Mahu pindah dan menjadi suri rumah kepada suami.
Pindah lagi?
demam.
Baru lepas jumpa doctor.
Rumah ku Syurga ku.
Sudah sampai di rumah.
Aman.
Tak sangka, keputusan untuk berhenti kerja adalah sesuatu yang bagus. Banyak hikmahnya. Hilang sedikit rasa bersalah dengan program yang bakal menggegar dunia Malaysia itu. Senyum.
Aku sedikit kasihan pada semua crew yang sememangnya akan pening lalat.
Mungkin, ayat Quran nak kena cari. Hadith nak kena tahu sahih ke tak. Semua berkenaan agama nak kena masuk.
Tapi...
Aku lebih kesian pada diri sendiri lagi jika aku masih bertahan di sana.
Mungkin aku tahu, banyak yang salah. Tapi aku langsung tidak mampu mengubah dan memperbetulkannya.
Sekali aku buat keputusan.
10 kali pun aku tidak akan berganjak.
Kesian pada writer lain itu tetap ada. Senyum tawar. Tapi, apa aku ingin jawab di hadapan-Nya jika dia bertanya aku tentang apa yang aku belajar aku tidak dapat menegakkannya.
Ahhh.. Lupa.
Aku siapa? Aku bukan siapa-siapa. Aku bukan punya tauliah atau apa-apa.
Haha. Ketawa kasar.
Tunggu.
Aku akan buktikan pada dunia, bahawa aku yang bukan siapa-siapa inilah yang kamu perlukan nanti.
Oh! Aku lupa. Kamu ego.
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa yang mahu dibuktikan pada kamu. Senyum lebar.
Pada team,
Aku pohon maaf kerana aku cabut. Mungkin kata orang, aku tidak langsung berjuang. Ketawa kuat-kuat. Tapi kekadang mengalah bukan bererti kalah. Kan?
Oh! Berada di rumah, sangat menyelesakan. Senyum.
Dah lama tidak berlama-lama cuti begini. Sekejap. Hmm...
Aku pernah cuti sem ke? Haha. Tak pernah.
Aku lupa.
Oh, baru aku sedar, aku ni makin tua. Lala~
Tak pe. Kali ni, aku mahu cuti berlama-lama di rumah. Makan buah-buah. Berseronok bersama adik-adik. Mak. Ayah. Senyum sampai ke telinga.
Wah, betapa bahagianya saat ini.
Sudah lewat.
Mahu ke bandar sekejap. Cari barang yang perlu. Senyum nakal.
Coretan Pinky ;
"Bestnya cuti. Rasa macam di syurga. Hahaha. Kamu! Jangan jeles. Haha."
Harap dapat cuti panjang.
Mahu pulang ke kampung dengan seronok.
Harap, cuti yang best. Sambil makan durian dengan banyak. Rambutan, duku, langsat, dan segala macam buah sudah ada di atas pokok. Hahaha.
Wah! Bestnya......
Selamat tinggal Kuala Lumpur. Haha.
Coretan Pinky ;
"Kena tinggalkan Aqeef bersama papanya.. Papa, Jaga Aqeef dengan baik tahu?"
Majlis Konvokesyen yang dinantikan..

Keputusan penting.
Semalam.
Perlu ke kelam kabut?
Sekarang, bertambah busy.
Mungkin disebabkan orang atasan aku yang memang agak kelam kabut dan semua nak busy menyebabkan aku tidak ada ruang untuk bernafas. Haha.
Ingin sekali aku cakap, Bos.. Boleh tak u biarkan kitorang settlekan semua kerja, u diam-diam. Yang pasti kitorang buat. Then, kalau ada yang tak puas hati baru tegur.
Kalaulah boleh cakap macam tu, alangkah bagus. Haha.
Aku bukan tak berani. Tapi malas mahu mulakan pergaduhan. Aku takut aku tidak dapat mengawal suara dan kejahatan yang ada dalam diri aku sendiri. Maklumlah, Setan banyak bulan-bulan macam ni. Haha.
Pengalaman pertama.
Kerja dengan bos lelaki adalah lebih sempoi berbanding bekerja bersama bos perempuan. Mungkin disebabkan aku tidak suka perkara-perkara remeh temeh. Tapi bila semua orang ambil semua yang remeh, aku mula berkira setiap inci. Haha.
Pantang betul. Buruk betul perangai Ustazah ni. Huh!
Semalam, tidur ngan lena. Boleh? Skrip dan treatment pun belum siap, boleh tidur ngan lena. Tapi Atul mengejutkan aku dengan bunyi bising yang dibuat olehnya. Jadi aku terbangun. dan kami sama-sama siapkan treatment yang nak di pakai jam 10 nanti.
See..
Tak perlu push kami. Or arah itu ini. Kami tahu kerja kami.
Wah! Ini adalah luahan seorang pekerja ni. Lalalala~
Nanti bos cakap, "Stop complain laa.." Hahaha.
Cik Bos,
Kalau kamu tak push kami, tak arah itu ini, kami amat menghargainya. Kami tahu tugas kami. dan kami akan buat yang terbaik untuk rancangan ni. Jangan bagi kami tekanan. Stress tahu tak? Haha.
Boleh tak ucapan macam tu? Haha. Ahhh.. Lantaklah boleh ke tak. Hehe.
Coretan Pinky ;
"Sudah 2 3 hari tidak sms or call en. Hati. Apa khabar agaknya dia? Rindu. Tapi adakah di rindukan aku juga? Hmmmm..."





