RSS

Selasa yang pening.


24 July 2012. Selasa yang pening.

Pening semakin menggila. Aku seolah-olah tidak berpijak di bumi nyata. Ntah apa yang membuatkan aku begini. Ade cikgu di sekolah yang menegur aku kepucatan. Adakah aku punya masalah atau aku ditimpa sakit.

Jawapan seperti biasa. Aku baik-baik saja. Mungkin sedikit letih.

Oh! Jawapan itu sangat selamat bukan? Tidak perlu menjawab dengan lebih panjang lebar lagi kedudukan ku yang sebenar. Walhal, diri ini sudah tahu, hidup ku seperti tunggang terbalik. Ketawa. Kau tak kan Berjaya menipu hati sendiri, Pinky.

Aku tertanya-tanya, kenapa kepala ini asyik pusing. Adakah ini disebabkan bulan Ramadhan? Ahhh.. Karut lah. Bulan-bulan Ramadhan seperti bulan biasa jugak. Pergi sekolah, mengajar. Balik sekolah, berdiam diri dalam bilik yang sepi. Itu sudah rutin hidup ku sekarang. 

Harap pening ini berkurangan esok hari. Amin.

Mahu berehat secukupnya dengan membaca komik.. Aku baca komik BI sekarang.. Nanti berteraburlah aku speaking.. hahahahaa.  Kan?









Note Pinky ;
“Rindu kamu sayang. Sangat-sangat.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pening 24 jam.


23 July 2012. Isnin. 

Seharian aku pening. Aku tidak tahu kenapa aku begini.

Tapi mata ku bengkak. Muka, hidung, mulut ku semuanya menampakkan seperti orang yang sakit dan tidak bermaya.

Masuk kelas. Mengajar dengan semangat. Tapi pelajar masih lagi perasan akan perubahan diri.
Dengan prihatin mereka bertanya, “Ustazah demam ye? Kalau demam, rehatlah. Kitorang boleh buat kerja sendiri.”

Jawab ku dengan penuh semangat walaupun dunia aku bagai mahu terbalik. “Eh, Ustazah ok jela. Pening je sikit. Jom sambung belajar. Bla-bla-bla-bla…” Aku terus mengajar.

Kalau diikutkan hati, aku mahu sahaja termenung di rumah dalam bilik sambil menangisi kepulangan en. Hati. Mahu menangis dengan sepuas-puasnya. Tapi hati ini tidak boleh di beri muka. Takut nanti makin parah yang terluka. Jadi, aku kuatkan langkah melangkah kesekolah.

Dunia seolah-olah mahu terbalik. Pening 24 jam.

Berbaring di atas tilam empuk dan terbayangkan en. Hati yang hensem itu. Mahu tidur, berehat dan mimpikan dia. Senyum simpul. Sendirian.










Nota Pinky ;
“Semakin kuat kita mengharungi dugaan yang mendatang, semakin cekal hati kita. Kerana dugaan itu membuatkan kita bertambah cekal.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa hati ini sangat sakit?

Ahad. 22 July 2012. Malam yang hening.

Selepas menghantar en. Hati ke airport Kuching, aku pecut kereta dengan kadar yang paling laju iaitu 20km sambil menangis teresak-esak. Tidak boleh memecut 120km dalam tangisan yang menggila ini.

Setelah sampai ke rumah. Masuk bilik, terbayang-bayang dia masih ada bersama-sama aku bergurau senda. Berlari-lari anak mengelilingi bilik. Berborak-borak sambil ketawa riang. Ku pejam mata rapat-rapat. Aku tidak pernah rasa sepedih ini perasaan yang ada di dalam jiwa. Aku tidak pernah rasa segila ini tangisan yang mengeluarkan nada hiba. Aku tidak pernah merasa begini.

Ya. Aku akui. Aku menangis semahunya malam ini. Ku peluk erat baju peninggalannya. Aku terasa seolah-olah hidup kembali gelap walaupun lampu terpasang cerah. Sekali lagi, ku pejam mata rapat-rapat menahan sendu di dada.

Oh Hati. Bukankah kamu sudah bergembira selama 4 hari 3 malam?

Alhamdulillah. Aku panjatkan kesyukuran ini ke hadrat Allah Ya Rabbul Izzati. Tapi hati mana yang tidak pedih, saat kegembiraan yang terpancar itu seolah-olah di ragut oleh hujan lebat di tengah hari yang redup…

Oh. Aku tidak menafikan bahawa hati ini bagai di tusuk sembilu. Dan kesedihan ini, aku tangisi sendirian. Keluar rumah dengan ceria. Masuk bilik, penuh dengan tangisan. Aku terasa seolah-olah mahu menampal seluruh gambar en. Hati supaya memenuhi ruang kamar ini. Biar hidupku di penuhi dengan keceriaan senyumannya. Biar setiap hari wajah itu yang aku tatap sepuasnya.

Ahh.. Angaukah aku saat ini? Bukankah baru tadi aku menghantarnya pulang?

Ya. Aku angau pada dia, suami yang mendatangkan pahala buat ku.

Malam ni, sambil air mata menemani, aku solat isyak. Aku solat hajat. Aku solat istikarah. Aku memohon, supaya Allah menguatkan hati ku. Supaya Allah mencekalkan hati ku. Supaya Allah menabahkan diri ku. Dan ku pohon, semoga Allah menghantar aku segera pulang dan berada di sisi en. Hati. Aku terasa seolah-olah tidak sanggup lagi berada di sini.

Saat ini, terasa seolah-olah dugaan sangat-sangat berat. Walaupun aku tahu, dugaan ini tidak lah apa-apa berbanding orang lain. Tapi hati ini tetap pedih dan luka kerana di pisahkan dari en. Hati. Harapan ku, semoga semua doa ku dikabulkan Allah. 
Amin.








Nota Pinky :
“Perlu tidur. Walaupun mata ini masih menangisi kepulangannya ke Semenanjung. Cekallah kau wahai hati. Kerana tiada ubat yang mujarab hanya bercerita pada Allah yang Esa. Dia pasti mendengarnya.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 hari 3 malam.

Alhamdulillah.
Malam ni en. Hati balik. Sudah 4 hari 3 malam berada di sini. Aku sangat bahagia. Dan terasa senyuman seperti Minny Mouse. Sampai ke telinga. Hehe.

Allah memberikan kami ruang juga untuk berjumpa dan meronda Bandar Kuching dengan jayanya. Lalala~

Oklah.
Kamu memasak bubur jagung+barli untuk En. Hati. Dia teringin makan masakan aku..Sian suami ku yang hensem ni..











Nota Pinky ;
"Kegembiraan ini, walaupun sekejap cuma... Aku sangat berpuas hati.. Alhamdulillah ku panjatkan syukur pada mu ALlah...Senyum lebar-lebar.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Sunshine, welcome to Kuching..


19 Julai 2012. Khamis.

Terasa seolah-olah tarikh ni amat keramat. Senyum simpul. Saban hari, saban minggu aku menunggu saat ini. Setiap hari, aku menghitung hari. Ternyata masa tidak sepantas yang aku jangka. Menunggu ia datang, sangat menyesakkan jiwa ku. Tapi, aku tahu ia akan muncul jua.

Dah sekarang, aku sedang menunggu jam 6 petang. My Sunshine cakap flight jam 4. Setelah hitung sana sini, jam 6 petang sampai laa tu. Aku senyum dan hati ini sangat teruja. Menunggu dengan penuh debaran. OMG. Aku terasa macam nak tunggu pak imam akad nikah je.

Pejam mata. Dengar dengupan jantung. Hembusan nafas yang tercungap-cungap. Ye. Benar. Aku sangat-sangat nervous menanti my sunshine. Terasa hati sedang menari-nari riang. Tarian apakah ini? Ketawa.

Alhamdulillah. Aku panjatkan kesyukuran. Walaupun aku kira seperti 5 keturunan aku menunggu en. Hati, tapi akhirnya saat tu muncul. Mahu memeluknya sepuas-puas menyatakan kesedihan hati ini apabila terpisah jauh dengannya.

Sambil berharap agar Allah menghantar ku pulang akhir tahun ni. Hehe. Amin-Amin-Amin.
Mahu bersiap-siap ke airport. Wangi-wangi. Untuk my sunshine.. Lalalala~

My Sunshine, welcome to Kuching..






Nota Pinky ;
“Mawar seolah-olah sedang berkembang di jambangan hati ini. Aku sangat teruja menunggu kedatangannya. Terasa semua bebanan ini hilang semuanya. Terima kasih, Ya Allah… (Air mata bergenang! Sedih menangis. Gembira menangis. Apalah kau Pinky!)”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Melayan kerenah anak pelajar. Senyum sorang-sorang.


18 Julai 2012. Rabu. Aku ingatkan hari ini ialah hari Selasa. Haha. Nyanyok3.

Hari ni, aku tersenyum sedikit melebar. Mungkin kerana teringatkan esok hari Khamis dan jam 6 petang, en. Hati akan sampai ke Kuching, Sarawak. Sudah lama tidak berjumpa denganya. 5 minggu. Satu tempoh yang agak lama tu. =S

Kerenah pelajar setiap hari ku layan dengan sabar.

Setelah menamatkan sesi PNP tadi, seorang pelajar lelaki meluru ke arah aku. Dalam otak ku, mesti ada sesuatu yang dia tidak faham. Senyum. Sambil mengemas barang-barang ku.

“Ustazah, mahu nikah ngan kamek sik?”

Oh! Terkesima sekejap. Soalan apakah ini? Dalam hati, Umur berapa ni nak ajak ustazah kahwin? Bagus, pelajar ku yang gorgeous (Tak delah se’ gorgeous’ en. Hati kan… Ngan nada gatal. Ngeee~).

Jawab aku : “Kamu ajak ustazah kahwin ke? Ustazah kurang dengar dengan jelaslah. Ulang sekali lagi, boleh?”

Pelajar : Senyum simpul. Dan berlalu meninggalkan aku.

Alahai pelajar-pelajar. Sambil menggelengkan kepala. Form 1 pun dah pandai ajak orang kahwin. Agak-agaknya dia tengok aku ni baya-baya dia kot. Mana tak nya, form 1 semua dah tinggi-tinggi. Ada yang lagi tinggi dari aku. Terpaksa aku mendongak.

Bila teringat gayanya, aku terasa mahu ketawa sendiri. Ia juga membuatkan aku senyum sendirian seperti orang giler. Comey je soalan.. itu perangai budak 1B.

Setelah selesai waktu PNP di kelas 2 E tadi.

Pelajar : ”Ustazah yang cantik… Ustazah yang comey… Ustazah yang manja…”

Aku : “Hah? Apa kamu nak?”

Pelajar : “Nak no telefon ustazah… Boleh laa kita calling-calling malam-malam ke tanya khabar.”

Aku : (Dalam hati) Bagusnya pelajar aku nak calling-calling, Tanya khabar. Prihatin. Malam-malam plak tu. Super bagus betul budak ni.

“Ok. Ambik no ni.. 014-444…”

Dengan semangatnya dia menyalin di telapak tangan. Dan aku menyambung.

“Tekan-tekan tak dapat.”

Pelajar : Ketawa beramai-ramai.

Ustazah : Gembira kerana dapat mengenakan mereka. Eh. Aku senyum dengan happynya hari ni.

Pelajar sekalian. Ustazah pun kamu mahu mengorat ke? Hello! Ustazah ni umur 2 x ganda dari kamu, tahu? Dah tua. Dan muka pun dah kedut 1000 tahu? Ish3.

Tapi, aku tahu, sudah menjadi trend cikgu-cikgu baru akan menjadi bahan usikan pelajar lelaki di sekolah. Terutamanya cikgu baru seperti aku yang pendek dan tak tinggi-tinggi. Terasa tension dengan ketinggian aku sekarang. Haha.

Walaupun agak tension di sekolah melayan kerenah pelajar yang macam-macam ragamnya. Tapi aku juga merasakan sangat bahagia di sekolah. Kerana bila pulang ke rumah, aku rasa sangat-sangat trauma. Seolah-olah bila masa untuk balik ke rumah, kaki ku ni macam terkaku di sekolah. Tak mahu berganjak dari meja guru. Mahu stay di situ sahaja. Tapi, apakan daya…

Dan hari ni, adalah hari kedua aku membawa pulang kerja sekolah ke rumah.

Sekarang. Apa yang aku nak buat ialah menyiapkan buku rekod harian. Selepas itu, menyiapkan bahan-bahan PBS. Yeah! Teruskan usaha kamu, Pinky.

Senyum sorang-sorang di maghrib yang sunyi.








Nota Pinky :
“Aku terfikir tentang guru yang sama posting dengan ku ingin meletak jawatan. Aku ucapkan selamat maju jaya untuk kamu. Teringin bertanya, sudahkan mereka melakukan istikarah? Tapi, soalan itu hanya tersekat di kerongkong. Kekadang sesetengah soalan tidak patut di Tanya dan dibiarkan tanpa jawapan. Itu adalah lebih baik. Kan?”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS