RSS

Pilunya Hati..

Cuti habis. Sebenarnya cuti habis esok. Tapi disebabkan sekolah maklum tersangat la lambat, so terpaksalah berangkat ke Kuching meninggalkan en. Hati Di gemencheh berseorangan hari ni.

Hati rasa sangat berat. Sebab cuti masih berbaki satu hari. Tapi. Terpaksalah.

Sedih.
Pertama. Sedang sedih kerana memikirkan kehidupan yang berjauhan dengan en. Hati. Macam-macam liku derita, suka Dan duka terpaksalah dilalui seorang diri. Tanpa insan tersayang.

Bila kenangkan orang lain ada rumah sendiri bersama suami Dan anak-anak, sedih menjadi-jadi.(Itu dah masuk sedih kedua.)

Hidup aku?
Masih merempat. Tiada rumah tetap. Bila balik ke gemencheh, terpaksa menumpang rumah adik. Atau kami akan tinggal dihotel yang destinasinya telah kami pilih secara sepakat.

Pilu.
Sedih kerana kehidupan aku masih kelam kabut. (Boleh dikatakan masuk dalam sedih ketiga.)

Tapi. Berpegang dengan satu janji. Janji Allah itu benar. Aku terus kuatkan semangat. Pasti disemua kesusahan ini, ada kesenangan Di kemudian hari.
Aku percaya. Allah itu ada. Sentiasa menemani aku. Senyum lebar-lebar.

Walaupun Allah menghantar kesedihan pada ku berulang Kali, tapi Allah juga memberikan aku kebahagian berulang Kali. Alhamdulillah.

Ya. Kebahagian berulang kali.
Kebahagian yang aku kecapi adalah mempunyai seorang suami yang sangat memahami. Dan bisa membuatkan hati aku begitu teruja apabila bersamanya.

Bila bersamanya, aku pasti tersenyum lebar. Dan senyuman itu seolah-olah membawa semua kesedihan pergi sekali gus.
Ku terfikir, betapa hebatnya senyuman cinta. ;)

Aku akui, Walaupun datang seribu lelaki yang sempurna, rasa didalam hati tetap tidak sama. Debaran bersamanya membuatkan aku berkali-kali jatuh cinta. Jatuh cinta kepada orang yang sama berkali-kali.

Terima kasih, ya Allah.

Hmmm. Benar kata orang. Jika kita ingat semua ujian adalah datang dari Allah untuk menguji kita Dan kita percaya Allah juga akan datangkan hikmahnya pada kita, hati akan tenang. Senyum.

Hati Ku tenang. Alhamdulillah.
Pandang ke tepi melihat awan ciptaan Allah yang sangat menakjubkan.. Subhanallah... Aku sukakan pemandangan ni.

Entry ini ditulis sewaktu aku berada di atas awan.











Nota Pinky;
"Baru taksampai sejam berpisah dengan en. Hati, aku dah mula merindui senyuman tampan dirinya. Oh. Ujian..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belajar melihat kelebihan orang lain.

Entah kenapa sejak kebelakangan ni, aku suka benar bersembang dengan orang yang lebih dewasa. Dalam erti kata lain, bersembang dengan makcik atau pakcik yang sebaya dengan ibu bapa ku.
Kekadang aku tidak tersedar masa yang berlalu kerana tersangat asyik. Adakah ini hobby baru ku?
Abaikan.

Perkara yang aku belajar hari ni.
Jangan perlekehkan orang walaupun dia hanyalah tukang sapu. Lihat secara positif perkara yang berlaku Di depan Mata kita.

Perbualan ini menyedarkan aku tentang satu perkara. Kita perlu sentiasa melihat kebaikan orang lain dari segenap segi.


Pakcik ; "Saya bertemu dengan seorang doctor yang sangat hebat mengalahkan doctor-doctor yang ada dihospital seluruh dunia."

Aku ; "Yeke.? Doctor apa tu.?"
Pakcik ; "Doctor haiwan."
Aku ; "Hah?"
Pakcik ; "Saya cakap Dia sangat hebat Sebab tanpa pesakit memberitahu dia sakit apa, doctor dah boleh bagi ubat. Dengan melihat saja dia dah tahu, pesakit tu sakit apa."
Aku ; (Mengangguk dengan penuh Confuse.)
Pakcik ; "Along(kata ganti nama aku dikampung) pernah ke jumpa doctor kat hospital yang tak tanya pesakit sakit apa dah terus dapat ubat."
Aku ; "Tak."
Pakcik ; "Doctor haiwan, dia takpayah tanya lembu, kambing, biri sakit apa. Hebat dia. Kita kalau masuk bilik doctor, doctor tanya dulu sakit apa kan.."
Aku ; "A,a."
Pakcik ; "Setiap orang ade kehebatan masing-masing. Cuma kita je yang jarang nampak. Yang kita nampak, gaji je. Tak nampak pun kelebihan lain."
Aku ; Mengangguk. Sekarang dah faham. Senyum.



Sekarang aku rasa, mata aku sedikit terbuka. Hm, tengok. Betapa halusnya pemerhatian orang dewasa.

Dan,
Allah itu Maha Adil.









Nota Pinky ;
"Terasa sekejap je masa berlalu. Mahu cuti lagi boleh ke. Haha."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 orang guru berpindah. Lagi.

Hmm.. sesi perhimpunan tamat. Sekarang aku ngah tunggu cikgu yang akan menghantar aku ke airport. Hati ni, bukan main lagi berdebar. Aku rasa, jantung aku bergerak laju. Selaju jet. Haha.
Boleh?

Majlis perpisahan.
2 orang lagi guru sekolah aku berpindah ke sekolah lain. Fuuuhhhh.. Aku sangat dengki. Jelous. Cemburu. Aku juga mahu pindah ke sisi suami.
Perpindahan antara daerah sangat senang yer.
Macam mana perpindahan antara negeri ni. Bila agaknya rezeki aku sampai. Patut ke aku buat perkara yang pelik-pelik dulu baru nak dipindahkan.
Haiishhh. Ustazah. Sabar.

Sedang mengawal perasaan cemburu yang berleluasa.

Abaikan semua perasaan untuk kali ini.

Jom balik semenanjung. Yeah!








Nota Pinky:
"Kekadang rezeki yang kita tak tahu sedang menunggu kita. Tapi Allah men-jeda-kan sebentar rezeki itu. Mungkin untuk menguji tahap kesabaran yang kita ada. Siapa tahu ia lebih bermakna. Bukan?"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti penggal..

bermula cuti penggal persekolahan. Maksudnya, aku akan bercuti selama 10hari.. Membayangkannya sahaja pun sudah membuat aku rasa bahagia. Inikan pula jika aku melaluinya.

Setelah berbincang bagai nak kiamat dunia. Merancang plan A, B Dan C. Tapi akhirnya Kami decided untuk guna plan D. Sepakat. No ubah-ubah lagi. Nanti I mengamuk... Warning ni. Haha.

Pejam Mata.
Tak sabar nak tunggu flight jam 1225 tengah hari nanti... oh. Boarding pas belum Di print. Haha. Terlupa tadi. Inilah namanya banyak kerja. Ish3.
Plus.. Ngan umur yang semakin meningkat. Kan..

Harap semua berjalan lancar. Insyallah.

Tapi..
Ade sesuatu yang tak kena ngan Hati aku ni. Rasa nak mengamuk luahkan perasaan. Tapi tak tahu apa. Harap boleh terus bertahan. Dan tidak bergaduh dengan sesiapa. Senyum kelat.

Ya Allah. Asal tetiba sakit pinggang ni. Badan minta untuk berehat agaknya.

Selamat malam bagi yang nak tidur.
Selamat pagi bagi yang bangun untuk tahajjud.
Orang yang ABC macam aku, abaikan saja.

Tidur dengan penuh semangat. Lalala~










Nota Pinky;
"Sayang, rindu menggunung pada kamu. Harap cepat jumpa kamu, en. Hati ku Sayang.."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kebahagian ini datang dari Allah. Alhamdulillah.

Alamak. Macam mana nak cover muka ni. Bibir asyik senyum taknak berhenti ni.

Pejam mata.
Bibir kuntumkan Senyum. Dah lama tak senyum semekar ini.

Allah. Terima kasih atas kebahagian ini. Walaupun kami berjauhan tapi dia tetap mesra seperti dulu. Takpernah berubah. Walaupun perkenalan kami sudah mencecah hampir 9 tahun.

Gurau sendanya. Kata romantiknya. Jari jemarinya. Senyumannya. Kekal hangat seperti dulu. Allah.... Terima kasih kerana menghantar dia buat diri ku..

Saat berjauhan seperti ini hanya satu yang membuatkan cinta ku utuh. Aku percaya pada dirinya.

Ya. Aku sangat percayakan dia.
Percaya, dia akan menjagaku dengan baik. Percaya dia akan membahagiakan Ku hingga ke syurga. Percaya dia akan menjadi suami mithali idaman hati. Percaya yang dia akan membimbing keluarga Kami hingga ke syurga kekal abadi.. Insyallah Taala. Amin.

Alhamdulillah. Bahagianya aku.
Air mata bergenang. Terharu.

Suamiku.
Sesungguhnya cinta ini akan mekar selamanya untuk mu...








Nota Pinky;
"Doaku, semoga jodoh kami hingga ke syurga.. Insyallah. Amin..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkhemahan Kor Kadet Polis

Sekarang, aku guru penasihat kadet polis.
Seorang ustazah serba boleh ni. En. Hati sila bangga. =P

Ok. Berhenti kejap. Kamu jangan ketawa yer. Walaupun aku seorang ustazah yang tidak pandai apa-apa tentang semua ni, aku bukan tak boleh buat. Menari dalam hati.

Perkhemahan tidak seperti yang aku bayangkan.
Mungkin disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan kami untuk berkhemah, so kami berkhemah lah di dalam kelas. Janji selamat dan tidak berlaku apa-apa kejadian kepada pelajar.

Tidak ada pilihan.
Memandangkan aku tidak mempunyai transpot untuk ke hulu dan ke hilir, aku terpaksa bermalam di dalam kelas yang disediakan. Di atas lantai plak tu. Balik ni, comfirm sakit badan kuasa 360 darjah. Kata dalam hati. Nah! Sekarang ada atas tilam. Yes. Badan memang sakit sana-sini. Lenguh sana-sini. Muka hitam. Yeah! Baru nama berkhemah ustazah!

Pengalaman.
Banyak pengalaman yang baru aku peroleh. Yang paling suka adalah menembak 16 peluru menggunakan pistol jenis revolver.. Tapi memang aku tidak dilahirkan untuk menjadi seorang penembak kot. Sasaran yang kena hanya 5. 5 dari 16 adalah cubaan yang bagus. Aku puji diri sendiri. Haha.

Segera bagitahu Bonda permaisuri. Hihi. Bonda di dahulukan. En. Hati diutamakan. Bonda ketawa sakan. Dan "Jadilah tu. Kurang-kurangnya kena jugak untuk kali pertama." See. Betapa positif nya bonda.  Hihi.

Jauh hati.
Aku kecewa jugak. Sebab kenapa lah aku tak pandai nak tembak macam 4 orang guru kadet polis wanita lain.? Dalam hati bertanya. Rupa-rupanya, selepas diselidik, mereka adalah anggota palapes semasa di universiti dulu. No wonder la kan..

Aku senyum.
Bermakna, aku kategori kan diri sendiri dengan cubaan menembak revolver dengan baik. Hahaha. Perasan!

Pengalaman lain adalah semasa penutup yang menjadikan aku sedikit cuak.
Mungkin disebabkan oleh protokol yang terlalu rigid dan rasmi yang membuatkan aku terkial-kial tak tahu nak buat apa. Nampak benor aku ni jahil dan perlu lagi banyak belajar. Kan?

Perasaan.
Sebelum sampai perkhemahan.
Biasa. Tak de rasa. Tak tahu apa-apa. Otak dan hati kosong.

Semasa perkhemahan.
Nak balik. Tak nak berada di situ. Tapi berdoa pada Allah, cepatlah aku redha dengan segala apa yang berlaku. Dan Alhamdulillah. Walaupun muka macam terpaksa, aku tetap bertahan. Bagus.

Sekarang. Selepas perkhemahan.
Semua sakit badan. Rasa macam nak demam. Rasa macam mahu MC esok. Rasa macam tak nak pergi mana-mana. Dan yang penting, rasa macam nak diurut dan di belai manja. Wah! demand.

Walau apa pun yang aku rasa, pengalaman ni amat berharga untuk aku.
Senyum sorang-sorang sambil picit bahu sendiri.











Nota Pinky :
"Terasa macam dah lama tak jumpa dengan en. Hati. Padahal Baru seminggu kami berpisah. Oh! Cepatlah masa berlalu. Aku mahu pindah. InsyAllah. Amin."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS