Sudah sampai di rumah.
Aman.
Tak sangka, keputusan untuk berhenti kerja adalah sesuatu yang bagus. Banyak hikmahnya. Hilang sedikit rasa bersalah dengan program yang bakal menggegar dunia Malaysia itu. Senyum.
Aku sedikit kasihan pada semua crew yang sememangnya akan pening lalat.
Mungkin, ayat Quran nak kena cari. Hadith nak kena tahu sahih ke tak. Semua berkenaan agama nak kena masuk.
Tapi...
Aku lebih kesian pada diri sendiri lagi jika aku masih bertahan di sana.
Mungkin aku tahu, banyak yang salah. Tapi aku langsung tidak mampu mengubah dan memperbetulkannya.
Sekali aku buat keputusan.
10 kali pun aku tidak akan berganjak.
Kesian pada writer lain itu tetap ada. Senyum tawar. Tapi, apa aku ingin jawab di hadapan-Nya jika dia bertanya aku tentang apa yang aku belajar aku tidak dapat menegakkannya.
Ahhh.. Lupa.
Aku siapa? Aku bukan siapa-siapa. Aku bukan punya tauliah atau apa-apa.
Haha. Ketawa kasar.
Tunggu.
Aku akan buktikan pada dunia, bahawa aku yang bukan siapa-siapa inilah yang kamu perlukan nanti.
Oh! Aku lupa. Kamu ego.
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa yang mahu dibuktikan pada kamu. Senyum lebar.
Pada team,
Aku pohon maaf kerana aku cabut. Mungkin kata orang, aku tidak langsung berjuang. Ketawa kuat-kuat. Tapi kekadang mengalah bukan bererti kalah. Kan?
Oh! Berada di rumah, sangat menyelesakan. Senyum.
Dah lama tidak berlama-lama cuti begini. Sekejap. Hmm...
Aku pernah cuti sem ke? Haha. Tak pernah.
Aku lupa.
Oh, baru aku sedar, aku ni makin tua. Lala~
Tak pe. Kali ni, aku mahu cuti berlama-lama di rumah. Makan buah-buah. Berseronok bersama adik-adik. Mak. Ayah. Senyum sampai ke telinga.
Wah, betapa bahagianya saat ini.
Sudah lewat.
Mahu ke bandar sekejap. Cari barang yang perlu. Senyum nakal.
Coretan Pinky ;
"Bestnya cuti. Rasa macam di syurga. Hahaha. Kamu! Jangan jeles. Haha."
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment