RSS

bukalah pintu hati mu, kawan.

Kawan,

Aku tahu, kamu tidak dapat meluahkan semua yang terpendam.
Kamu simpan.
Kamu malu.
Kamu biarkan masa yang tentukan segalanya.

Kawan.
Kekadang bila kita bukak pintu hati kita untuk orang lain.
Cinta itu akan hadir.
Ia akan hadir tanpa sebarang syarat.

Kekadang bila kita sudah membuka hati.
Bila kita sudah bertemu seseorang.
Bila kita sukakan seseorang, hati kita tidak akan meletakkan apa-apa syarat untuknya.
Hati kita akan menyukai dia seadaanya.
Hakikatnya, dia selalu menyakitkan hati kita.
Selalu membuatkan kita duduk tidak senang. Berdiri pun salah.

Tapi,
Hati kita tidak pilih semua tu.
Sebab kita dah buka pintu untuk dia.
Hati kita dah suka dia.
Kita kekadang pelik, kenapa kita suka dia. Tapi itulah hakikatnya.
Hati kita suka dia.

Tapi, sebelum kita bertemu dengan orang yang akan kita suka, kita kena buka pintu hati dahulu.
Bila kamu tutup untuk kehadiran orang lain, nescaya kamu takkan jumpa sesiapa pun yang kamu suka.

Kawan,
Bukalah pintu hati mu.
Untuk bakal pasangan mu kelak.






nota dari aku ;
"Kawan, aku selalu doakan kamu.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kawal perasaan marah itu.

Kerja yang dilakukan sekarang.

Sedang mengedit sedikit lagi asigment Pendidikan Global yang aku pelajari dalam bahasa arab dengan jayanya ini hingga pening. Otak yang aku miliki sekarang senang tepu. Penuh. dan Full. Mungkin aku sudah tua dan semua screw jugak semakin lama semakin longgar.

Keadaan jiwa.
Kacau. Kucar kacir. dan tidak stabil. Maki hamun hanya berlegar di dalamnya. Sepatah pun tidak terkeluar. Aku terasa sangat ingin memarahi semua benda yang ada di sekeliling. Tapi menyalahkan benda yang ada di sekeliling bukanlah perkara yang terbaik.

Diam dan senyum. Mungkin boleh melegakan hati.
Perlukan seseorang untuk menangis dan mengeluarkan sisa-sisa kesakitan yang terpendam. Dan menjumpai mangsanya. Walaupun tak ku luahkan padanya situasi ku sekarang, dia tahu aku tidak stabil. =)

Aku : "Boleh aku ganggu kau 5 minit."
Kawan : "Boleeeeeeh."
Aku : "Aku ganggu?"
Kawan : "Taklah. Tak ganggu pun. Kenapa.?"
Aku : Diam.
Kawan : "Are u ok?"
Aku : Tidak menjawab soalan tu. Diam. Lantas manik jernih menuruni pipi.
Kawan : "???"
Aku : "Terima kasih. Aku dah lega."
Kawan : "Sama-sama kasih."
Dan kami sambung bergelak ketawa. Dia selalu buatkan aku tersenyum. Senang.

Sebenarnya, kenapa aku harus marah, sakit, tertekan dengan semua yang ada?
Hmm. Ubah mood sekarang supaya aku akan still awet muda. Ketawa sendirian. Pujuk hati sendiri adalah salah satu tugas yang diwajibkan oleh diri sendiri. Kenapa? Kerana aku tidak perlukan sesiapa pun untuk memujuk aku. Mungkin aku merasakan bahawa tidak ada sesiapa yang memahami diri aku yang sering dikatakan pelik. Ketawa.

Hati sudah dipujuk. Lega.
Dan boleh tersenyum bahagia kerana berjaya mengawal emosi dan api kemarahan dengan baik. Bangga menjadi diri sendiri. Ketawa kuat-kuat.






nota ringkas :
"Mengawal marah, sangat susah. Bila berjaya mengawalnya. Rasa seperti, "kenapa aku perlu marah-marah? tidakkah marah menyebabkan aku tua?" Lalalala~. (kata orang yang tak boleh terima hakikat diri tu sudah tua.) Haha. Ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pelik.

Assalamualaikum.

Status diri : sangat penat dan kepala berpusing-pusing.
Sudah masuk seminggu kepala ni berpusing-pusing. Berpinar-pinar. Pening. Sakit kepala. Lenguh badan. dan sekarang, terasa mahu makan asam plak. Haiissshhh... Orang lain yang preggy aku yang dapat bahangnya. Ketawa.

Kepada Puan Farha.
AKu sudah mengambil sedikit alahan kamu. Jadi, kamu usah alahan sangat. Boleh ke macam tu? Ketawa. Kalau boleh, mahu jugak ambil sikit. Kesian Puan Farha alahan dengan teruk. Hmm... Tapi kamu perlu bertabah tahu? Supaya "Aleesya Fasiha" kita akan cantik. Senyum. Maklumlah kita kan "sekulit".

Terasa terkilan dan berjauh hati.
Meminta sesuatu dengan en. Hati. Tapi ditolak dengan baik dan cara yang berhemah. Haha. Itu pun atas sebab-sebab tertentu. Tapi tetap juga terasa berjauh hati. Haha. Dasar manje. Alah, apa salah sekali sekala bermanja-manja kan?

Sebenarnya, seminggu ini, terasa sangat pelik dengan diri sendiri.
Entah kenapa. Aku cepat sangat terasa. Cepat sangat merajuk. Senang sangat menangis. Cepat penat. Cepat letih dan Terasa pusing-pusing.

Conclusion aku sendiri.
Mungkin aku perlukan banyak-banyak rehat. Kerana kerja-kerja yang menimbun dan masa yang tidak mencukupi menyebabkan masa rehat aku terabai. Mungkin. Ketawa. Perlu mencari masa yang sesuai atau pun tak sesuai untuk aku berehat. Boleh ke macam tu?







Nota ringkas :
"Oh, bonda. Saat begini, sangat rindukan kamu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1st time Aqeef di clamp.

Salam pagi-pagi hari untuk semua.

Oleh kerana aku dah tidur dari lepas maghrib sehingga jam 11.30pm. Mata ku kini masih cerah. Aku baru je sampai kolej. Dari rumah Nad, menyiapkan RPH yang sudah lama kami plan untuk siapkannya. Hmmm, hari ni baru laa siap. haha.

Tahniah untuk kami berdua.

Jam menunjukkan pukul 2pagi.
Aku ngan Nad berlenggang ke arah Aqeef. Tapi mulut ku sudah becok bertanya itu ini pasal clamp. Aku berterus terang, aku tak de duit. Kalau kena clamp, mana aku nak cari duit. Dan masin mulut aku. Aqeef di clamp. Kesian Aqeef. Tapi kesian mama lagi. Mama tak de duit langsung nak tebus Aqeef.

Inilah kertas yang ditampal pada cermin pintu Aqeef. Habis double sided dia melekat pada cermin Aqeef. Mahu marah. Tapi, entahlah. Aku tidak marah. Mungkin ini adalah salah ku. Huhu.



Berbekalkan duit 20sen, aku beriringan ke pondok keselamatan.
AbangGuard yang hensem lagi manis, marah ber'round'-round dan bertubi-tubi menembak ku dengan peluru yang tidak punya kelongsongnya. Aku mampu diam. Tidak tahu mahu menjawab apa. Kerana sememangnya aku langsung tidak mampu untuk membayarnya dan ia memang salah ku.

Menceritakan cerita yang betul adalah lebih selamat.
Setelah memberitahu tentang keadaan diri yang memang pokai tahap dewa.. Air mata mengalir. Sedih. Sudah lama ku tahan mutiara jernih ini daripada keluar. Agar aku dapat menjadi wanita yang tabah. Tapi akhirnya aku tewas. aduhai.

Setelah lega, aku mendengar lagi se'round' ceramah free oleh Abang Guard di situ. Pasrah jela. Dah buat salah, memang macam ni. Huhu.

Alhamdulillah. Abang Guard di sana sangat baik. Ini adalah 1st warning dari mereka. Jika aku buat lagi, tiada maaf bagi mu. Seram jugak aku mendengarnya. Huhu.

Ayat yang membuat aku ketawa dalam menangis tadi.
"Adoiii, panggil aku abang. Terasa muda balik. Dahlah gigi depan takde. May be tak nak tumbuh-tumbuh lagi. Muda lagi rupanya aku ni..."

Aku panggil dia abang ke? Aku pun kurang pasti. Menggaru kepala yang tak gatal. Ketawa. dan senyum...






nota kaki ;
"Lain kali, mahu masuk rumah orang, mintak izin dulu dan cakap elok-elok. Jangan main serbu je. Inilah padahnya."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

semua keje perlu disiapkan segera.

Situasi semasa ; Pening. Berpusing-pusing.

Dari semalam lagi pusing-pusing, berpinar-pinar kepala ni. Apa nak jadi lah ni...

Sedang menyiapkan asigment sambil kepala berpusing-pusing. Terasa banyak laa plak yang belum disiapkan dengan baik. Ketawa.

Perlu menyenaraikan apa yang perlu disiapkan terlebih dahulu.
Masa semakin suntuk dan semua kerja perlu disiapkan dengan kadar segera.
Hisshh.. Tu lah padahnya jika kerja suka ditangguhkan.

Bukan aku sengaja menangguhkannya. Tapi masa yang suntuk dan tidak mencukupi untuk orang macam aku menyebabkan aku kelam kabut. Agak-agaknya, aku perlukan pembantu barangkali. Ketawa.
Siapa volunteer mahu menjadi pembantu ku tanpa gaji.
Angkat tangan. Senyum.
Pastinya tiada. Aku tahu. Haha.

Hm, jom bertekun untuk menyiapkan kerja. Supaya kelak aku tidak lagi kelam kabut. Ketawa.






Nota hati ;
"Hairan, tetiba en. Hati diam. Aku rasa dia merajuk. Hm, alamak. Aku bukan jenis wanita yang pandai memujuk. Macam mana ni.?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malasnya nak pegi BLM. Boleh?

Assalamualaikum.

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Minyak naik lagi. Hmm, Betul laa slogan "Rakyat di dahulukan" tu. Setuju dan tidak ada yang membantah. Bagus dan Syabassssss untuk PM kita. kan!

Aku akui beberapa minggu kebelakangan ni, aku sangat busy. Aku rasa, semuanya kelam kabut. Aku rasa semuanya pening. Aku rasa semuanya tak terurus. Tapi.... Aku masih jugak cool dan releks.. Boleh? Kerja gila!

hmm.. Hari ni, Bengkel latihan mengajar (BLM).
Kalau diikutkan hati, malasnya aku nak pergi. Jam 7.30am, hp berdering. Nada dering hp aku sekarang, aku tak tahu lagu apa. Hentam jelah. Tapi yang tertera nama "Azhar". Apa plak mamat ni nak pagi-pagi. Detik dalam hati.

Bercakap 15 minit.
Ok. Aku bangun. Mandi. dan bersiap. Haha. Dan terus ke BLM.
Dalam hati, Allah je tahu betapa malasnya aku. Ceh!

Suasana di BLM.
Meriah. Semua berpakaian seolah-olah kami ade seminar perguruan. Kemas. Hensem. Cantik. Semua nampak macam seorang ustaz dan ustazah. Ketawa. Dan dah tiba masanya aku akan bergelar "Ustazah" dalam erti kata sebenar. Mungkin "Ustazah Moden". Haha.

BLM, banyak memberi ilmu pada aku dan aku dapat mengetahui banyak perkara realiti di sekolah yang akan aku hadapi. Mungkin pengalaman kali ni berbeza dengan pengalaman dulu semasa aku mengajar di sekolah rendah.. Kerana kali ni, aku bakal tempuhi pengalaman untuk mengajar di sekolah menengah.

Dapatkah aku buat dengan baik?
Aku pun tak pasti. Tapi, yang aku tahu, lepas ni, apa nak jadi, jadi lah. Haha. Ketawa. Ambik mudah dan jangan fikir banyak-banyak. Senang kan. Susah ke senang ke, life must go on jugak. So ambik mudah lagi tidak memeningkan kepala aku.

Ketawa.

Dalam BLM, aku terfikir sesuatu.
Tinggal 2 minggu lagi aku bergelar pelajar. Selepas ni, tak de lagi istilah pelajar. Bahkan bertukar menjadi istilah pengajar. hmmmm...






nota ringkas di hari yang malas ;
"Menjadi seorangg "ustazah" adalah tugas yang mencabar. Bolehkah aku melaluinya dengan berjaya?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday, Puan Farha.

Assalamualaikum.
Salam mesra penuh mahabbah untuk semua.

1 April 2011
1st time ucap Happy Birthday pada kamu dengan gelaran Puan.. Kalau selama ni, asik ucap Happy Birthday Cik Farha.. Sekarang dah naik pangkat dah. Hehe.

Semoga selamat semuanya, Puan Farha. :)


Happy birthday Puan Farha.
Semoga Panjang umur. Murah rezeki. Dan dirahmati oleh Ilahi.
Semoga hidup kamu sentiasa dipenuhi dengan rahmat dan keberkatan dari Allah selamanya.

Birthday kali ni, may be sangat-sangat bermakna buat kamu.
Ia bermakna dengan kehadiran orang ketiga itu.
Tahniah aku ucapkan. Aku tumpang gembira dengan perkembangan kamu sekarang.
Dan maknanya, tahun ni, anak aku bertambah lagi laa sorang. Senyum busuk.

Semoga kamu boleh menjadi ibu yang mithali dari sekarang lagi. Senyum.


Aku wish,
Kamu jaga diri kamu dan baby gurl aku itu. (ceh! tak malu mengaku. Haha.)
Jangan lupa cari siap-siap nama. :) Atau mahu aku namakan dia? Lalala.
Rehat banyak-banyak. Fikir benda yang ringan-ringan. Masalah, handle betul. Selalu senang hati dan gembira. Buang jauh-jauh susah hati.
En. Suami jauh dari kamu. Jadi kamu kena kuat demi baby gurl aku itu.
Ingat. Jaga baby gurl aku itu dengan baik, yer sayang.
Ketawa terbahak-bahak.

Selamat menjadi ibu, sayang.
Pastikan kamu adalah ibu mithali. Sama ada sekarang atau masa akan datang.
Senyum.








Nota Bahagia;
"Aku sangat bahagia melihat kamu bahagia. Jagalah diri kamu, kawan. Aku mahu melihat kamu sentiasa sihat dan tabah.. Aku tahu, kamu boleh mengharungi segalanya. Aku selalu sokong apa yang kamu lakukan. Senyum. Senyum manis ini ku hadiah kan pada mu sempena hari yang bersejarah ini.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS