RSS

kekerapan balik kampung.

Salam Ahad kepada semua.
Sedang berehat-rehat atau membawa family atau aweksss bersiar-siar?
Ketawa.

Situasi aku saat ini : Sedang termenung.
Otak aku serabut. Jiwa aku kacau. Banyak sangat kot "setan" yang datang memberi nasihat dan sedang memujuk rayu. Menyebabkan aku ada saja perkara yang menyebabkan aku mahu marah. Senyum untuk meredakan segala kekusutan yang ada.

Kerja.
Banyak. Bertimbun-timbun. Tidak menang tangan untuk melakukannya. Dan kekadang aku sendiri confuse yang mana satu perlu aku dahulukan. Ketawa. Memang macam tu ke kalau perempuan banyak keje. Senyum simpul.

Minggu depan.
Mahu berjumpa adik-adik dan family. Eh, bukan minggu depan. Jumaat ni.
Sekarang kekerapan untuk balik kampung bertambah. Ketawa. Kenapa? Aku pun tak tahu kenapa aku kerap sangat balik kampung. Senyum. Makin ingin aku menamatkan pengajian ku, semakin kerap aku pulang ke kampung. Ada apalah yang membuatkan aku ingin pulang ke kampung sekerap yang mungkin. Ketawa. Ntah. Malu-malu kucing plak.

Mak, Ayah, Adik-adik.
Ya, mereka ada di kampung. Kalaulah kampung aku dekat, tiap-tiap minggu aku balik. Terasa ingin menolong mak mengemas rumah. Kesian emak sorang-sorang di kampung. Sayu laa plak hati ni. =S

Adik-adik yang sudah semakin besar. =) Terutamanya yang bongsu itu. =p


Senyum.
Keindahan kampung. Kemesraan adik-adik. Senyuman ayah dan mak. Oh, sungguh aku mahu pulang sekarang. Ketawa sedih.

Kekerapan aku pulang ke kampung adalah berselang 2 minggu. Ketawa.
Kerapnya. Kerja giler. Kalau tidak dapat membawa Aqeef pulang, aku akan mintak khidmat pemandu berbayar rm40.00 perjalanan sehala. Hehe.

Aqeef, anakku.
Takpe kan. Kalau mama tinggalkan Aqeef sebentar. Mama masih berfikir mahu membawa Aqeef pulang atau mama pulang bersama kakak sahaja. Aqeef jangan sedih sebab mama bawak kakak je balik. Senyum. Nanti sampai giliran Aqeef balik, kita balik sama-sama yer. Sayang anak mama. =)






nota hati ;
"Bersediakah aku? Aku tidak ada jawapannya sekarang. Termenung sambil menongkat dagu."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengalaman.

Pengalaman yang comel.


Mengajar budak dan warga emas, adalah sama layanan.
Mesti sabar dan senyum memanjang.
Ketawa.
Seronok plak aku rasa. Hati terhibur.
Senyum.

Mahu menyiapkan kerja yang menimbun.
Sambil tersenyum mengingatkan anak-anak murid yang comel-comel soalan yang diutarakan oleh mereka.

Senyum.
Caucincau.





Nota ustazah ;
"Mesti menjadi ustazah yang kreatif untuk menarik minat pelajar. Kan?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rutin kembali ke asal.

Salam bahagia dan salam hebat-hebat semua.


Setelah lama berehat dan menanam anggur yang buahnya tidak juga masak hingga ke saat ini, aku mula dengan rutin baru. Busy menyelesaikan semua perkara. Baik busy dari diri berada di dalam bilik, memikirkan semua perkara yang sangat menyesakkan minda. Malas mahu ingat orang. dan malas mahu memikirkan semua perkara yang tidak patut-patut. Ketawa.

Sekarang.
Mahu menyiapkan silibus Imam Muda sesion 2. Melihat buku yang banyak menimbun, membuatkan aku rimas. Banyaknya lah Imam Muda sesion ni nak belajar. Ketawa. Memang patut pun. Kerana mereka bakal imam. Jadi, mereka perlu tahu semua ilmu yang ada. Biar mereka susah. Senyum jahat.

Tak pe. Jangan bimbang wahai Imam Muda sekalian.
Kamu adalah insan yang terpilih. Jadi perkara yang aku mahu letakkan di dalam buku ini, hanyalah sedikit cebisan ilmu yang telah kamu belajar. Bersedialah mengaplikasikan ilmu itu nanti. Ketawa.

Tuan Asmawi adalah bos yang baik. Senyum.
Meeting bersamanya, tak sedar masa berlalu. Ok. Siapkan apa yang patut-patut. Kerana aku tidak punya masa sekarang. Hmmm, macam tak cukup je masa ni... Takpe. Cuba sebaik mungkin. Senyum.

Harap dapat segera menyiapkannya.






kata hati ;
"Seronok jugak kalau asyik fikir pasal kerja. Takyah susah-susah nak fikir benda lain."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Latihan mengajar.

Situasi.

Surat latihan mengajar sudah keluar. Sekolah sudah ditetapkan. Suratnya juga telah diambil.

Sekarang.
Tiba masanya untuk melihat sekolah plak. Kecik ke besar sekolahnya. Jauh ke dekat sekolahnya. Macam-macam persoalan lagi timbul kat fikiran yang sedang kacau dan bercelaru ni. Macam banyak sangat je perkara yang nak kena fikir. Ketawa.

Latihan mengajar.
Aku harap, aku dapat buat dengan baik. dan aku sangat berharap, aku dapat bersedia sebelum aku sampai ke sekolah sana.

Bila dah tengok sekolah. Dah tengok rumah yang aku bakal diami, aku rasa sudah lega. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Allah luruskan perjalanan hidup aku yang penuh dengan liku-liku sebelum ini dengan memudahkan aku saat-saat akhir aku di sini. Alhamdulillah, syukur pada Ilahi.

Perancangan Allah, aku tidak tahu.
Aku merancang itu dan ini. Tapi Allah juga punya perancanganNya. Mungkin perancanganNya adalah lebih baik untuk aku. Apa yang aku harap, perancangan aku dimakbulkan oleh Allah semuanya. dan setiap langkah ku, Allah akan iringinya dengan penuh keberkatan.

Apa yang berlaku sekarang, aku hanya berserah.
Usaha sudah ku lakukan. Doa sudah ku panjatkan. Sekarang, aku hanya bertawakal dan berharap semuanya menjadi satu kenyataan. Senyum.




nota kecil ;
"SAM Hulu Langat, tunggu kedatangan ku. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Antara Ustaz dan Hakim, mana kamu pilih?

Salam penuh mesra sambil tersenyum manis kepada semua.


Mood : Mengharapkan en. Hati dapat memilih dengan baik.
Siang tadi, panggilan dari nya ku jawab dengan penuh semangat. (Bukankah selalunya begitu?) Ketawa. Katanya result SPA telah keluar. Dan dia adalah salah seorang yang berjaya mendapatkan jawatan yang dipohon itu. Pegawai Syariah = LS41 = Hakim. (betul ke? Ntah. Rasanya dah betul sebutan tu. haha. Senyum simpul.)

Aku tidak tahu untuk mengulas dengan baik.
Dan aku juga bukan seorang pengulas yang baik. Aku akuinya. Tapi jika ditanya apa pendapat ku, antara menjadi seorang Pegawai Syariah a.k.a Hakim dan menjadi seorang guru tahfiz + arab, aku pasti aku tidak dapat memilih dengan baik. Kerana kedua-dua jawatan itu sangat baik untuk aku pilih.

Ya. Aku akui, aku sedikit failed di dalam bab memilih. Ketawa.
Tapi, jika difikir-fikirkan, mungkin aku memilih untuk menjadi guru tahfiz + mengajar bahasa arab. Kenapa dan mengapa? Pendapat ini, bukan terjadi kerana aku adalah seorang bakal guru. Tapi ia adalah pendapat semata-mata. Tidak ada kena mengena antara hidup dan mati.

Pertama.
Menjadi seorang guru adalah tugas yang mulia.
Untuk menyampaikan ilmu bukan semua orang dapat melakukannya. Tidak semua orang ada bakat untuk menjadi guru. Aku tidak menunding jari kepada sesiapa. Tapi untuk menjadi seorang guru, ia adalah anugerah semulajadi. Jika dia tidak dianugerahkan oleh Allah dengan bakat seorang guru, mungkin dia mempunyai minat menjadi seorang guru. Barulah dia akan menjadi seorang guru yang baik.

Adakah en. Hati mempunyai bakat atau minat?
Aku bukan ingin memuji kamu. Kalau kamu dapat menjadi fasilitator yang terbaik, bukankah kamu juga akan menjadi guru yang baik?

Ok. Berbalik kepada tugas guru yang mulia. Ya. Sangat mulia aku kira. Kenapa? Kerana tak semua orang dapat melakukannya. Ia adalah amanah yang berat yang hanya segelintir sahaja dapat memikulnya.

Kedua.
Menjadi seorang guru, pahalanya akan berterusan hingga ke akhir hayat.
Contohnya, Jika kamu mengajar pelajar kamu, dan pelajar kamu menyampaikan kepada anak nya. Anaknya juga semestinya akan mempunyai anak. Jadi anak nya mengajar kepada anaknya. Bayangkan berapa banyak pahala yang mengikut kamu, jika ilmu Allah itu terus berkembang kerana kamu?
Bayangkan.

Ketiga.
Guru tidak glamour.
Aku tidak suka hidup dalam glamour. Aku boring semua manusia memerhatikan semua pergerakan ku. Aku bosan manusia mengambil tahu tentang rutin harian ku. Aku jemu untuk berdepan dengan manusia yang suka menjadi tepi kain orang. Jika menjadi seorang guru, hidupnya tidaklah se'glamour' menjadi seorang Hakim.

Keempat.
Guru hidupnya simple.
Maksudnya, tidaklah kompleks dan memerlukan pemerhatian yang umum. Cuma perlu kreatif dari semasa ke semasa. Dapat hidup dengan aman dan sentosa dan dapat menikmati hidup bekeluarga dengan baik.

Kelima.
Sebenarnya, aku sudah penat menyenaraikan banyak sebab. Mungkin kamu boleh menyenaraikan sendiri semuanya. Senyum.

Aku sangat berharap, en. Hati dapat memilih yang terbaik di antara yang baik.

Kamu,
Aku akan selalu menyokong kamu, walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Sama ada kamu memilih apa sekali pun. Bidang apa sekali pun yang kamu lalui. Aku tetap akan berdiri disebelah kamu. Dan aku tidak sekali-kali akan membiarkan kamu sendirian. Pilihlah yang mana yang terbaik antara yang baik. Aku akan menerima segala yang kamu putuskan.

Dan ingat sayang, jika kamu sudah memilih salah satu daripadanya, kamu tidak boleh memandang ke belakang lagi. Dan kamu harus meneruskan langkah kamu walaupun ia sukar. Sekarang, kamu punya masa untuk memilih. Pilihlah yang terbaik. dan istikarah lah, memohon petunjuk kepada Allah. Kerana Allah ada segala petunjuk yang kamu mahukan sayang...





nota hati ;
"Hati sangat bimbang dan berdebar-debar menanti keputusan kamu. Sabarlah wahai hati. Bagi dia putuskan sendiri tanpa sebarang desakan. Yakinlah, dia pasti tahu apa yang dia lakukan. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Abadikan kenangan yang terukir.

Salam mahabbah dan kasih sayang untuk semua.

Hari yang aku kira sangat sesak dengan jem.
kL memang macam ni kot. Haha. Ketawa sebesar-besarnya. Bukankah aku sudah lama mengetahuinya?

Setiap hari Selasa adalah hari yang indah.
Kerana aku tidak perlu menempuh kuliah-kuliah yang ada dan kadang kala membosankan. Ketawa. Benarkah kelas itu membosankan? Ntah.

1 mac 2011.
Bermulalah rutin yang biasa. Busy dengan semua kerja yang ada.
Hari ini, aku penuhi rutin harian dengan baik. Mengisi masa tidur pagi dengan menempuh jem yang amat memenatkan. Mengisi masa yang terluang dengan memberi ilmu kepada orang-orang yang patut di ajar. Alhamdulillah. Ilmu itu dapat jugak aku kongsi dengan siapa yang berminat untuk mengetahuinya.

Jam 5 petang selepas mengajar anak-anak di Seksyen 16.
Menepati janji dengan membawa Asma dan Qilah ke Taman Tasik Perdana. Janji tetap janji. Perlu dikotakan. Memang agak penat. Tapi tidak mengapa. Ia menghilangkan stress yang berat di bahu. Senyum.

Gila dibuatnya jika kami bertiga jumpa camera. Memanafaatkan kegunaan hadiah hari jadi pemberian diri sendiri, iaitu Sony Ericson w705 dengan baik apabila bateri camera Si cantik manis Qilah sudah kehabisan. Ketawa.
Bergambar sampai bateri sudah habis dan masih sambung dengan camera lain?
Ish3. Memang hantu. Ketawa kuat-kuat.

Kawan.
Terima kasih semua atas kenangan yang terukir.

Cantik.... bunga. Ketawa.

Sudah lama tidak publish gambar sendiri. Terasa malu merona di pipi. Senyum simpul.


Oh, saat ini pasti tidak akan terulang lagi. Simpanlah ia menjadi kenangan beku yang harus kamu ingati. Ya, mengingatkan aku, si tua yang pelupa. Ketawa.


Saat yang ada ini, harus diabadikan sebelum semuanya akan berakhir. Bukan?


Mahu abadikan di sini kegilaan yang melampau siang tadi. Ketawa.





Nota orang penat :
"Qilah, Lain kali charge bateri camera penuh-penuh. Ketawa. Esok perlu menyelesaikan asigment yang tertangguh. Tidak boleh main-main lagi. Faham? Ketawa."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jauhnya aku bawak Aqeef berjalan.

Salam penuh penat dari aku.


Perjalanan yang aku kira menyeronokkan. Tapi mak aih, 12jam + 24jam berada di atas jalan, adalah perkara yang memang menyesakkan otak. Dan juga sangat-sangat penat. Di tambah pula dengan aku yang terkena penyakit perempuan, menyebabkan seluruh badan aku lenguh dan pinggang ku sakit dengan tidak terkata. Mahu saja aku menangis, tapi malu dekat orang sebelah lah plak. Aku tahankan tangis itu.

Dari KL melalui Perak melalui Kelantan. Akhirnya sampai di Terengganu. Kemudian ikut family ke Kelantan balik. Esoknya dari Terengganu melalui Pahang melalui Johor melalu N9 melalui Selangor untuk sampai ke kL. Last-last, sampai jugak kL akhirnya.

Setelah melalui perjalanan yang panjang ini, aku memang rasa sangat-sangat penat. Aduh. Macam surrender dah. Tapi terpaksalah. Ketawa. Tapi tak pe. Aqeef anak yang baik. Dia tak merungut. Dia taat je. dan menjaga mama dan papa serta kak Asma dengan baik. Senyum.

Dalam perjalanan balik ke kL, banyak sangat tempat persinggahan yang perlu di singgah. Mungkin kerana itu yang menyebabkan dari 7 - 8 jam menjadi 23 - 24 jam. Ketawa.

"Kalau kita nak balik kampung, kita kena bagitahu nak balik lewat 2 hari. Sebabnya perjalanan macam ni yang menyebabkan kita sangkut. Berhenti sana. Berhenti sini." Bebelan aku di sambut dengan senyuman dan dendangan lagu nasyid. eh3. Boleh plak macam tu. Comel betul.

Aqeef dah sedikit comot. Bukanlah sangat comot. Tapi sedikit comot. Malas plak mahu di manja-manjakan Aqeef. Tapi warna nya yang sama dengan kakaknya menyebabkan aku berfikir 2x untuk tidak memberi penjagaan rapi kepada Aqeef. Susah jugak kalau ada anak yang manje macam mereka berdua. Pening mama, tau. Ketawa.

Mahu menyelesaikan banyak perkara ni. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Amin.




kata aku yang penat :
"Harap Allah memberikan aku rezeki yang baik bila aku ade Aqeef. Senyum."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS