Assalamualaikum.
Sobahul khair... Selamat pagi...
Macam biasa. Bangun pagi. gosok gigi. hehe. Siapkan en. Hati untuk ke tempat kerja. Hari ni hari last en. Hati ke sekolah. Esok cuti. Yeah! Alhamdulillah. Akhirnya........
Web SPPBS yang sangat laju.
Setiap tahun, perkara yang sama aku buat. Key in PBS. Bagus. Konon web PBS sekarang guna cloud. Besar dan dapat menampung banyak benda dalam tu. kelajuan tinggi. KONON nya laa. So sekarang, apa jadi? Tak de lajunya.
Hari kedua berdepan dengan laman web PBS. Memang membuatkan aku sangat sabar. Bila mengingatkan aku adalah seorang ustazah, mahu tak mahu, aku kunci mulut ini daripada memaki hamun sesedap rasa ke atas laman web yang sangat laju itu. Hoho.
Alhamdulillah sebelum ni dah pun key in. Kalau tak key in lagi, apa laa yang akan jadi dengan aku. So rileks suda....
Persoalannya.
Kenapa laman PBS sangat lemah lembut untuk di loading. Sampai sekarang aku tak faham. Padahal ni bukan tahun pertama. Sudah patut dimurnikan dah. Dan bagi aku, tak perlu pun nak key in bagai ni. Dah buat pun borang transit murid. Cukup lah sekadar itu. Tapi kalau laman web laju dan bergerak sepantas cahaya, ok jugak laa kan nak key in bagai ni.. Hoho.
Ok. Dah boring cakap bab PBS yang sangat senang di loading.
Memandangkan aku ni tak banyak keje, en. Hati meninggalkan satu task. Fikir tentang slot motivasi yang perlu aku buat untuk program minggu depan. Masalah aku sekarang, dah lama tak mengarang dan dah lama tak jana idea. So otak dah tepu. Macam mana nak fikir. Haiyya.
Aku kena termenung banyak sikit. Kurangkan tidur. Haha. Dan secara tiba-tiba mata aku sangat mengantuk. Cari ilham dalam mimpi lah. Hihihi.
Nota Pinky ;
"Banyak perkara yang perlu aku fikir sebenarnya. Tapi otak aku malas nak fikir. Tak habis lagi rasa nak bercuti dan berehat. So kita enjoy! Kui3."
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment