RSS

selamat berbahagia, Prince.

akhirnya selesai jugak. alhamdullillah.
kini tudung orange kegemaran ku bertambah serinya yang dulu malap dan kian pudar. dan kini ku serikan dengan octant yang menyerlahkan penarik diri anda.
senyum.
puas hati barangkali.

ku on kan Didi yang setia di meja.
kesian Didi keseorangan.

ligat tangan cantik ku menekan keyboard memasukkan email dan juga password. (dasar perasan yang tiada kesudahan! haha.)
aku on kan FB ku yang tidak kugemar sangat. (ayat apakah ini?) senyum.

tetibe teman lama menyapa.
mengusik. seperti kebiasaannya.
tidak berubah-rubah, bentak hati kecil ku, sedikit marah.
marah-marah manje, mungkin.
senyum lagi pada Didi.

tibe-tibe kisah lama terungkai.
1001 persoalan muncul.
dan 2002 jawapan terkeluar.

"kau macam mana kenal princess?"
"ntah. cinta pandang pertama laa katakan."
"eh, boleh main pandang-pandang pertama ke? dah lama kenal kot. dari diploma lagi."
"dulu aku tak pandang dia. sekarang baru aku pandang."
"yela. dulu kau asyik pandang permaisuri je. bukan nak pandang princess pun."
"aku kan setia pada yang satu."
"kau bukan setia pada yang satu."
"habis tu?"
"kau degil.! tak nak dengar cakap aku. tahu?"
dia gelak sakan.
"apa kau ingat aku jealous ke?"
sekali lagi tawanya menghias ruang.
"aku ingat kau kawan baik en. Hati aku je. kalau tak, malas aku nak nasihat."
"tak pe. itu kesah lama. sekarang aku bahagia."
"apa yang kau suka tentang princess?"
"sama seperti kau cakap. dia kelakar. itu yang aku suka. dulu aku tak pernah pandang mata dia. bila aku pandang mata dia, dia pandang mata aku. kami bertentang mata. lalu, kami jatuh cinta."
"wah! kau dah pandai jiwang karat sekarang ye?"
sama-sama kami ketawa.

jatuh cinta bukanlah sesuatu yang mudah. tapi bila sudah jatuh cinta, bahagialah yang diharapkan.

aku lega.
hembus nafas perlahan-lahan.
ntah kenapa aku bimbangkan dia.
mungkin dia kawan ku. dan jugak kawan baik en. Hati.
atau mungkin juga disebabkan dia telah memilih orang yang aku tahu bakal akan mengecewakannya satu saat nanti.
dan kini ia menjadi realiti.
tapi aku tidak dapat berbuat apa-apa saat itu.

satu patah kata ku, dia hiris tajam.
semua perkataan ku, dia sepak terajang.
semua nasihat ku, dikatakan aku dengki.
tapi kini baru kau mengerti.
aku tidak dengki. aku tidak sedikit pun mahu menjatuhkan kawan. bahkan aku tidak sedikit pun mahu memusnahkan kebahagian. yang aku takut, kau ketemu kekecewaan.
senyum.

semoga bahagia bersama. =)


"aku harap kau bahagia."
"kau juga."
"aku dah 7 tahun bahagia, prince."
"aku baru 4 tahun."
hilai tawa bersatu. gemersik. bunyinya hanya nada tawa yang bahagia.


aku doakan kau bahagia, prince.
aku juga doakan agar kau tidak lagi kecewa seperti waktu dulu.
aku faham erti sakitnya kecewa.
kini aku boleh bernafas lega. (selama ini aku sesak nafas ke? haha.)

aku harap Allah akan mengurniakan seluruh kebahagiaan pada mu, prince.
dan Allah akan memelihara kebahagiaan itu hingga ke saat-saat akhir hidup mu.



kata hati : "kerana aku juga sudah merasai bahagia itu. bahagia itu umpama langit tidak berawan. luas terbentang tanpa sebarang titik kesedihan dan kedukaan. hanya hilai tawa yang kelihatan."
kata sebelah hati : "huh! tapi kekadang kau juga merasa tidak bahagia bukan?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

pagi-pagi lagi dah dengar bunyi bising.

aku menarik nafas dalam-dalam.
menghembusnya perlahan-lahan.
ku bukak mata. ku tutup mata. leher terasa lenguh.
apasal tak nampak ni? adeh.
rupanya cermin mata kat tepi, bukan kat mata. haha.

Nad dan Nana, nampaknya sedang bertungkus lumus menyiapkan skrip untuk Family Sarjana untuk Astro Oasis.
senyum.
rajin, detik hati ku.
memang laa kena rajin. hari ni kan recording 3 episod.
aku senyum lagi.
sudah lumrah. keje memang macam tu. nampaknya ia akan berlarutan sehingga 13 hb December ni. biasalah. tak kan tak tahu Astro macam mana. kepuasan pelanggan di dahului. walaupun aku rasa macam tak puas hati pun. haha.

ketawa.
melihat Nana yang terkebil-kebil mendengar bebelan Nad.
aku tahu, niat Nad baik.

"kau Nana, jangan laa lembut sangat. kau selalu tak depend diri sendiri. Semalam semua orang salahkan kau . padahal kau tak salah pun."
"aku dah depend la."
"kau memang cakap kau depend. tapi hakikatnya kau depend lemah gemalai."

aku sampuk.
"kalau kau buat macam ni tetiap hari Nana, mati laa kau Nana kena pijak ngan semua orang. content ada kat tangan kau. so kau ade kuasa. kau kena gunakan kuasa yang ada. kau faham?"

Nana diam.
aku tahu, Nad kesian kan Nana sebab asyik kena marah. sebab tu Nad asyik membebel. bebel tanda nasihat. aku pun kesiankan Nana. keje satu team, memang laa kena macam tu. aku tak nak Nana kena marah lagi.

aku harap Nana boleh menjadi seorang yang tegas.
yang orang lain tidak akan pijak kepala nya.
biarpun dia lembut, tapi orang lain tak berani nak berkasar dengannya.
aku harap.
aku berdoa.

kekadang, kita tak boleh terlalu lemah lembut ngan orang.
kekadang, lemah lembut di perlukan jugak dalam perhubungan.
bak kata pepatah melayu, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali."
sekali pun kau nak berlembut, nak buat baik, biarlah berpada.
benar.
aku setuju ngan pepatah itu.

aku wish, Nana dapat buat yang terbaik untuk hari ini.
aku doakannya.
insyAllah, Allah perkenankannya.



kata hati : "sebenarnya, biar orang kenal kita garang, baru orang tak berani tindas. walaupun hakikatnya kita sebenarnya bukan laa garang sangat pun. baik lak tu. haha."
kata sebelah hati : "eleyh. kau memang dah sedia garang pun. haha."

aku senyum sendiri.
chaiyok3 Nana.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

aku tak marah.

marah.

semua manusia tahu marah.
termasuk aku.
tipulah kalau aku cakap, aku tak pernah marah.
203% tipu.

bagi aku, perasaan marah adalah fitrah. adalah lumrah. kalau kamu tak pernah merasa marah, itu tandanya kamu tidak mempunyai deria yang cukup. haha. betul ke deria. aaah. lantaklah.

sms dari en Hati bertanya apakah yang aku sedang lakukan sekarang.
ku biar tidak terjawab.
sebentar kemudian.
masuk lagi satu sms. bertanya. "Yang, u marah i ke?"

masih tidak dijawab.
bisu 1000 bahasa.
kenapa perlu mendiamkan diri. kelu. bisu. jika kamu tidak marah?
soalan itu ada jawapannya pada aku. haha.
sengaja aku diamkan diri.
membatu.
sambil tersenyum melihat hp.
giler!
ketawa sendirian.

pergaduhan semalam.
aku tak marah.
serius. aku tak tipu.
aku cuma terkilan. mungkin juga kecewa. ataupun geram + sedih. mungkin.
tapi aku sedikit pun tak marah.
percayalah.
aku senyum. senyum pada kamu. senyum pada diri sendiri.


"Sayang, aku tak marah kamu. Diam ku kerana.... aku malas nak turun beli topup. tarikh baki kredit ku dah luput. yang tinggal hanya kredit. tarikhnya tiada."



kata hati : "aku sayang kamu. manakan aku sanggup marahkan kamu kerana perkara yang remeh temeh seperti itu."
kata sebelah hati : "eleyh. macam aku tak tahu, kamu nak marah dia. tapi kamu tahan je."

aku senyum.
sambil menongkat dagu.
dalam hati ada cinta.
ketawa.
bahagia.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kenapa boleh jadi tersangat banyak?

selamat tengah malam.

selamat supper pada sesiapa yang supper.
kepada yang jaga body, selamat menjaga body.
jangan makan malam. nanti gemuk. haha.

aku baru sahaja menghabiskan nasi lemak 1 bungkus bersama Nad.
dan jugak ku bantai kek pisang yang sangat sedap.
kalau tiap-tiap malam macam ni kan best.
dapat gemukkan badan yang sedia "gemuk" ni. haha.
senyum pada diri sendiri. kerana kuat perasan!

perasan gemuk! kata cik Siti.

hari yang penat.
mengemas bilik sampai lembik.
seluruh tenaga digunakan untuk mengangkat barang yang sangat-sangat lah banyak.

kata Asma : "Akak memang memanafaatkan kegunaan bilik ni dengan baik. ni bukan nak tumpang-tumpang kolej. ni bawak barang cara orang nak menetap kat sini terus."

aku ketawa.
ketawa memanjang melihat barang aku yang banyak.
bukan banyak. tapi tersangatlah banyak.

sekarang sangat penat.
siapa nak tolong SPA kan aku?
wah. SPA sangat best.
ade orang urut bahu.
urut kaki.
sambil aku tidur lena-lena.
bangun-bangun, badan terasa segar.

wah.
sekarang, pejam mata.
sambil membayangkan yang ade orang urut.
menghilangkan penat badan ku.

mata layu.
mengantuk teramat.
tetibe.
hairan.
mungkin badan sudah penat.

tapi, tetibe terfikir.
kenapa barang aku tersangatlah banyak?
ntah!
aku pun tak tahu.
pelik.
sekarang yang aku tahu, memang sangat lah banyak. hahaha.

senyum melihat bilik yang kosong.
memandang baju yang tinggal 2 3 helai bergantung.
senyum.
puas hati.
boleh tidur ngan lena.

selamat malam.



kata hati : "bestnya kalau aku dapat tidur di rumah bersama bonda tercinta. haha"
kata sebelah hati : "huh! dasar anak manje! Asyik mahu tidur dengan mak je."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salam Maal Hijrah.

Awal Muharam.

diiringi ngan hujan yang lebat.
ku jenguk hujan di luar.
masih lagi lebat dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
mungkin ini adalah tuah tahun baru.
mungkin juga tidak.
kerana ini kan musim tengkujuh. ketawa pada diri sendiri.
Selamat Tahun Baru. untuk semua masyarakat Islam.

Azam aku.
ntah. macam tak de azam pun ni. gelakkan diri sendiri.
boleh ke macam tu? ntah.
tak de jawapan untuk soalan tu.
mungkin sebab azam lama aku pun tak tertunai lagi sampai sekarang.
susah jugak kalau aku berazam.
kalau tak terkota azam yang aku buat, tiap-tiap tahun ku pakai azam yang lama.
teruk kan?
memang pun.

terfikir sesuatu tentang azam yang aku buat pada suatu ketika dulu.
ku suarakan pada kawan.

"aku ingin sekali menjadi seorang budak yang baik."
"means, itu azam kamu untuk tahun ni?"
"yer."
"kenapa, kamu rasa kamu bukan lagi seorang budak yang baik ke?"
"kalau setakat hati je baik, tapi aku degil, itu bukan baik namanya."
"habis tu macam mana baru dipanggil baik?"
"ntah. may be selepas ustazah berkata aku budak baik."
aku ketawa. main-main.
"huh!" dia mendengus kasar. memarahi. tidak puas hati.
aku senyum dan gelak.

aku senyum pada Didi. senyum pada diri sendiri.
azam ku yang lama pun tidak tertunai lagi.
buat apa aku nak ada azam yang baru. haha.
aku ingin sekali jadi budak baik.
budak yang.....
yang tidak melawan cakap ustazah.
yang patuh disiplin sekolah.
yang tidak di denda setiap hari.
yang jauh dari kenakalan.

itu dulu.
sekarang.
aku ingin sekali menjadi wanita yang baik.
wanita yang berhemah.
wanita yang lemah lembut tutur katanya.
wanita yang bersopan santun.

mungkinkah aku boleh lakukannya?
senyum kelat.
pandang kanan. pandang kiri.
bibir senyum dan kata "boleh laa kot".
ketawa diam-diam pada diri sendiri. takut mahu mengaku.

azam ku tahun ni adalah aku mahu menjadi seorang wanita yang baik. =)




kata hati : "aku percaya aku boleh lakukannya. tapi aku memerlukan masa. supaya aku jadi seperti yang aku mahu."
kata sebelah hati : "eleyh. setahu aku, no alasan-alasan bila seseorang nak jadi baik."



telan air liur.
kelat.
senyum dalam terpaksa. sambil ketawa buat-buat. haha.
dan ade satu kepercayaan yang kuat di hati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cinta itu hebat. benarkah?

setelah penat mengemas bilik, aku capai sebijik buku. ku baca.

sangat tertarik dengan cerita dongeng ala-ala realiti ni.
maknanya sangat mendalam.

***************

al-kisahnya di dalam sebuah pulau yang dihuni oleh semua jenis perasaan. termasuklah bahagia, duka, hikmah dan cinta serta banyak lagi perasaan-perasaan lain.
pada suatu hari, dikhabarkan pulau yang mereka diami akan tenggelam. berita ini amat merunsingkan semua perasaan. maka mereka segera menyiapkan sampai untuk menyelamatkan diri masing-masing. kecuali cinta.

khabar yang disangka kosong, benar-benar berlaku. hujan turun tidak berhenti. paras air dipulau mulai naik ke paras bahaya. pulau itu semakin tenggelam.

mujurlah mereka dapat menyelamatkan diri masing-masing kecuali cinta yang masih setia berada di pulau itu. dia terus bertahan hingga ke saat-saat terakhir. akan tetapi pulau itu sedikit demi sedikit makin tenggelam. cinta tidak terdaya lagi. dia memohon bantuan.

Cinta : "Kekayaan, boleh kah engkau membawa ku bersama sampan mewah mu?"
Kekayaan : "Tidak! Terlalu banyak emas dan
perak di dalam sampanku. tidak ade sedikit pun tempat untuk mu."
Lalu meninggalkan Cinta terkapai-kapai.

Cinta : "Takbur, bantulah aku. aku hampir tenggelam."
rayu Cinta dengan hati yang sayu.
Takbur :"Aaah. Aku tidak boleh menolong
mu. Nanti rosak dan basahlah sampan ku!"
Jawabnya bengis tanpa sedikitpun simpati.

Cinta melihat Duka yang baru hendak meninggalkan pulau itu. Lalu,
Cinta : "Wahai Duka, izinkan aku pergi bersama mu."
Pinta Cinta dengan penuh harapan.
Duka : "Oh, Cinta. Aku terlalu sedih. Biarlah aku keseorangan."

si Bahagia pula merasa sangat gembira kerana dia telah jauh daripada Cinta walaupun dia tahu Cinta keseorangan.
Tidak lama selepas itu. Kedengaran satu suara.
Suara : "Wahai Cinta, marilah. Aku akan membawa kamu bersamaku."
Suara itu agak berumur.
Tidak tergambar rasa syukur cinta pada Ilahi yang mendatangkan seseorang untuk menolongnya.
Kegembiraan itu membuatkan Cinta lupa untuk bertanya hala tuju mereka.
Sehinggalah mereka sampai ke daratan.
Menyedari dia tidak mengenali si Tua yang membantu, Cinta bertemu Hikmah.
Cinta : "Hikmah, siapakah yang membantu ku keluar dari pulau tadi? aku tidak mengenalinya."
Hikmah : "Dialah Masa." perlahan saja nadanya.

Cinta : "Masa?"
Terkejut dengan jawapan itu, Cinta bertanya.
Cinta : "kenapa Masa sudi membantu ku, wahai Hikmah?"

Hikmah tersenyum.
"kerana hanya perjalanan masa sahaja yang mampu m
emahami betapa bernilainya sebuah cinta."

Cinta senyum.


***************

aku senyum.
mengenangkan cinta yang ada dalam diri.
ia mengikut step seperti yang aku jangkakan.
menanam benih.
berputik.
berbunga.
berkembang.
berbau harum sehingga ke saat ini.

6 tahun sudah berlalu. sudah hampir 7 tahun agaknya.
benar.
hanya masa yang tahu.
betapa bernilai nya cinta yang ada dalam diri aku terhadapnya.
betapa aku jatuh cinta tiap kali memandangnya.
betapa aku terharu tiap kali dia melayan ku seperti puteri raja.

aku jatuh cinta kerana diri nya.
kerana sifatnya. kerana berhikmahnya dia.
bukan kerana ketampanan dia. bukan kerana ketegapan tubuhnya.
aku menyintai dia kerana dirinya.
dan kerana itu, aku menerima dia seadanya.

"i love u just the way you are, dear."


mood : cinta berbunga mekar.
ketawa pada diri sendiri.

aku tahu dia tidak sempurna.
kekadang kami bergaduh kerana ketidaksempurnaan itu.
tapi aku kekadang terfikir. aku hadir untuk menyempurnakan dia.

mungkin dia tidak sempurna di mata orang lain.
tapi dia cukup membuatkan hidup aku sempurna dengan cintanya.

cinta itu hebat.
benar.
aku setuju.



kata hati : "aku selalu mahukan dia ada di sisi ku tiap kali aku sedih, gembira, jatuh, bangun dan setiap saat."
kata sebelah hati : "kau memang gedik."

lantaklah. haha. ketawa evil.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

menggunakan tenaga yang bersisa.

tidur dengan lena semalam. baca doa dan terus hilang dalam pelukan bantal. hehe.


bangun pagi dengan terkejut.
terus terduduk dikatil empuk buatan Itali yang di import dari kolej kediaman ku. hehe.
terkejut.
ntah kenapa aku terkejut. aku pun tak tahu.
mungkin mimpi indah. atau juga ade igauan ngeri yang ada disebalik mimpi yang aku langsung tak ingat.

hari yang penuh ngan habuk dan debu.
sesi mengemas dan menyepahkan barang perlu dilakukan dengan kadar segera.
apa tidaknya, perlu mengangkatnya ke bilik stor yang disediakan.
mesti sangat penat.
perlu juga menggunakan tenaga yang bersisa.
kaki sudah kemerahan. sakit.
terima kasih kepada Asma kerana sudi mengurut kaki ku yang comey.

hidung selsema.
menambahkan ketidak selesaan yang ade.
tapi Alhamdullillah. syukur.
ia membuatkan aku tahu, bahawa Allah sangat sayangkan ku. haha.

lapar.
tapi belum tiba masa makan.
siapa yang ade volunteer ingin menolong? silakan.

hidup perlu diteruskan dengan senyuman walaupun hidung tidak seselesa semalam. haha.



kata hati : "bestnya kalau aku punya rumah bunglow yang besar. tidak aku perlu membazirkan tenaga yang bersisa ini untuk mengemas. haha."
kata sebelah hati : "haha. mahu bunglow? rumah flat pun tak mampu! huh! berangan."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS