RSS

penat.

keadaanku..
penat+letih..
teringat satu peristiwa kelakar.
hmm.. esoklaa aku publish.. lagipun badan aku sakit.
semua segenap penjuru badan sakit. orang kuat laa katakan..
haha..

keadaan kedua..
ngantuk. perlukan rehat.
rehat yg cukup penting untuk memastikan keanjalan kulit muka ku..
waakakaka..
awet muda laa kononnya.. hehe..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

geram..

situasi..
tahap geram yang melampau..
sabar itu sebenarnya ada baiknya..
api marah tu amalan syaitan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

wish u happy always..

hepi bezday k.dila.
semoga panjang umur, murah rezeki..
semoga yang dihajati akan tercapai.
dan yang di inginia akan termakbul oleh Allah..
semoga Allah rahmati hidup k.dila..
wish u haoy always..
senyum2 sokmo. :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

P A P A.. papa..

pagi-pagi lagi ahmad ke bilik aku. memandangkan ketika itu aku adalah guru pemulihan bahasa melayu, aku memang dikhususkan sebuah bilik untuk aku bawa pelajar ku yang tidak tahu membaca ke sini kerana aku akan memanggil mereka pada waktu bahasa melayu. di sini laa aku mengajar ilmu 3M kepada mereka semua. dan ini merupakan sekolah yang ketiga yang aku jejakan kaki.
"cikgu, cikgu.."
aku berpaling. dan melemparkan senyuman. apa laa si ahmad ni pagi-pagi lagi sudah ke mari? mahu menuntut hadiah kah? omel aku sendirian. namun aku masih melayan kerenahnya yang sangat penat untuk aku layan. haha. ini lah tugas seorang guru.
"awal ahmad pagi ni. dah makan?"
"dah cikgu."
dia tersengeh. menampakkan giginya yang agak tidak tersusun. aku masih ingat. dia seorang budak lelaki yang aku kira aktif. bukan dalam kegiatan sekolah. tetapi aktif mengacau aku tika gurunya tiada dalam kelas. aduhai pelajar ku...
"cikgu.."
"ye.."
"semalam cikgu kata nak ajar saya eja ayah."
"kamu datang tuntut janji laa ni?"
"hehe.. nak hadiah jugak.." katanya sambil menadah tangan kosong.
aduh.. pagi-pagi dah mintak hadiah. ni mesti datang sebab kes hadiah. bukan sebab ejaan ayah tu. huhu. penat aku.
"hmmm.." aku senyum.
ahmad masih tersengeh di hadapanku. aku menyoal ahmad itu ini dan di jawabnya dengan baik tanpa berselindung.
"ahmad, cikgu tanya boleh.?"
"boleh."
"ahmad tak pandai nak eja ayah ye?"
"pandailah cikgu. kan dah bagitahu semalam. confuse sikit je. hehe" dia ketawa sambil tersengeh ke arahku.
"cuba ahmad eja kalau ahmad pandai. nanti cikgu baiki kalau salah." aku cuba memerangkapnya.
"alaaa.. saya nak tengok cikgu eja laa. mana tahu kalau-kalau cikgu salah eja."
hah? aku dikatakannya salah eja. amboi-amboi.. ni sudah lawan tokey. tapi ku telan dalam hati saja perkataan itu. tak terluah di bibir. hmm.. masih tak mahu mengaku dia tak pandai mengeja. haha.. aku bagai nak tergelak melihat perangainya.
"macam mana nak eja aaaa.." aku menyebut panjang-panjang.
"alaa.. huruf A jelaa cikgu. itu pun tak tahu."
wah sudah mengalahkan tokey ni.. hm.. namun kerenah itu tetap aku telan dengan penuh sabar. inilah harga yang perlu aku bayar setelah aku memohon menjadi seorang guru.
"oh yeke.. cikgu mana tahu. cikgu tak pandai macam ahmad."
dia sengeh mendengar pujian ku.
"saya memang pandai."
"kalau nak eja YAH pulak macam mana eh ahmad?"
"Y A... bunyinya ya." sebutannya perlahan.
dan dia berhenti di situ. tidak dapat meneruskan ejaan nya. aku dah agak. dia memang tak dapat nak eja apabila 3 huruf digandingkan. aku menunggu dengan sabar.
"alaa.. cikgu.."
"kenapa?"
"sekarang zaman moden la.. mana ada ayah-ayah lagi?"
"hah? habis tu, kalau tak de ayah, ada apa?" aku menyoal.
"orang sekarang da tak panggil ayah-ayah lagi tau. orang sekarang guna papa. kan zaman dah moden. papa.."
wah.. aku tak menyangka itulah jawapannya. terkebil-kebil aku menelan jawapannya. aduhai ahmad..
"ejaannya P A P A.. papa.. cikgu tahu tak eja papa?"
aku senyum.
"P A P A.. papa."
dia memprotes lagi.
"tak yah laa eja ayah-ayah lagi. nanti balik rumah bagitahu ayah saya dah pandai eja papa. tak yah lagi ayah-ayah. panggil papa je senang."
selepas itu, dia berlalu pergi tanpa mengatakan apa-apa dan mungkin dia sudah lupa akan hadiah yang di minta sebentar tadi. aku ketawa sendiri.
saat itu aku tahu, rupanya ayahnya yang menyuruh dia bertanyakan aku. aku tersenyum. sehingga kini, aku masih ingat. zaman moden sekarang tak yah pangil ayah. panggil papa.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

macam mana nak eja ayah?

lagu semut

tubuhnya yang kecil badan berkerat tiga,
ada enam kaki sesungut di kepala,
ada yang melata dan terbang di udara,
bermacam bentuknya bermacam warnanya,

serangga yang halus sangat rajin berkerja,
bermacam bentuknya, bermacam warnanya,
serangga yang halus sangat rajin bekerja,
tak mengira siang malam,
tekun berusaha dua sifat mulia,
marilah kita amalkannya..

***********

"salin lagu ni, nanti kita baca dan nyanyi sama-sama eh,"
kata aku kepada pelajar kelas 6 umar, pelajar kelas akhir. kebanyakkan mereka tidak tahu membaca dan menulis. sebagai seorang guru, aku harus mencari inisiatif supaya dia dapat menulis dan membaca dengan baik.
"cikgu, susahla.." kata abdullah.
"ala, apa yang susah nya?"
"panjang sangat lagunya."
"hmmm.." aku menjeling nya sekilas. dia tersengeh.
"siapa yang siap salin awal, cikgu bagi hadiah." kata ku menarik perhatian.
semua bersemangat. menyalin dengan tekun dan berlumba-lumba menyiapkannya. aku hanya ketawa di dalam hati. kelakar betul budak-budak ni. hadiah punya pasal sanggup berlumba menyiapkan kerja. hehe.
"siap!" kata aisyah. dia melompat kegirangan.
di kelas ini, tak kesah lah nak lompat ke nak apa. kerana kelas ini memang di khusus kan untuk budak-budak permulihan macam mereka. mereka bebas bergerak. melompat. bermain. asalkan mereka membuat aktiviti yang aku suruh. hehe.
"alaaaa... mana aci.. aku nak hadiah jugak." kata abdullah mencebik.
aku hanya tersenyum melihatnya.
"malas lah aku nak siapkan! nanti cikgu mesti tak kasik hadiah lagi." dia meletakkan pensil yang dipegang ke atas meja sambil menompang dagunya. memprotes.
aku senyum.
"abdullah, siapkan cepat. nanti cikgu bagi hadiah untuk semua orang yang siapkan kerja."
"ye.. ye.. yes!" abdullah nampak nya gembira. aku menggelengkan kepala. aduhai. penat aku nak melayan. macam-macam hal.
sebentar kemudian..
"dah siap!"
kebanyakkan pelajar sudah pun menyiapkannya.
"dengar cikgu nyanyi. awak semua ikut eh"
"baik!"
aku menyanyikan lagunya dengan suara yang agak baik, aku kira. wakaka.. macam kelakar. akulah ustazah. akulah cikgu muzik. akulah cikgu pemulihan. akulah cikgu pendidikan seni. hmm.. ginilah menjadi seorang guru. seharusnya seorang guru adalah seorang berperwatakan serba boleh. aku pun confuse. tiba2 aku dapat menyanyi dengan baik. haha. tergelak aku dalam hati. perut, usus, hati, limpa, jantung aku juga turut ketawa mendengar suara aku yang sangta...... haha. tidak aku dapat ceritakan suara ku. mesti kena dengar sendiri. masuk kelas, aku ajar muzik. comfirm kamu semua lari.
"waaa.. suara cikgu sedap." kata syukri.
"ish kamu ni, ke situ pulak. cikgu suruh kamu dengar dan ikut lagu ni." hmm.. aku menjenggilkan mata. dia ketawa.
"syukri, try baca."
"saya tak pandai cikgu." katanya tanpa segan silu. aduhai. jujur aje dia berkata. aku pun mengurut dahi yang tak sakit.
"kenapa cikgu? sakit kepala ye?"
"tak. kamu ni..."
"hehe..."
"masa dah tamat. esok, cikgu nak kamu semua hafal lagu ni. mesti ingat. dan pastikan kamu boleh baca. siapa yang dapat baca dan ingat. cikgu bagi hadiah."
"baik cikgu.."
tiba-tiba ahmad mencelah.
"cikgu, macam mana eh nak eja ayah?" kata ahmad.
"nak eja ayah? kenapa? kamu tak pandai eja ayah eh?" aku menyoal kembali. aduhai pelajar ku ini..
"ala... pandai lah cikgu. cuma confuse je sikit."
aku menahan gelak. tak nak mengaku dia tak pandai. itu lah pelajar aku. haram mengaku tak pandai.
"awak panggil apa ayah awak kat rumah ahmad?"
"papa. haha" dia ketawa.
"hah? main-mainkan cikgu ye?"
"alaa cikgu.. macam mana nak eja ayah ni?"
"ahmad masuk kelas dulu, esok cikgu ajarkan. tapi kerja sekolah ahmad jadi 2 hari ni. satu baca lirik lagu. no 2, tanya mak nak eja ayah macam mana."
"alaa cikgu ni.."
aku menjeling dan menunjukkan ke arah bilik guru besar. dia tersengeh. lalu berlalu. aduhai pelajar ku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

cikgu.. cikgu..

"cikgu.. cikgu.."
"eh, bukan cikgu laa.."
"habis tu nak panggil apa?"
"ustazah la, ustazah kan mengajar jawi dengan AI,"
"eh3, ustazah,"
"ada apa ni?"
"ustazah cantik, ustazah dulu tak cantik, pastu garang lak tu," dia mengomel, tanda protes.
aku hanya senyum. aduhai. budak-budak zaman sekarang, dah pun pandai itu ini. tapi yang istimewanya mereka ialah mereka jujur dan langsung tidak tahu menipu.
"tak baik cakap ustazah awak macam tu, berdosa, tuhan marah. tak takut tuhan marah?"
"ala, tuhan baik, apa nak takut. kita kena takutkan orang jahat je."
hah? terkedu aku dalam hati. apa aku nak jawab ni, mati akal aku bila dialog dengan budak-budak ni.
"habis tu, awak takut siapa?"
dia diam, tak tahu nak menjawab, tapi dari raut wajahnya ada sesuatu yang dia ingin khabarkan. aku hanya diam, menunggu dengan penuh kesabaran.
"sssshhhh," sambil meletakkan jarinya ke mulut.
"kenapa-kenapa?" soal aku sambil memperlahankan suara, mengikut rentaknya.
"saya takut hantu, hantu jahat ustazah, dia ada muka buruk,"
"ish, siapa cakap ni, ustazah tengok pontianak harum sundal malam tu, cantik je hantunya. maya karim lagi tu,"
"ish, ustazah ni, itu hantu olok-olok" gayanya hampir membuat aku ketawa terbahak-bahak, ish budak-budak ni macam-macam hal.
"habis tu?" aku menyoalnya kembali.
"ni saya takut hantu betul. dia jahat. suka makan orang ustazah....."
"ish, mana awak tahu dia makan orang? siapa yang cakap?"
"amirul yang cakap. dia kata hantu jahat sangat. dia selalu usik manusia macam kita."
aku senyum. ni kes terpengaruh rakan sebaya laa ni. hehe. aku hanya ketawa di dalam hati. bimbang jugak dia menangis kerana dek aku ketawa dan tidak mempercayai cerita nya.
"nak dengar ustazah bercerita tak?"
"nak.. nak.. nak.."
"najjah, nur, ain, Allah jadikan banyak sangat makhluk kat dunia ni. tahu makhluk?"
"tak." mereka menjawab serentak.
"makhluk tu macam kita la, macam hantu, syaitan, jin, malaikat, haiwan-haiwan, banyak lagi la."
"ooo.."
muka murid-murid aku kala ni, aduhai.. nak tergelak pun ada. tapi sebagai ustazah yang baik, tak baik laa macam tu. hehe.
"makhluk Allah ni, ada yang jahat, ada yang baik, ada yang suka usik orang. ada yang suka tolong orang. macam-macam ada.."
"ooo, macam astro tu ye ustazah, macam-macam ada." aku sekadar tersenyum dan mereka semua ketawa.
" nak dengar cerita tak ni?"
"nak.. nak.. nak.."
"tapi, ada macam najjah cerita tadi, hantu jahat, dia suka makan orang."
"aaa"
"hantu memang jahat, tapi dia tak boleh makan orang, Allah jadikan dia hanya boleh kacau, usik manusia je. tak boleh lebih-lebih."
"ooo, maknanya dia tak makan orang laa ustazah?" nur menyoal.
"ye, dia tak makan orang. dia usik je kita. takut-takutkan kita."
"ala.. takut laa ustazah."
"apa nak di takutkan. Allah kan ada. Dia lebih berkuasa. ustazah dah ajarkan sifat Allah."
"dah.."
"hantu ni tak boleh nak lawan kuasa Allah tau. dia takut. jadi, murid-murid ustazah ni kenala selalu mengaji, membaca al-quran, sembahyang. pagi tadi sembahyang tak?"
semua diam, membisu.
"ha, ni mesti tak sembahyang kan?" semua menunjukkan muka masam. aku menyambung.
"orang yang tak sembahyang, nanti hantu datang. nak macam tu?"
"tak nak.. tak nak.."
"kalau tak nak, kenala sembahyang, orang yang tak sembahyang, Allah masukkan dia dalam neraka tau, kena bakar, sakit. nanti badan melecur-lecur."
"tak nak kena bakar, sakit."
"kalau tak nak, kita kenalaa sembahyang."
"ustazah, cerita laa pasal neraka ustazah."
aku senyum. dan waktu itu, loceng dah pun kedengaran. aku masih lagi tersenyum sambil menunjukkan ke arah loceng. mereka faham.
"alaaaaa..."
"kena masuk kelas. rehat dah habis... lain kali ustazah ceritakan eh. dah3. pergi masuk kelas. nanti cikgu marah."
mereka berlalu pergi. begitu laa kehidupan aku setiap hari ketika datangnya waktu rehat sebelum aku ke sini. rindu rasanya ingin kembali ke sekolah. bermain bersama budak-budak yang comel. banyak kerenah lak tu. semput aku nak melayannya. walaupun begitu. aku menyukainya.

guru itu bagai lilin yang menyinari alam. dapatkah aku menjadi seorang guru yang baik untuk anak bangsa ku? aduhai...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

apa yang tinggal?

hidup ini indah untuk di kenangkan. kadang kala ia juga pahit. kenangan tu ada manis, ada pahit. ade yg penuh kegembiraan dan ada yang penuh dengan kesedihan. kini hidup ni, ada semalam, hari ini dan akan datang..

hari ini aku lalui.. esok, tak tahu lagi. adakah masih hidup atau telah pergi.. yang tinggal pada hari ini adalah kenangan.. kenangan manis yang aku bawa bersama. saat yang aku suka kenangkan. dan saat-saat indah bersama family, kawan-kawan, dan dia..

hmm.. rindu kampung laman, desa permai, yang indah, waaaa.. sangat rindukan family. nak balik.. manje!!

kini, yang tinggal hanyalah kenangan yang ku bawa ke mari. tanpa apa-apa cacat celanya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS