Selamat pagi.
Kemas rumah. Kemas bilik. Kemas dapur. Basuh kain. Jemur kain. DOne.
Rutin harian sekarang. Senyum.
Dah lama tak menulis.
Sekarang banyak memendam dari meluahkan. Tak tahu kenapa. Kekadang menangis sendirian. Selepas menangis, terasa sangat bertenaga laa plak. Dush3. Tumbuk bahu sendiri.
SMK Bandar Kuching No.2 a.k.a SMK Seri Setia dah pun bercuti. 2 minggu awal.
Ni minggu kedua aku cuti. Minggu pertama, serius busy sebab rumah dah ala-ala kapal titanic pecah di buat en. Hati. Al-Maklumlah orang busy tak sempat nak buat apa-apa.
Masuk aje rumah, aku dah bebulu mata dah. Malam dan pagi, tak boleh nak tidur nyenyak. Dah lama tak tengok rumah yang bersepah macam ni. Sakit sebelah mata.
So, selama seminggu aku berkemas.
Minggu ni, Ahhh.. Berjimba lah aku. Bangun. Kemas bilik tidur. Iron baju suami. Buat sarapan. Pastu Tidur. Hari ni aku dah boring tidur banyak semalam, so aku merewang sana sini. Di alam maya je. Suami tak benarkan keluar rumah. Katanya bahaya.
Bahaya?
Betul jugak. Sebab, dah banyak kes tembak menembak sekarang. Sampai pegawai agama pun kena tembak jugak. Haisshh. Apa lah nak jadi pada dunia. Macam-macam.
So, terperap lah aku kat rumah. Melenguhkan badan. Hoho.
Nah. Ambik kau nak sangat bercuti kan...
Merepek-repek aku pagi ni. Nak blog walking jap. Dah lama tak buat aktiviti ni. Hehe.
Nota Pinky;
"Susah jugak menjadi suri rumah. Ni belum ada orang yang berlari sepahkan rumah lagi. Kalau dah ada nanti, macam mana laa rumah i ni.. Hoho. (Berangan). Sengeh."
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment