Sekarang, aku guru penasihat kadet polis.
Seorang ustazah serba boleh ni. En. Hati sila bangga. =P
Ok. Berhenti kejap. Kamu jangan ketawa yer. Walaupun aku seorang ustazah yang tidak pandai apa-apa tentang semua ni, aku bukan tak boleh buat. Menari dalam hati.
Perkhemahan tidak seperti yang aku bayangkan.
Mungkin disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan kami untuk berkhemah, so kami berkhemah lah di dalam kelas. Janji selamat dan tidak berlaku apa-apa kejadian kepada pelajar.
Tidak ada pilihan.
Memandangkan aku tidak mempunyai transpot untuk ke hulu dan ke hilir, aku terpaksa bermalam di dalam kelas yang disediakan. Di atas lantai plak tu. Balik ni, comfirm sakit badan kuasa 360 darjah. Kata dalam hati. Nah! Sekarang ada atas tilam. Yes. Badan memang sakit sana-sini. Lenguh sana-sini. Muka hitam. Yeah! Baru nama berkhemah ustazah!
Pengalaman.
Banyak pengalaman yang baru aku peroleh. Yang paling suka adalah menembak 16 peluru menggunakan pistol jenis revolver.. Tapi memang aku tidak dilahirkan untuk menjadi seorang penembak kot. Sasaran yang kena hanya 5. 5 dari 16 adalah cubaan yang bagus. Aku puji diri sendiri. Haha.
Segera bagitahu Bonda permaisuri. Hihi. Bonda di dahulukan. En. Hati diutamakan. Bonda ketawa sakan. Dan "Jadilah tu. Kurang-kurangnya kena jugak untuk kali pertama." See. Betapa positif nya bonda. Hihi.
Jauh hati.
Aku kecewa jugak. Sebab kenapa lah aku tak pandai nak tembak macam 4 orang guru kadet polis wanita lain.? Dalam hati bertanya. Rupa-rupanya, selepas diselidik, mereka adalah anggota palapes semasa di universiti dulu. No wonder la kan..
Aku senyum.
Bermakna, aku kategori kan diri sendiri dengan cubaan menembak revolver dengan baik. Hahaha. Perasan!
Pengalaman lain adalah semasa penutup yang menjadikan aku sedikit cuak.
Mungkin disebabkan oleh protokol yang terlalu rigid dan rasmi yang membuatkan aku terkial-kial tak tahu nak buat apa. Nampak benor aku ni jahil dan perlu lagi banyak belajar. Kan?
Perasaan.
Sebelum sampai perkhemahan.
Biasa. Tak de rasa. Tak tahu apa-apa. Otak dan hati kosong.
Semasa perkhemahan.
Nak balik. Tak nak berada di situ. Tapi berdoa pada Allah, cepatlah aku redha dengan segala apa yang berlaku. Dan Alhamdulillah. Walaupun muka macam terpaksa, aku tetap bertahan. Bagus.
Sekarang. Selepas perkhemahan.
Semua sakit badan. Rasa macam nak demam. Rasa macam mahu MC esok. Rasa macam tak nak pergi mana-mana. Dan yang penting, rasa macam nak diurut dan di belai manja. Wah! demand.
Walau apa pun yang aku rasa, pengalaman ni amat berharga untuk aku.
Senyum sorang-sorang sambil picit bahu sendiri.
Nota Pinky :
"Terasa macam dah lama tak jumpa dengan en. Hati. Padahal Baru seminggu kami berpisah. Oh! Cepatlah masa berlalu. Aku mahu pindah. InsyAllah. Amin."
Mengandung kali ke-4.
6 years ago
0 comments:
Post a Comment