tetiap hari P.Ramlee.. mata pun dah nampak huruf P je ni.. lirik P.Ramlee, lagu P.Ramlee, skrip P.Ramlee, tag line P.Ramlee.. hmm, semua P.Ramlee..
dah naik pening ngan P.Ramlee.. kalau laa tak kena buat program pasal P.Ramlee, comfirm aku tak dengar semua lagu P.Ramlee.. rupanya banyak lagu-lagu dan filem-filem P.Ramlee yang aku belum tengok pun lagi. tapi semalam dah siapkan info-info berkenaan dengan P.Ramlee..
hari ni, legi sikit tak yah ambik kesah pasal P.Ramlee lagi. minggu depan plak. kalau tak, P.Ramlee, P.Ramlee, P.Ramlee, P.Ramlee, P.Ramlee... pusing kanan P.Ramlee, pusing kiri P.Ramlee, pandang depan P.Ramlee, pandang belakang P.Ramlee.. adeh..
bila la nak habis program ni.. rasa macam dah nak termuntah dah ni.. tapi tak pela.. aku kira ini adalah kuliah amali aku sebagai seorang "creative writer".. hmm, harap dapat bersabar..
:) senyum untuk semua lirik, lagu, filem dan perkara yang berkaitan ngan P.Ramlee.. =D peace!!!
P.Ramlee oh P.Ramlee...
jamuan raya PQ
jamuan raya kali terakhir bersama ngan budak-budak kelas aku. kenapa budak? may be sebab aku tua kot. hahaha. mencebik bibir sendiri. (perasan tua!!! tapi abang Dollah Cantik cakap, pada usia 260 tahun seperti aku, aku sudah dikategori tua.) tak kesah laa orang nak cakap apa.. yang penting aku rasa sangat muda dan bergaya.. hahaha
hmm, jamuan malam ni, terasa malas plak nak pegi. tapi dah bayar dan dah janji nak pegi. huhu. kalau tak pegi, kira mungkir janji tak? haha. tak tahu. (jawapan untuk sedapkan hati sendiri)
sekarang sangat banyak keje, so nak enjoy pun aku dah malas. otak asyik fikir nak rehat je. dan nak qada' tidur. itu je yang otak aku fikir sekarang. mungkin kesuntukan masa rehat membuatkan aku penat dan letih dengan semua perkara. sampai kan nak bergaduh ke, nak bertekak, nak fikir sesiapa yang terasa hati ngan aku pun, aku malas nak fikir. haha. tak sempat.
kata orang, perempuan suka mengumpat. tapi bila dah busy dan banyak keje, mengumpat pun aku tak sempat nak fikir. lagipun buat apa mengumpat? buang karen je. buat tambah pahala.
sebenarnya aku nak kena pegi check darah malam ni. doctor cakap kalau lebih dari 3 hari aku masih lagi sakit perut, cirit birit, aku kena pegi check darah. takut-takut aku denggi. sebab kekadang orang kena denggi ni, tak semestinya demam. aku repeat yang doctor cakap je.
tapi hari ni, sangat banyak keje yang perlu aku fikir. boleh kita postpone dulu tak sayang untuk ke klinik check darah tu? nanti-nanti i ade masa, kita pegi laa.. hehehe.. boleh kan sayang? lalalalaa~ dia mengiakan je.
aku bukan tak nak pegi, bukan nak buat dia bimbang, tapi, aku banyak keja laa.. jap lagi aku fikir macam mana nak buat. hehe.
malam ni, ade request dari seseorang untuk memakai baju raya yang dibelinya. so apa salahnya kalau aku pakai. lagipun dia yang beli. so, pakai jelaa.. hehehe. nad pun ajak pakai baju tu sesama.. pakai jela. tapi tak iron lagi ni. sekarang pun masih kat office lagi. entah bila nak balik dan nak siap keje. aku pun kurang pasti. jap lagi laa kot.
jamuan raya malam ni, tepat jam 8. entah pukul berapa baru aku sampai. aku pun tak tahu. hentam aja laa Labu.. janji sampai.. huhu..
adakah aku nampak macam cinderella?
"cinderella... cinderella... cinderella..."
terdengar laungan seorang lelaki memanggil seseorang.. aku toleh kiri, aku toleh kanan, ku toleh belakang. ku pandang ke depan.. siapa cinderella yang dia maksudkan? AKU KE? ish3.. mustahil.. mustahil.. mustahil...
aku tanya, "kamu bercakap dengan saya ke? mana ade cinderella kat sini." dia menjawab "yela kamu macam cinderella.." aku jawab lagi, "kalau saya cinderella, saya pakai kasut kaca.. ni bukan kasut kaca, ni kasut crocodile.." dia ketawa..
hmm, adakah aku nampak macam cinderella? dengan kelopok mata yang bengkak. dengan muka yang naik jerawat 2 biji. dengan bibir ku yang kering. haha.
hmm, walaupun rasa bertuah tetap ade. sebab ade orang panggil aku cinderella. cinderella kan cantik dan manis. cinderella mana tak cantik.. means, aku ade jangkit-jangkit laa sikit tu dengan cinderella... hehehe. (tolong berhenti perasan boleh tak?dush3.. tumbuk mata diri sendiri sampai lebam!!! ngeh3..)
hmm, cinderella pun cinderella laa.. sebab kecantikan itu abstrack di mata semua orang. ia tak sama. janji aku tetap jadi diri sendiri. bukan jadi orang lain. malas nak hipokrit dah sekarang. apa nak jadi, jadi laa.. hehehe.
kerana aku hanya lah insan yang bernama, Azura... bukan cinderella..
bergunung-gunung...
hmm, dalam hidup ni, keje tak kan habis sampai bila-bila pun. kalau dah tak de keje, means, kita dah tak de nyawa laa tu.. tapi kalau dah masuk kubur pun, still ade keje jugak. nak jawab soalan malaikat plak. nampaknya, kalau nak bersenang lenang, kena tunggu masuk syurga yang Allah janji kan kepada orang yang baik-baik je laa..
kalau tak baik macam aku, kena laa berubah jadi baik dulu baru boleh masuk syurga macam yang semua orang impikan. apa laa yang aku merepek ni... ish...
jadual bulan 10. aku dah senaraikan semalam. wow!!! penuh full tak boleh nak masuk jadual lain dah. jadual dating, agak-agaknya boleh tak masuk saat-saat terakhir eh? haha. itu kena laa set up masa balik. start dari sekarang sampai laa 2 nov.. padat. macam ikan sardin jadual aku.
patutlaa mak aku selalu cakap, "tu laa yang makin lama, makin kurus tu.. keje kuat sangat. keje lagi, belajar lagi." apa aku jawab? aku sengeh je laa.. dah memang betul. kekadang agak stress dan tak sempat masa nak menerawang jauh ke blog-blog orang lain. tapi terpaksa laa.. nanti aku ade masa, aku explore semua blog yang ade dalam list aku. biar puas hati aku ni. haha.
tapi yang aku pelik nya, keje aku dah banyak, tapi aku rasa, dari hari ke hari keje aku bertambah. tak pernah pun berkurang. kalau berkurang tu, aku rasa macam pelik je. adeh. macam mana laa nak buat keje supaya makin kurang. confuse aku.
hmm, blog aku, wajib aku masuk. walaupun kekadang aku tak de pe-pe pun nak ditulis. tapi tetap ziarah cik PinkyLucia aku ni..
thanks to Didi. sebab dia lah keje aku yang susah menjadi senang. sebab aku asik usung dia ke sana ke mari. hehe. kata orang kalau baru memang usung. kalau lama, duduk je tersimpan kat bilik. hmm, bukan aku nak simpan dan lupakan yang lama. tapi tak sempat lagi nak pegi jemput dan berjumpa serta bersua muka dengan nya. sian Rara. mesti Rara rindu aku. aku pun rindu jugak kat Rara.. huhu.
siapa Didi? siapa Rara? 2 2 lappy kesayangan aku. hehe. mesti letak nama. dia jugak ade perasaan. dia la teman aku time aku nangis. sedih. happy. dan yang penting, time keje aku menimbun dan menggungung macam sekarang. dia laa peneman yang paling setia yang ade disisi aku. hehe.
bila entah aku nak beli baju untuk Didi. sian dia. dah ade calar-calar ni.. huhu. tak pe. time ade duit dan free, aku beli. tapi kalau ade orang tolong belikan untuk aku pun, best jugak. hahaha. aku just bayar duit je.
hmm, nak ajak Didi siapkan keje mencari dan menyelongkar film P.Ramlee di youtube.com untuk dijadikan cliff hanger untuk program ku nanti. dah cari separuh. tapi macam tak cukup laa plak.. jom kita cari gali youtube sesama ye Didi..
baru je 2 minggu..
baru je 2 minggu lepas aku pegi klinik.. semalam aku kena pegi klinik lagi.. ade orang cakap, dalam badan aku ade jin.. sebab tu banyak penyakit. aku cakap, tolong laa buang.. haha.
ade jin or tak, itu bukan dalam ilmu aku. tapi bila dah tanya ustaz, ustaz cakap tak de. so tak de laa.. sebab aku bukan ade ilmu pasal jin-jin ni.. hmmm...
tapi tubuh aku ni memang macam ni. silap makan, sakit. silap langkah, lebam. silap minum, batuk. semua tak boleh silap. semua kena betul. makanan pun kena seimbang. dan tak boleh makan benda yang tak pernah di makan oleh perut. kalau makan jugak, terima laa kesannya.. adeh..
tapi alhamdullillah. means di sini Allah sayangkan aku. selalu nak habiskan dosa aku. sebab aku ni banyak dosa. aku harap, aku dapat membuang dosa-dosa yang ada. hmm, kalau fikir pasal dosa, esok pun tak habis. so buat apa yang terbaik untuk diri sendiri dan berharap Allah akan melindungi aku seadanya..
hmm, sekarang dah sampai tahap boring dah ni makan ubat. banyak tahap gaban kot ubatnya.. kalau yer pun nak suruh aku sihat, jangan laa kasik aku banyak sangat ubat. huhu. tapi adik Nur cakap, doctor tu sayang aku. so dia nak laa aku sihat. so terima laa dengan hati yang terbuka..
makan ubat dan cepat sembuh. ucapan untuk diri sendiri.
mesti kuat semangat. dan kuatkan diri. baru laa namanya Azura.. hehehe
sabtu yang baik..
hari yang baik ngan mood yang baik. mood aku memang baik. tak tahu apa yang berlaku yang menjadikan mood aku tersangatlah baik. hihi..
biasanya hari sabtu, aku akan terasa sangat lah boring. mungkin sebab aku dah qadak tidur dan jugak dan kemaskan bilik. asigment pun dah banyak yang siap. dan sekarang, aku cuma hanya perlu siapkan baki-baki asigment yang ada. dan baiki apa asigment yang salah. banyak wooo asigment yang salah. haha.
entah apa yang aku fikir pun aku tak tahu. asigemnt aku asyik salah je. haha. tak pe. belajar dari kesalahan yang ada. biasalah student. memang macam ni. kalau tak salah, asyik betul je, itu nama nya lecturer.. hehehe..
hmm, research for P.Ramlee songs pun tak siap lagi. sinopsis film dan banyak lagi P.Ramlee yang bergelumang dalam hidup aku. asyik P.Ramlee je. ni tak kan habis kalau projek tak run-run. hehehe. live nya 24.10.. so tinggal 22 hari lagi. harap aku boleh siapkan nya dengan baik dan memuaskan..
hmm, keje writer ni memang kena banyak tahu. semua nak kena tahu. tak pe. aku pelan-pelan tahu. haha. sekarang kan ngah belajar ngan baik untuk menjadi seorang penulis yang baik. =) thanks to en. Bos kerana sudi mendidik aku sampai laa aku boleh jadi writer dan smapai sekarang laagi aku masih belajar. hehe.
aku nak siapkan asigment plak. kalau siap, boleh date. haha. kalau tak siap, nak date pun fikir asigment. lalala~
asigment oh asigment di hari sabtu yang indah.. lalala~
TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!
boring tahap dewa dewi.. tak tahu nak buat apa. dah siapkan asigment yang salah. bina soklan kasik betul je dulu. pastu aku pun blogwalking. tetiba jumpa blog ni, dia masuk lucky draw.. aku klik-klik-klik-klik-klik. jumpa laa blog ni, yang buat lucky draw.
hmm, gatal je tangan.. nak try laa..
sesiapa yang nak try boleh laa klik DISINI.. hehe
Syarat-syarat penyertaan:
1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)
2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)
3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST(Tutorial utk sticky post klik SINI) di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)
4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)
5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.
6. Pemenang akan dipilih DI SINI.
sekarang ngah ikut cara nak buat stickypost..
dan inilah hadiahnya.. menarik kan.. stylo plak tu.. berkenan ni.. ;D
16 Pc Dinner Set
Product Information
Additional Information
Item Code | 1065856 |
Weight | 4,275g |
Category | Dinnerware |
Pattern | Geometric |
Product Descri
ption
TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU
kalau ade rezeki, adalaa.. Allah tu maha Adil.. dia dah tetapkan dan rezeki untuk hamba-hambanya.. =)
good luck untuk diri sendiri. hehe.. dan semua yang masuk. lalala~





