RSS

Pilunya Hati..

Cuti habis. Sebenarnya cuti habis esok. Tapi disebabkan sekolah maklum tersangat la lambat, so terpaksalah berangkat ke Kuching meninggalkan en. Hati Di gemencheh berseorangan hari ni.

Hati rasa sangat berat. Sebab cuti masih berbaki satu hari. Tapi. Terpaksalah.

Sedih.
Pertama. Sedang sedih kerana memikirkan kehidupan yang berjauhan dengan en. Hati. Macam-macam liku derita, suka Dan duka terpaksalah dilalui seorang diri. Tanpa insan tersayang.

Bila kenangkan orang lain ada rumah sendiri bersama suami Dan anak-anak, sedih menjadi-jadi.(Itu dah masuk sedih kedua.)

Hidup aku?
Masih merempat. Tiada rumah tetap. Bila balik ke gemencheh, terpaksa menumpang rumah adik. Atau kami akan tinggal dihotel yang destinasinya telah kami pilih secara sepakat.

Pilu.
Sedih kerana kehidupan aku masih kelam kabut. (Boleh dikatakan masuk dalam sedih ketiga.)

Tapi. Berpegang dengan satu janji. Janji Allah itu benar. Aku terus kuatkan semangat. Pasti disemua kesusahan ini, ada kesenangan Di kemudian hari.
Aku percaya. Allah itu ada. Sentiasa menemani aku. Senyum lebar-lebar.

Walaupun Allah menghantar kesedihan pada ku berulang Kali, tapi Allah juga memberikan aku kebahagian berulang Kali. Alhamdulillah.

Ya. Kebahagian berulang kali.
Kebahagian yang aku kecapi adalah mempunyai seorang suami yang sangat memahami. Dan bisa membuatkan hati aku begitu teruja apabila bersamanya.

Bila bersamanya, aku pasti tersenyum lebar. Dan senyuman itu seolah-olah membawa semua kesedihan pergi sekali gus.
Ku terfikir, betapa hebatnya senyuman cinta. ;)

Aku akui, Walaupun datang seribu lelaki yang sempurna, rasa didalam hati tetap tidak sama. Debaran bersamanya membuatkan aku berkali-kali jatuh cinta. Jatuh cinta kepada orang yang sama berkali-kali.

Terima kasih, ya Allah.

Hmmm. Benar kata orang. Jika kita ingat semua ujian adalah datang dari Allah untuk menguji kita Dan kita percaya Allah juga akan datangkan hikmahnya pada kita, hati akan tenang. Senyum.

Hati Ku tenang. Alhamdulillah.
Pandang ke tepi melihat awan ciptaan Allah yang sangat menakjubkan.. Subhanallah... Aku sukakan pemandangan ni.

Entry ini ditulis sewaktu aku berada di atas awan.











Nota Pinky;
"Baru taksampai sejam berpisah dengan en. Hati, aku dah mula merindui senyuman tampan dirinya. Oh. Ujian..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

maria firdz said...

moga terus tabah dan kuat semangat... Insha Allah.. Allah tahu yang terbaik... :)

piNky LuCiA said...

terima kasih.. =)