaiyok.

3 pasang tudung telah dihantar untuk disulam. Bagus. Harap sangat sulamannya cantik seperti yang dibayangkan. Ia buat aku makin tak sabar mahu melihatnya. Duit pun tak sabar jugak mahu keluarkannya. Hihihi. Upah sulam 3pasang tudung bidang 60 kot. Kerja giler. Kan?

Hmm. Susah sangat nak dapat kat pasaran kan. So, buat sendiri. Siapa berkenan nanti, boleh tempah dengan aku. Hihi.

2 pasang baju kurung moden sudah siap dipotong Dan dihantar untuk dijahit tepi. Bagus. Cepat Dan tangkas. Itu pun tak tahu berapa harganya. Hehe.
Sekarang sedang memotong baju yang ketiga a.k.a baju aku la.. Lambat sikit takpe. Baju aku. Senyum lebar-lebar.

Oh. Sebentar. Ada kawan whatsapp.. Hm. Katanya mahu menempah baju kurung. Sebelum cuti mahu pakai. Sedang berkira-kira. Mahu menerima atau pun tidak. Memang aku sedang berfikir untuk mencari duit. Tapi...
Katakan iyer jela. Kan.. Rezeki namanya tu.. Rezeki tak datang bergolek. Ia perlu dicari.. Senyum.

Okla. Mahu Sambung memotong kain yang berbaki.







Nota Pinky;
"Kekadang terasa sangat sunyi hidup begini. Aku sedang berfikir. Ada ke orang sanggup berdepan dengan hidup berseorangan seperti aku sekarang. Bercakap hanya disekolah. Dan dirumah adalah untuk rehatkan kerongkong. Senyum. "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS