RSS

Tak sabar mahu menghabiskan apa yang kepeningan. Senyum.

Janji ngan guru pembimbing, hari ni aku akan di observe.

Tapi mungkin dia tidak sempat untuk melihat aku mengajar. Senyum. Tak pe. Esok masih ada lagi, bukan? Jadi, tunggu esok jelah.

Banyak jugak kerja bila dah nak habis praktikal ni.
Minggu depan, hari jumaat, 22July. Tamat sudah aku punya praktikal. Terasa kelegaan itu semakin hampir. Haha.

Oh! Mesti buat dengan baik minggu ni.
Tapi hari ni, aku marah budak tingkatan 2. Melampau sangat. Sebenarnya bukan marah. Tapi aku serius sikit tadi. Lalala. Serius ke aku? hmm.. Tak de pun. Rasa nak tersengih pun ada tadi. Tapi tak pelah.

"Boleh tak kamu semua bersikap baik untuk minggu ni dan minggu depan?"

Semua diam tak jawab.
Kekadang best jugak tanya soalan yang pelajar segan nak jawab. Haha.
Sebenarnya aku sudah tidak sabar mahu menghabiskan praktikal sekarang. Sudah tidak larat untuk membuat 3 kerja dalam 1 masa. Oh! Sangat berat untuk dipikul. (Mulut cakap berat, kerjanya aku buat jugak. Pelik betul. Confuse ngan diri sendiri.)







Nota tangan ;
"Mahu sembahyang dan meeting dengan PPD hari ni jam 2.15 petang. dan jam 5petang, meeting bersama Miss Producer tersayang.. Oh! Sangat banyak kerja. Report stage 3 belum di siapkan lagi. Apa nak jadi ni.. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lecturer pelawat. Nak datang ke?

Hari ni, sekali lagi lecturer datang melihat sesi pengajaran ku.

Sekali lagi jari jemari aku sejuk dan beku. Nak pengsan. Pening kepala. Pening perut. Semua penyakit timbul. Tapi alhamdulillah, aku dapat buat yang terbaik. Dan hanya itu yang aku mampu.

Kadang-kadang, aku tidak mahu bertungkus lumus membuatnya dengan baik. Ketawa.
Ada ke orang macam aku? Ada. Aku lah. Aku bukan tidak mahukan yang terbaik. Kadang-kadang terlebih cemerlang, menyusahkan hidup aku akhirnya. Lainlah kalau ia tidak menyusahkan hidup aku, mungkin aku buat yang terbaik.
Boleh? Haha.

Semalam.
Pejabat. dalam erti kata khusus, Kak Reen call Nad. Katanya lecturer pelawat mahu membuat lawatan pembelajaran sekali lagi untuk Nad.
Tahniah kepada Nad.
Itu tandanya dia telah mendapat yang cemerlang dalam pengajarannya.
Aku? Haha.
Aku hanya buat ala kadar apabila lecturer a.k.a Ustaz Wan Zailan datang. Aku malas mahu menjadi cemerlang. Ia akan menyusahkan aku akhirnya. Senyum.

Dan sekarang, tempiasnya mengena aku. Aduhai. Nasib aku sudah membuat persiapan untuk minggu ini dengan baik. Tapi masa ada 1 minggu lagi untuk dihabiskan. Wah! Rasa teruja untuk menghabiskan praktikal ni. Tak sabarnya. Sambil menggenggam tangan dan memejamkan mata. Wahhhhh!

Minggu ni lecturer pelawat tidak datang. Adakah minggu dia akan datang? Oh! Tidak sabar ingin menghabiskan semua yang menyerabutkan minda. Hehe.

Oh! Lecturer pelawat, perlukah kamu datang menempiaskan segala kerisauan itu pada ku? Oh! Sangat malas. =(





hari yang suram ;
"Hujan pagi ni. Harap petangnya cerah. Banyak perkara yang aku kena selesaikan. hmmm..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selesai sudah, audition UP di Sg Petani.

Selesai. Done!

Bangga dengan diri sendiri. Dapat jugak aku siapkan semuanya ngan jaya. Penat tak usah nak katalah. Tahap dewa penatnya. Tapi, tak pelah. Dah namanya pun kerja. Memanglah penat. Senyum.

Sesiapa yang di Terengganu, cubalah.
Tapi kamu tak kan bertemu aku di peringkat akhir. Kerana minggu depan aku cuti. Hoooreeeyyy.. Sambil senyum sumbing. Haha. Aku harap en. Hati pengarang jantung juga cuti. Rindu padanya sudah meluap-luap. Susahnya jika berjauhan. Fuuuhhh...

Jam 12 pm kena check out dari Swiss Inn hotel.
Tapi macam nak terbang sekarang je. Haha. Boleh? Kalau boleh, tak de susah-susah aku tinggal berjauhan dengan en. Hati. Kan?

Dapat menarik nafas lega sebab semuanya dah selesai kat sini.
Audition kali ke-3 di Johor aku ade. So datanglah beramai-ramai ke Johor jika mahu jumpa aku. Haha. (Perasan! Tak de orang lah nak jumpa kamu! haha.)

Mahu lena sebentar.
Mungkin boleh buat ubat mabuk di atas bas nanti. Haha. Macamlah aku pernah mabuk. Adeh! Apa yang aku merapu ni. Mata dah mengantuk memang macam ni. Hati plak duk merindu, lagilah tak tahu apa yang ditulis.

Selamat malam. Haha.






kata hati ;
"Sayang, kamulah satu-satu lelaki yang membuatkan aku tidak dapat bertahan dengan lama jika tidak ku lihat wajah mu. Oh! Seksanya jiwa tanpa kamu. Aku rindu kamu, sayang."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Audition 1st UP di Sungai Petani


Sedang menunggu peserta mara ke peringkat akhir.
Boring jugak. Aku harap tak ramai yang lulus. Haha. Boleh ke macam tu? Aku tak laratlah nak buat kerja banyak-banyak. Haha. Pemalas punya orang.

Tetiba sangat banyak kerja.
Itu kena buat. Ini kena buat. Ada 1 perkara yang aku mahu marah ngan Miss Producer. dan Aku masih bertahan sabarnya. Alah! untuk 1 hari sahaja. Pastikan di Johor semuanya akan berjalan dengan lancar lah.

Sebelum orang datang dengan ramainya, jom kita posing dulu. ngeee...


Ramai jugak yang mara ke stage akhir.
Membuatkan kerja aku bertambah banyak. hmm.. Nasiblah.. Ustazah Pilihan ni, boleh tahan jugak.. Senyum.

Jom semua wanita muslimah, datanglah mengetengahkan bakat kamu. Aku akan menilainya. Senyum. dan ketawa kuat-kuat. Ceh! Nak nilai orang.. Nilai diri sendiri lagi bagus. Hehe.

Aku sangat penat, sebab ramai sangat orang yang datang. Mahu berehat dengan aman. Hari cuti pun tak boleh nak rehat dengan sempurna. huhu. Selamat rehat di hari cuti..





hati berkata ;
"Sangat rindukan en. Hati. Sudah lama tidak berjumpa. Harap-harap minggu depan en. Hati cuti. huhu. Sayang, aku rindu kamu. Kamu?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Oh Sungai Petani..

Berada di Sungai Petani untuk kali pertama.


Takziah buat En. Najib selaku bos.
Harap kamu dapat cepat sembuh dari sakit. Lain kali hati-hati sikit bila shooting dekat jeti. Kan tak pasal-pasal jatuh laut lagi.
Senyum. Kelat.

Maaf ku pinta buat en. Hati.
Aku bukan sengaja meng"cancle"kan date kita. Aku terpaksa.

Oh! Satu perkara tragis berlaku lagi.
Adakah ini kebetulan? Setiap kali aku buat suami aku marah or berkecil hati, pasti ada balasannya. Adeh! Berdaulatkah suami aku itu? Sedang memikirkannya dengan jelas.

Tempoh hari, aku excident dengan sebuah motor selepas kami bergaduh. Bagus! Allah tarik rezeki. Hari ni, aku jatuhkan iron ke ats hp Nad plak. dan aku langsung tidak sedar, sehingga Nad memberitahunya pada aku. Ok. Skrin hp pecah. Hp tak boleh bukak. dan yang penting, Aku memang tak sengaja. Harus diganti or di baiki balik. Boleh? Sekali lagi rezeki di tarik.

Tapi tak pelah. aku redha. Mungkin banyak lagi kesalahan yang aku lakukan. Tapi hanya ini yang di tarik oleh Allah dari aku. Kan? Sabarlah wahai hati. Allah ada bersama orang yang sabar. Ayat pujuk hati.

Oh Sungai Petani.
Datang ku tanpa rela. dan meninggalkan tragedi. Aku tidak sangka. 1 perkara lagi ditambah atas kepala ku. Susahnya.......





nota hati ;
"Sabarlah. Mungkin Allah menarik sedikit rezeki untuk memberikan rezeki yang lain, yang lagi banyak. Siapa tahu, kan?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Minggu yang menjadikan jantung aku kencang.

Minggu ni, jantung aku tidak berhenti bergerak dengan laju.

Kalau minggu-minggu sudah, aku seolah-olah releks. Macam bukan praktikal pun ada. Ketawa kuat-kuat. Tapi minggu ni, Dr. Wan Zailan selaku lecturer, mahu observe aku kat Sekolah Agama Menengah Hulu Langat..

Wah!
Rasa jantung tidak bergerak sebentar bila menerima panggilan telefon darinya. Ketawa. tapi jawapan aku tetap cool. "Ustaz nak datang ke? Boleh. Kami berdua memang menunggu Ustaz pun ni.." Wah! Jawapan berani mati tuuu.. Boleh tak lain kali jangan bagi jawapan gitu. Marah aku kepada diri sendiri. Haha.
Tak boleh! Ceh! Berlagak!

Bila selesai lecturer observe, sebenarnya bukan ada apa-apa pun. Aku sahaja je menggempakkan hati sendiri. Haha. Giler!
Minggu depan, sekali lagi lecturer akan datang. Ya Allah. Berilah aku rezeki yang baik. Amin.

Habis je di observe oleh lecturer, bergegas ke Astro untuk meeting bersama Miss Producer kesayangan semua orang. Terkejar sana sini. Sangat penat.. Tapi tak pelah. Itulah rutin yang aku pilih. Jadi aku harus menerimanya dengan rela. Senyum.

1 lagi perkara yang mengejutkan.
En. Najib sakit. Jatuh laut. Sudah membuatkan jantung aku hampir luruh. dan jantung aku benar-benar luruh sebab Miss Producer suruh aku gantikan tempat en. Najib. Wah! Habis program aku stack. Geram betul.

Mintak maaf en. Hati. Huhu.
Aku tak sengaja. Aku bukan sengaja nak cancle janji kita. Tapi aku terpaksa. Aku sangat sayangkan kamu. Tak kan aku buat kamu gelisah, sayang. Aku harap kamu dapat bertahan sampai ke bulan 12 ni.. Ye sayang... Aku tahu, kamu suami yang sangat memahami. (Walaupun kekadang kamu tak cakap kamu terasa, tapi aku tahu itu. Comey je kamu ni..) Senyum.

Sakit jantung aku bila program yang aku impikan semuanya tidak berjalan dengan baik. Nasiblah en. Hati majuk-majuk manje je hari tu.. Hehe.





hati berkata ;
"En. Hati, suami tersayang. Jangan kamu marah. Nanti, aku qada' semua yang aku janjikan. Ok kan macam tu sayang?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rindukan team IM dulu.

Meting yang dari hari Jumaat ditangguhkan.

Tangguh punya tangguh, sampai laa ke hari ini. Masih ditangguhkan lagi. Agaknya, bila mahu hadir meting yang tidak ditangguhkan plak. Ketawa.

Bekerja dengan producer yang sangat rigid.
Tapi semuanya masih dalam kawalan. Gelak. Mungkin sebab aku ni kaki ampu bila producer nak marah. Gelak kuat-kuat. Orang nak marah, mestilah kena puji lebih-lebih. Tak kan nak hot kan keadaan yang ada. Kan?

Dulu, 1 team 4 orang.
Sekarang, terpaksa berpecah. Sangat rindukan team Imam Muda yang dulu. Azhar & Deen. Nad & Aku. Sekarang, keadaannya tak sama. Tapi itulah hakikatnya yang harus aku terima. Senyum.
Tak pelah. Team dulu masih ada kat sini. (sambil menunjukkan tangan ke dada.) Senyum.

Keseronokan itu tidak ada mungkin kerana ;
  1. Tidak ada bos yang giler macam En. Najib.
  2. Tidak ada Muhidin yang menggemparkan suasana.
  3. Tidak ada Azhar yang sopan santun.
  4. Tidak ada Tijah yang membingitkan telinga pagi-pagi buta.
Yang tinggal hanya aku dan Nad. Mungkinkah mereka juga merasai apa yang aku rasa. Ketawa. Asal aku emo sangat hari ni? Haha.

Hmm.. Dah sampai masa buat kerja. Senyum sumbing. (Dalam otak, malasnya seorang aku.)




nota ;
"Kekadang perasaan rindu itu hadir dengan sendiri, bukan di pinta-pinta. Kan?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS