RSS

tugas + tanggungjawab yang besar.

bukan sahaja besar. tapi sangat besar tanggungjawab nya. sangat-sangat laa berat. tak tahu nak cakap macam mana beratnya tugas + tanggungjawab ni. kekadang ada jugak terfikir nak quit je dari pegang amanah ni. tapi, tak de orang nak gantikan laa plak. huhu.

menjadi seorang bendahari umpama menelan batu seberat 1000 kg ke dalam perut. tak mampu nak bawak. tak mampu nak tampung. tapi orang kasik jugak tugasan ni. hal ehwal duit ni bukan boleh di buat main-main. hilang 10 sen pun kena tanggung akibatnya.

dah 2 hari aku key in data duit-duit ni. dah naik nak muntah dah aku buat. macam nak termuntah duit je rasa. (haaa, yelaa tu. kalau aku termuntah duit, tiap-tiap hari aku nak muntah. tak yah pegi keje. tak pening-pening macam mana nak dapat kan duit. hahaha). duit SEM 4 + SEM 5 + SEM 6 + SEM 7 + SEM 8. Adoi. pening kepala aku. semuanya nak kena jadikan dalam bentuk hitam puteh. aku plak, bukan belajar dalam bidang akauntan. kalau belajar, cepat sikit buat keje. ni.... lambat mengalahkan kura-kura berlari.

ade sesetengah orang, berbisik + bertanya khabar angin + cakap-cakap kat belakang. mana pegi semua duit. asyik kutip duit je. program tak de pun. dah bayar yuran, tapi kena bagi sumbangan lagi.. memang aku agak terkilan dengan soalan dan desas desus begitu. tapi ade effect kat aku tak. jawapan aku, TAK. hahaha. malas nak fikir apa yang orang kata. janji aku jaga dengan elok. hihihi.

jangan bimbang, saudari-saudari yang bimbang. semua nya aku jaga dengan rapi dan di simpan selamat di dalam peti besi yang bernama BANKKY.. hehehe..

ni pun masih tak siap lagi pasal list nama orang yang belum bayar yuran. tapi aku dah tak larat nak fikir dan kira dah. sambung esok laa plak. lagi pun dah lewat ni. haha. (baru kul 11. malam masih muda laa.. kata en.Evil dalam hati. ish3.. kena tidur awal untuk bangun subuh. pangkah Miss White.. lalalala~)

so tidur dulu. nanti aku kemaskini akaun SMPI esok ye. kepada YDP, jangan banyak songeh ea.. aku dah pening ni. nanti aku marah ngko lagi. hahaha.

selamat malam. =) lalalala~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

rutin kembali ke asal.

rutin ku kembali ke asal. pegi kuliah. balik kuliah. buat asigment. hantar asigment. presentation. buat slide show.. hmm, macam penat laa plak aku belajar.. kawan-kawan sebaya aku kebanyakannya dah nak tamat PhD dah. aku masih lagi terkial-kial nak ambik degree. haha.

kekadang terasa macam lamanya aku belajar. mana tak nya, darjah 1 sampai 6 (6 tahun) + tingkatan 1 sampai 6 atas (7 tahun) + diploma (3 tahun) + degree ( 4 tahun setengah). total semuanya = 20 tahun setengah untuk aku sampai ke tahap degree.. huhu.. nak ambik PhD plak, kena hadap 6 tahun lagi buku. adoi.. semuanya jadi 26 tahun.. haha. lamanya laa wey...

tapi keinginan untuk belajar hingga ke tahap yang tertinggi tu masih tinggi dalam hati aku. sebab hidup mati aku, itu laa cita-cita aku yang tunjang. nak keje apa, fikir laa lepas tu. hihi. boleh ke macam tu.. lalala~

kawan-kawan yang ambik PhD plak belajar kejap je, darjah 1 hingga 6 (6 tahun) + tingkatan 1 hingga 5 (5 tahun) + matrik (1 tahun) + degree (3 tahun) + PhD (3 tahun). total semuannya = 18 tahun dah pun dapat PhD.. huhu.. kejapnya.. itu kalau orang yang pandai..

kawan-kawan aku semua pandai-pandai. aku je yang ngok sikit. suka main2. tapi lepas jugak ke tahap degree ni. bangga ngan diri sendiri.

nampaknya rutin untuk pegi kuliah. balik kuliah. buat asigment. hantar asigment. presentation. buat slide show, apa-apa lagi tu, semua tu akan kekal lagi dalam masa 7 tahun lagi laa.. hihi. itu pun kalau aku nak sambung terus. kalau malas, postpone kejap. nanti kita sambung lagi. hehe.

rutin sekarang, pegi kuliah. balik kuliah. buat asigment. hantar asigment. presentation. buat slide show... tiap-tiap hari. tiap-tiap minggu. dan tiap-tiap bulan. habis cantik sikit pun, hujung minggu pegi jengjalan dan cuci mata ngan kawan-kawan or adik or "si Dia"... hmm, macam nak suruh ia cepat berakhir. tapi kalau study sokmo, nampak muda sikit. hehe.

hmm, kalau tiap-tiap hari fikir rutin yang sama akan di lalui, memang boring. sebenarnya tak sempat pun nak boring. sebab keje sangat banyak. haha.

actually, dalam kelas ni.. nak kena buat asigment jap. mati hidup balik Ustazah Lina mesti marah. hehehe. =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cuti sudah berlalu..

akhirnya sampai jugak aku ke kolej tercinta. tepat jam 645pagi. aku sampai kat kolej. kul530 pagi aku masih terpacak lagi kat putra. terasa cepatnya masa berlalu. padahal aku dah cuti 2 minggu. wow.. lama tu.. tapi macam tak cukup je cuti. huhu.

raya ni, aku janji ngan Farha nak pegi melawat Pah yang sakit. tapi, serius aku cakap. aku mintak maaf sangat2 ngan Farha. aku tak dapat pegi mana-mana pun. rumah aku penuh ngan orang. hatta semalam pun masih ade lagi orang nak datang beraya. tapi mak cakap, kat stesyen bas, ngah hantar aku balik kL. so datang lain kali laa mak cakap.

aku tak beraya kat mana-mana pun tahun ni. tak sempat laa wey nak pegi mana-mana. ramai orang datang. tapi meriah jugak raya macam ni. yang penting sekali, memang PENAT!!!

mintak maaf ye cik Farha.. huhu.

aku nak rehat laa jap. penat dan ngantuk. tak tahu ngantuk sebab apa. semalam sepanjang malam aku tidur. tapi tak nyenyak pun. asik terjaga je. penat tu, may be duk atas bas hampir 8jam yang membuatkan aku lenguh-lenguh badan.

alangkah bagus nya kalau ada transpot dan driver dan aku hanya baring di belakang sambil menikmati hidangan yang lazat dan berkrim serta ade orang menyediakan spa untuk aku. wahh.. haha. berangan!!!

hmm... good night.. =D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

selamat hari raya 2010

malam ni aku nak balik rumah... setelah menunggu sekian lama. kawan-kawan semua dah balik lama dah. terasa jealous yang memuncak di dada. geram. kalau tak kerana gara-gara aku nak jadi budak baik, mesti aku dah ponteng dan dah seminggu aku bersenang lenang dengan mama and papa yang tercinta.. ngeh3.. (eh, sejak bila plak mak n ayah aku jadi mama n papa ni?) dush3..

hmm, apa yang aku nak bawak balik ye? baju yang aku pakai dan baju raya pink 1. pastu kitab tafsir mak 10 jilid dan jugak kueh raya. hehehe.

balik kL nanti mesti berlenggang. sebab tak bawak barang pun. lalala~

memandangkan aku balik kampung 2 minggu dan kat rumah tak de internet. line phone kat rumah pun 2 minggu ada line, 2 minggu tak de line. ni gara-gara mat gian laa.. asik duk curi cable phone je. kick baru tahu. hm, tapi tak boleh salahkan mat gian jugak. kalau si pembeli tak nak beli, mesti mat gian tu tak curi dah. kesian kat telekom. asyik kena pasang cable je keje nya. 2 minggu sekali pasang cable. ish3.. so guna laa prabayar celcom or maxis. senang. mudah. tak payah pakai cable. haha.

panjang plak aku bebel pasal mat gian ni. sambung sikit lagi laa.. hehehe. kalau nak pakai strymix pun, aku rasa sama je. mesti nak kena guna line phone jugak kan? kalau macam tu, kalau nak guna ternet, baik aku ke bestari.com je. iaitu CC percuma di kampung sebelah. hahaha. lembab sikit pun tak pe laa.. percuma kang...

hmm.. kalau dah start membebel, aku bukan reti nak berhenti. huhu.. so di kesempatan yang ada, aku mahu mengucapkan ;

SELAMAT HARI RAYA.
MAAF ZAHIR BATIN.
KEPADA SEMUA YANG KENAL AKU & MEMBER MAYA AKU.

aku ni insan yang hina je. yang banyak buat salah. so aku harap, kalian maafkanlah aku. kekadang aku tak sedar apa aku buat. tapi kekadang, aku sengaja. hihi. sengaja atau pun tak, aku harap kalian semua sudi memaafkan aku. kekadang aku buat salah, walaupun aku tahu itu salah. tapi semua aku buat bersebab. kalau tak puas hati, datang jumpa aku. straight to the point. senang. settle. habis cerita. hehehe.
sekali lagi..
SALAM AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
BALIK KAMPUNG ELOK2 SEMUA..

salam lebaran dari ku, Ustazah Pinky.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

De Palma Hotel.

sekarang kat hotel De Palma.. sakit badan laa plak. ni mesti sebab angkat kitab tafsir semalam.. tak pelaa.. mak punya pasal, aku angkat jugak. 10 jilid plak tu.. huhu.. walaupun tak larat dan penat.. aku tetap anggun dan menawan.. hahaha.. aku datang ngan tija.. memandangkan Nad tak dapat datang, duk sibuk nak balik kampung. ish. geram aku. hahaha. tapi tak kesahlaa.. lagi pun, kalau balik esok, jem. kesian jugak Nad nak tekan clash. (betul ke ejaan aku tu? haha. lantaklaa.. kalau salah, tolonglaa korang betul kan. aku bukan pandai. kikikiki~)

bersama tija yang comel.. PA Imam Muda..

atas jemputan Production Team.. hehehe.

cakap kat si dia dah nak datang De Palma. katanya kenapa awal sangat. aku datang sini pun sebab nak tolong Tija bungkus semua hadiah dan tolong apa-apa yang patut la..

proses membungkus hadiah.. sambil tu aku cakap kat Tija.. "Tija, ko memang suka menyusahkan aku.." Tija gelak dan kata "aku memang macam ni. tak kan ko tak tahu lagi" kami gelak. hahahahaha..

yek3 je jawapan si Tija ni.. adeh.. terasa nak hempuk kepala nya pun ada. haha. tapi kami tetap gelak.

apa yang ada disebalik bag astro ni ialah.... tadaaa...

plate Imam Muda yang dibahagikan satu seorang kepada semua penaja dan production team.. terima kasih tak terhingga..

dvd yang Asyraf Alam burn.. terima kasih juta-juta lemon.. hehe

dan jutaan terima kasih jugak kepada Asyraf Alam sebab burn DVD kemuncak untuk aku. sebab malam kemuncak Imam Muda, aku tak tengok pun lagi. malam tu aku sibuk kira markah Asyraf dan Hizbur. orang pertama tahu Juara adalah aku. hahaha. sebab aku yang kira markah dorang. lalala. kalau aku nak buat jahat pun tak de orang tahu. lalala~ tapi aku baik.. =D

hmm... boring laa plak + laparrrrr.. tak sahur pagi tadi. jaga-jaga dari tidur, tengok jam dah lepas subuh. melepas sahur aku. huhu.

hmm, nak kena tolong si Tija lagi ni.. dia ni bising. hahahaha. pukul 4 petang, majlis dah nak mula. so kena cepat-cepat. tapi aku tak habis lagi nak main-main. ngantuk sangat ni. nak tidur plak ni. dala bilik ni air cond. sejuk-sejuk. aduhai.. mata dah layu.

dahlaa jubah pun tak iron lagi.. malas nya.. nasib baik aku sayang ko Tija. kalau tak... malas aku nak datang. lagipun dah janji ngan Tuan Asmawi nak datang. nak tanya pasal keje yang aku mintak jugak. hehehe. harap-harap ade rezeki aku untuk keje lepas raya ni. dah boring dah bercuti ni. aku memang tak boleh laa kalau tak keje. huhu

alamak.. nak kena tolong si Tija ni.. lalalala~ jap lagi laa tidur.. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sepatutnya aku dah balik!!!

hari ni sekali lagi aku pegi kelas yang batal. hmm.. hari-hari asik pegi kelas batal ni. adeh. geram hati ni, Allah je yang tahu betapa geramnya hati aku ni... =(

kalau lah aku tahu, lecturer nak batal kan kelas.. aku dah balik 27hb tempoh hari. penat aku tunggu kelas seminggu. aleh3, pegi kelas, bersiap cun-cun, cantik-cantik, lawa-lawa.. aleh2 kelas batal. hari ni pun sama. tetiap hari keje nya melawa, pegi kelas yang di batalkan. hangin betul aku. huhuhu.

kalau ye pun nak batal kan kelas, gtahu laa awal-awal. aku angin bukan apa. sebab 1 minggu aku ada kat kL dengan sia-sia. kalau aku balik rumah, boleh jugak berbuka ngan mak. temankan ayah. masak-masak. (eleyh, bukan pandai masak pun. hihihi). jahit baju raya yang memang tak jahit lagi tu. susah jugak jadi tukang jahit. baju asyik tak siap-siap nak jahit. hihihi.

raya kali ni agak-agaknya baju pe ye yang aku nak jahit. hehehe. ngah memikirkan nya lagi. walaupun dah lama dah aku fikir-fikir yang tak dapat jawapannya lagi. huhu. siapa ade suggestion???

sebenarnya aku dah pun dapat baju raya. colour pink lagi. colour kegemaran aku. hmm, pada awalnya, memang agak malu untuk memilih dan mengambil barang pemberian orang. lagi-lagi orang yang tak biasa dengan aku. bukan aku tak nak terima. tapi seganlah. huhu. orang keje susah payah nak dapat kan duit, tetibe aku nak habiskan duit dia. tapi setelah di paksa, aku merelakan juga. huhu.

masuk dalam kereta, aku ngan fazilah tutup muka ngan bantal. terharu+malu. haha. mana ada orang lain yang pernah beli baju raya kat aku lagi selain mak. haha. nak tergelak pun ada. punya laa tak tahu nak letak muka kat mana. huhu. rasa macam tebal semacam je muka ni. lalala~

tapi tak pela.. orang berbudi kita berbahasa. orang memberi, kita merasa.. aku tak dapat nak balas apa-apa. yang boleh, aku hanya boleh doakan rezeki dia bertambah murah dan moga Allah melindungi dia sepenuh masa.. =) kerana dia dah buat orang lain gembira..

hmm.. terkenang kan baju raya, baju raya kat rumah belum dijahit. dan adik aku duduk bising nak buat kueh raya. resipi pun belum aku cari lagi. dah search sikit-sikit. tapi malas nak save lagi. haha. boleh plak macam tu. boleh. aku benarkan. lalalala~

hmm, sepatutnya aku dah balik time ni. membazir masa aku duduk kat kL ni. bukan ada parents or family pun. adeh. geram betul. sakit hati dan frust tak habis lagi ni.. huhu. lagi-lagi semua member dah balik. lagi laa aku sakit hati. ish! geram betul la.. tapi, tak pela.. may be ade hikmah tu.. redha laa dengan apa yang berlaku. =) senyum-senyum selalu.

tapi hati aku tak habis lagi mengatakan "SEPATUTNYA AKU DAH BALIK KAMPUNG TIME NI. GERAM BETUL AKU!!!"

mulut plak kata, "sabarlaa ade hikmah tuuu."

mana aku nak ikut? hmm.. sepatutnya aku dah balik kampung time ni! arggghhhhh...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

bersemangat..

wah.. bersemangat aku hari ni.. bangun awal-awal.. sahur, makan nasi goreng pucat buatan orang yang menangis sambil menggoreng nasi. tapi tak pe. walaupun pucat, macam orang sakit nasi goreng nya, rasa nasi goreng tu tetap sedap woo.. hehehe.. (aku tak ampu eh. memang sedap. entah bila aku nak pandai masak nasi goreng macam ni. lalalala~)

pastu buat asigment. RPH yang baru dapat kejenya.. dah laa nak sekali ngan aplikasi teori gagne plak tu. aku teori gagne pun hampeh tak ingat. nak aplikasi apa nya. adoi.. tapi aku buat jugak. tak betul pun, aku main hentam je. nanti aku search laa dalam ternet teori gagne tu apa.

aku dah belajar dah dulu pasal teori gagne ni.. tapi itu zaman bila ntah. so aku tak ingat laa.. (padahal baru je 2 tahun berlalu.. hehehe.. nyanyok betul..)

hmm..asigment by group. group plak berdua. tapi 2 2 pening. hahaha. tak pe2.. semua ade di hujung jari anda. so jap lagi aku search dan faham kan sampai pening. dan insyAllah, aku boleh laa tu buat. hahaha. bukan payah pun.

setiap keje yang aku dapat, aku kena fikir senang. baru aku dapat buat ngan grand dan meminimumkan kesalahan yang ada. hehe. insyAllah..

hmm, adeh.. hari ni sekali lagi kelas batal. adoi.. kalau aku tahu, minggu lepas dah aku cabut balik kampung. untung 1 minggu cuti. ni pegi kelas, bersiap sikit punya cun, hensem, lawa, cantik.. semua cukup lengkap, last-last pegi sampai kat kelas. batal! angin betul. (padahal aku suka laa kot kelas batal. yang tak suka sebab frust tak dapat balik kampung awal. huhu)

hmm.. nasib baik ade asigment yang nak disiapkan. kalau tak, mesti frust tahap gaban aku hari ni.. huhu..

due date untuk hantar RPH tu 11.59pm malam ni. huhu. semoga sempat siap. semalam kasik. hari ni nak kena hantar. kalau cikgu-cikgu kat luar yang dah jadi cikgu tu, mesti dorang cakap, alaaa.. RPH je pun.. kacang.. huhuhu..

selamat membuat RPH ngan jayanya untuk diri sendiri.

pssstt.. rindu kat si buah hati laa.. =) (senyum3 malu. lalala~)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS